Tuesday, 29 September 2020

KanWork Stay @Home: CERITA KAMI - Siri 81

Siri 81: SEMBANG KanWork


Apa rawatan kanser? Apa kesan sampingan? Bagaimana hendak mengelakkan kanser berulang? Apa yang boleh saya makan ketika kemoterapi? Itu antara soalan yang bermain di fikiran pesakit/survivor mahu pun penjaga pesakit kanser. Mereka akan sentiasa mencari maklumat sahih daripada pelbagai sumber.

KanWork berperanan untuk menyampaikan maklumat kepada mereka yang terkesan dengan kanser. Kebiasaannya, KanWork akan menganjurkan program ceramah Pendidikan secara bersemuka bersama dengan pakar (seperti perunding onkologi dan pakar pemakanan).

Oleh kerana PKP, program ini dijalankan secara dalam talian. Nama program di tukar kepada “Sembang KanWork” supaya lebih santai dan ada peluang komunikasi dua hala diantara pakar dan peserta.

Alhamdulillah, setakat ini KanWork telah berjaya mengadakan dua sesi dengan sambutan yang menggalakkan dari peserta. Sesi tersebut adalah “Rawatan Kanser” dan “Pemakanan Pesakit Kanser”. Purata kehadiran adalah 36 orang. Majoriti memberi maklumbalas positif kepada kedua-dua kandungan dan kaedah Sembang KanWork.

Antaranya:
• “Banyak info disampaikan sebagai panduan, semoga program ini
berterusan bagi memberi maklumat sahih kepada ahli mengenai pemakanan” (Puan Z).
•“Bertambah ilmu mengenai rawatan dan pemakanan yang terbaik”(Anonymous).
• “….(dapat) mengendalikan diri dalam rawatan kanser” (Anonymous).
• “Dapat membantu saya” (Anonymous).
•“Very informative and interactive, Good session” (Puan M).
• “Very enlightening and informative session today. Keep up the Good Work!” (Encik W).
• “Very specific and helpful for survivors” (Dr. SM).
•“Ceramah on line sangat sesuai dan memudahkan peserta kerana jimat masa” (Anonymous)

Terima kasih kepada semua yang terlibat. Kita jumpa lagi di Sembang KanWork Siri 3!

No comments:

Post a Comment