Kuala Terengganu, 27
Oktober. Persatuan Kanser KanWork telah turut
menjayakan Kempen Kesedaran Kanser Payudara Peringkat Negeri Terengganu (Pink Carnival
2018) anjuran Kelab Surgeri Terengganu, Hospital Sultanah Nur Zahirah. Di
majlis tersebut Dr. Mazanah Muhamad, Pengerusi KanWork telah menjadi ahli panel
forum “You are Not Alone, Lets Fight!”. Sesi
tersebut telah dihadiri oleh 100 peserta yang terdiri dari orang awam, pesakit
dan survivor kanser. Di karnival yang sama, 1300 peserta telah menyertai “Pink
Run 2018”. Tahniah kepada pihak penganjur!
No comments:
Post a Comment