Tuesday, 27 October 2020

Sunday, 18 October 2020

KanWork @ MESYUARAT CONSULTATION BERSAMA BADAN BUKAN KERAJAAN (NGO) BERKAITAN PEMBANGUNAN NATIONAL STRATEGIC PLAN FOR CANCER CONTROL PROGRAMME (NSPCCP) 2021-2025



Putrajaya, 30 September, 2020. Persatuan Kanser KanWork telah dijemput oleh Unit Kanser, Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menghadiri Mesyuarat Consultation bersama Badan Bukan Kerajaan (NGO) berkaitan Pembangunan National Strategic Plan for Cancer Control Program (NSPCCP) 2021-2025.

Tujuan utama penubuhan KanWork ialah memberi maklumat dan sokongan kepada mereka yang terkesan dengan kanser agar dapat mengurus cabaran kanser dan terus menjalani kehidupan dengan lebih berkualiti. Objektif ini adalah selaras dengan apa yang dirancang (dokumen masih dalam pembangunan) dan apa yang cuba dicapai oleh NSPCCP 2021-2025, iaitu "To reduce negative impact of cancer by reducing morbidity, and improve quality of life of cancer patients and their family”

Terima kasih kepada pihak penganjur yang sudi mendengar “suara” KanWork dalam pembangunan plan strategik ini. Semoga usaha murni pihak penganjur dimudahkan dan berjaya.  


Wednesday, 7 October 2020

KUNJUNGAN HORMAT KanWork KE INSTITUT KANSER NEGARA


Putrajaya, 1 Oktober 2020 Persatuan Kanser KanWork telah mengadakan kunjungan hormat ke Institut Kanser Negara. Kunjungan hormat ini adalah untuk menambahbaik peranan KanWork serta usaha jalinan kerjasama untuk sokongan pesakit. Terima kasih Institut Kanser Negara dan semua yang hadir bersama.

Tuesday, 6 October 2020

KUNJUNGAN HORMAT KanWork KE BAHAGIAN BAITULMAL, MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (MAIWP)

Kuala Lumpur, 25 September 2020 
Persatuan Kanser KanWork telah mengadakan kunjungan hormat ke Bahagian Baitulmal, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Kunjungan hormat ini adalah untuk menambahbaik peranan KanWork serta usaha jalinan kerjasama untuk membantu mereka yang terlibat dengan kanser. Terima kasih Bahagian Baitulmal MAIWP dan semua yang hadir bersama.

Monday, 5 October 2020

BENGKEL PEMBANGUNAN SUKARELAWAN KanWork (SOKONGAN PESAKIT)



Seri Kembangan, 3 Oktober 2020 Persatuan Kanser KanWork telah mengadakan bengkel pembangunan sukarelawan khusus untuk sokongan pesakit pada 3 Oktober yang lalu. Objektif bengkel ini adalah untuk membangunkan garis panduan sokongan pesakit. 


Terima kasih kepada semua yang telah menjayakannya.

KanWork TERIMA SUMBANGAN PELITAWANIS TNB KEBANGSAAN

Bangsar, 23 September 2020 Persatuan Kanser KanWork mengucapkan jutaan terima kasih atas sumbangan yang diberikan oleh PELITAWANIS TNB KEBANGSAAN sempena Sumbangan Malam Amal PELITAWANIS TNB 2020. Sumbangan telah disampaikan oleh YBhg. Dato' Roslina Zainal (Ahli Lembaga Pengarah, TNB). Hadir bersama YBhg. Datin Seri Aidah Abu (Yang Di Pertua, PELITAWANIS TNB KEBANGSAAN) dan barisan Ahli Jawatankuasa PELITAWANIS TNB KEBANGSAAN.
Kami hargai keprihatinan dan sokongan PELITAWANIS TNB KEBANGSAAN kepada yang memerlukan. InsyaAllah, sumbangan ini akan dimanfaatkan sepenuhnya untuk pelaksanaan aktiviti bagi menyokong mereka yang terkesan dengan kanser.