Thursday, 25 November 2021

Kanser: Penjagaan Sepanjang Masa


 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Pusat Sumber dan Pendidikan Kanser (CaRE), UPM dan Persatuan Kanser KanWork akan membawakan anda Sesi Perkongsian Bersama Penjaga Pesakit Kanser Secara Dalam Talian sempena "National Family Caregivers Month" pada bulan November.


Topik : Kanser: Penjagaan Sepanjang Masa

Tarikh: 28 November 2021 (Ahad)

Masa : 10.00 - 11.00 pagi

Platform: Dalam Talian

Zoom dan Facebook Live CaRE UPM (facebook.com/upmcare).


Moderator: Dr. Asmah Ismail 

Pensyarah Kanan (Bimbingan dan Kaunseling), 

Jabatan Pendidikan Kaunselor dan Psikologi Kaunseling,

Fakulti Pengajian Pendidikan, UPM.


Barisan ahli panel (Penjaga pesakit kanser)

1. Tuan Haji Badrulhaisham bin Shamsuddin

2. Pn. Azlina binti Othman

3. Pn. Wan Zeli Zulaifah binti Wan Kamarudin


Penyertaan adalah PERCUMA.Terbuka kepada semua khususnya Penjaga pesakit kanser dan pesakit/ survivor kanser.


Link pendaftaran : https://forms.gle/xzq1DZZs2yiw4BjC9 atau imbas kod QR yang tertera.

Pendaftaran sebelum 26 November 2021 (Jumaat)


Sebarang pertanyaan, sila hubungi:

CaRE: 03-97691011

KanWork: 013-5938627

Monday, 22 November 2021

Bicara Kanser KanWork

 


KANSER & RAWATAN

Perbincangan tentang simptom, rawatan & pencegahan awal kanser

Tarikh : 27 November 2021 (Sabtu)

Masa : 2.30 - 4.00 petang

Platform : Zoom

Penceramah : Dr. Hayani Abdul Wahid

Perunding Onkologi Klinikal, Mahkota Medical Centre, Melaka


TERBUKA KEPADA SEMUA 

Pendaftaran ⬇️:

shorturl.at/bgpxF

(Link Zoom akan dihantar melalui emel yang didaftarkan)


Pertanyaan 📞:

0172015817

0135938627

eSijil Penyertaan disediakan

Daftar sebelum 26 November 2021

Mohon share. Terima kasih.

Tuesday, 16 November 2021

Webinar Keluarga Sihat dan Harmoni : Bersama Mendepani Cabaran


Webinar Keluarga Sihat dan Harmoni : Bersama Mendepani Cabaran

Tarikh : 20 November 2021 (Sabtu)

Masa : 9.00 pagi - 1.00 petang

Platform : Zoom & Facebook Live

Anjuran : National Council of Women's Organisation Malaysia, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara, Pertubuhan IKRAM Malaysia & KanWork

Pelbagai cabaran yang dihadapi apabila ada insan yang kita sayang ditimpa penyakit kritikal dan perlukan penjagaan yang lama. 

Dapatkan tips dan tunjuk ajar mendepani cabaran ini daripada pakar perunding perubatan keluarga dan psikologi klinikal. 

Serta dengarkan perkongsian daripada perspektif suami, anak, rakan dan penyampai perkhidmatan penjagaan paliatif mengenai peranan mereka dalam memastikan keluarga masih sejahtera dan harmoni walaupun ditimpa musibah.

🍀9.30 pagi:  Sesi Bual Bicara “Keluarga Sihat dan Harmoni” 

Moderator: 

Encik Hasri Harun (Pengerusi, Pertubuhan Pemberdayaan Bapa Penyayang)


Panelis: 

Prof Madya Dr Tan Chai Eng

Pakar Perunding Perubatan Keluarga

Jabatan Perubatan Keluarga, Fakulti Perubatan, UKM 


Puan Hjh Azlina Roszy Mohamad Gaffar,  

Pakar Perunding Psikologi Klinikal, 

Klinik Psikologi, Hospital Pakar An Nur Sesi Perkongsian


🍀10.45 pagi:  Sesi Perkongsian ‘Bersama Mendepani Cabaran’         

Moderator:  

Dr Indrani Ramachandran (Penulis Akademia, Pusat Kepimpinan Wanita Tun Fatimah Hashim, UKM)


Panelis:

Lt. Kolonel Othman Jailani

Suami kepada pesakit kanser


Prof. Madya Dr Aznida Firzah Abdul Aziz

Anak yang ibubapa mempunyai kemerosotan kognitif


Prof. Dr. Dayang Anita Abdul Aziz

Rakan kepada pesakit kanser 


Dr. Diana Katiman 

Penyampai Perkhidmatan Paliatif  

  

Sertai Webinar menerusi Aplikasi Zoom di pautan:

https://us02web.zoom.us/j/86442097659?pwd=QWk2cG80cnJlYjE5dzlVSVQrTk9Idz09


di Facebook NCWO: 

https://www.facebook.com/ncwomalaysia/


Daftar segera: 

https://tinyurl.com/RegistrationFormWKSH

 

🌷Semua dijemput hadir 🌷

 

Monday, 8 November 2021

Majlis Bacaan Yasin

 


KanWork telah menganjurkan Majlis Bacaan Yasin pada 5 November 2021 secara dalam talian melalui platform Zoom. Majlis ini bertujuan untuk; (i) Menghadiahkan bacaan Yasin dan doa kepada ahli keluarga/sahabat yang telah pulang ke rahmat Allah, (ii) Mendoakan kepada ahli KanWork/ahli keluarga yang sedang/akan menjalani rawatan, (iii) Memohon kesejahteraan dalam menghadapi cabaran kanser dan pandemik Covid-19, dan (iv) Mengeratkan ukhwah.  

Majlis Bacaan Yasin dipimpin oleh ahli KanWork, Tuan Hj. Badrulhaisham Shamsuddin dan dihadiri seramai 44 orang.  KanWork sangat menghargai semua yang telah hadir dan memohon maaf segala kekurangan atau kesilapan.