Showing posts with label Jemputan. Show all posts
Showing posts with label Jemputan. Show all posts
Monday, 25 July 2016
Friday, 3 October 2014
Kempen Kesedaran Kanser Payudara
![]() |
| Pn Asmah di dalam sesi bersama kanser survivor |
PERSATUAN KANSER KANWORK. 27
September 2014, Ampang. Satu Kempen Kesedaran Kanser Payudara anjuran Biro
Wanita Pertubuhan Penduduk UP4 Ukay Perdana dengan kerjasama Jabatan Pembedahan
Am, Hospital Ampang, telah diadakan untuk memberi kesedaran kepada penduduk
sekitar.
Ahli KanWork, Puan Asmah Salam telah dijemput untuk berkongsi
pengalaman beliau di dalam sessi perkongsian bersama kanser survivor. Terima
kasih kepada Puan Asmah Salam kerana mewakili para survivor amnya dan KanWork
khasnya. Semoga pengalaman yang dikongsi bersama dapat memberi kesedaran awal
kepada para peserta. Gambar-gambar disekitar majlis tersebut.
![]() |
| Bergambar kenangan bersama penganjur dan ahli panel. |
Forum Kesedaran Kanser Payudara PPUM 2014
PPUM akan menganjurkan Forum Kesedaran Kanser Payudara - "Berjaya pulih melalui harapan dan penyembuhan" pada 18 Oktober 2014 (Sabtu), jam 8.30 pagi hingga 5 petang, bertempat di Auditorium Klinikal, Tingkat 2, Menara Utama, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Kuala Lumpur.
Kepada ahli KanWork yang ingin menyertai forum ini, sila beri nama kepada Setiausaha KanWork, Pn. Mariana di talian 019-234 9954 sebelum 7 Oktober 2014.
Kepada yang bukan ahli, boleh hubungi terus urusetia forum, sebelum 13 Oktober 2014 bagi tujuan pra-pendaftaran dan 'goodies'.
Tentatif Forum seperti di bawah. Jemput datang beramai-ramai, forum adalah percuma dan terbuka kepada orang ramai.
![]() |
| Flyer Program |
![]() |
| Tentatif Program |
Thursday, 13 March 2014
AGM ke-9 KanWork
Dato'/Datin/Prof/Dr/Tuan/Puan.
Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan KanWork akan mengadakan Mesyuarat Agung ke-9 (AGM-9) pada :
| Tarikh | : | 15 MAC 2014 @ SABTU |
| Masa | : | 8.30pg hingga 11.45 t/hari |
| Tempat | : | SURAU Pusat An-Nur Country Height, Kajang |
Turut memeriahkan AGM-9 ini adalah program Stylishta. Pihak kami berharap agar Dato'/Datin/Prof/Dr/Tuan/Puan, dapat meluangkan masa menghadiri AGM-9 ini agar segala keputusan dapat dicapai sebulat suara dan permasalahan dapat diketengahkan dalam usaha menjaga kebajikan setiap ahli.
Sila sahkan kehadiran serta mengisi Borang Pencalonan dan Borang Usul sebelum atau pada 13 Feb 2014 kepada Cik Mahfuzah di talian 013-6618672 atau melalui email mackmahfuzah@yahoo.com.my
Segala kerjasama Dato'/Datin/Prof/Dr/Tuan/Puan, kami dahulukan dengan ucapan terima kasih.
Tentatif Mesyuarat
| 8.30 pagi | - | Pendaftaran dan ketibaan |
| 9.00 pagi | - | Doa |
| - | Kata aluan Pengerusi | |
| - | Mesyuarat Agung ke-9 | |
| - | Program Stylishta | |
| 11.45pagi | - | Jamuan makan tengahhari |
![]() |
| Map arah dari Bandar Baru Bangi |
![]() |
| Map arah dari PLUS highway exit Kajang |
Subscribe to:
Posts (Atom)







