Monday 5 October 2020

KanWork TERIMA SUMBANGAN PELITAWANIS TNB KEBANGSAAN

Bangsar, 23 September 2020 Persatuan Kanser KanWork mengucapkan jutaan terima kasih atas sumbangan yang diberikan oleh PELITAWANIS TNB KEBANGSAAN sempena Sumbangan Malam Amal PELITAWANIS TNB 2020. Sumbangan telah disampaikan oleh YBhg. Dato' Roslina Zainal (Ahli Lembaga Pengarah, TNB). Hadir bersama YBhg. Datin Seri Aidah Abu (Yang Di Pertua, PELITAWANIS TNB KEBANGSAAN) dan barisan Ahli Jawatankuasa PELITAWANIS TNB KEBANGSAAN.
Kami hargai keprihatinan dan sokongan PELITAWANIS TNB KEBANGSAAN kepada yang memerlukan. InsyaAllah, sumbangan ini akan dimanfaatkan sepenuhnya untuk pelaksanaan aktiviti bagi menyokong mereka yang terkesan dengan kanser.

No comments:

Post a Comment