Showing posts with label kelas online. Show all posts
Showing posts with label kelas online. Show all posts

Monday, 10 August 2020

KanWork Stay @Home: CERITA KAMI - Siri 65

SIRI 65: KELAS KEMBALI
Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar merupakan institusi rakan kongsi KanWork. Kelas Tadabur Ustaz Kariman adalah satu kelas agama yang saya gemari. Jarang ‘miss’! Beberapa ahli KanWork juga mengikuti kelas ini.
Semenjak 10 Mac, kelas terpaksa dibatalkan kerana wabak Covid-19. Sebagai seorang pelajar dewasa yang ingin menambah ilmu, saya bersyukur dan gembira apabila kelas bermula semula pada 4 Ogos.
Mengikut Hajah Rohana, pihak masjid telah mengambil tindakan mematuhi SOP; “Garis panduan telah diberi seperti dalam gambar. Kami menyusun atur kedudukan kerusi /meja, laluan keluar masuk, pengunaan tempat solat dan sebagainya seperti yang diperlukan”. Kelas ini juga boleh diikuti atas talian.
Kebanyakan pelajar datang awal dan mematuhi SOP. Pengerusi PERWIBA dalam kata aluannya memanjat kesyukuran kerana kelas dapat diteruskan kembali.
Kelas dimulakan dengan doa oleh Ustaz:
- Semoga semua dalam perlindungan Allah dan kelas dapat diteruskan seperti biasa.
- Covid-19 adalah ujian daripada Allah. Semoga tidak menjadi penghalang kepada pembelajaran. Nikmat sihat dan kelapangan adalah besar kepada sesiapa yang dilanda musibah.
Peserta memberi maklumbalas positif tentang kelas:
- Alhamdulillah. Saya rasa bersyukur kerana kelas kita dapat diteruskan dan semua kawan sihat. Tuhan masih beri peluang, keupayaan dan kehendak untuk terus melakukan amalan akhirat. (Puan A)
- Alhamdulillah. Allah panjangkan umur kita. Dapat hadir majlis ilmu ini lagi. (Puan R)
- Alhamdulillah. Gembira dapat hadir. Dah rindu! (Puan H)
- Alhamdulilah dapat kembali belajar dengan selamat, InsyaAllah, bersama kawan-kawan. (Puan M)
Pihak penganjur berpuas hati dengan sambutan kelas; “Dalam situasi sekarang, rasanya ramai yang masih risau untuk keluar jika tiada keperluan. Tapi saya bersyukur dengan kedatangan semalam, buat hari pertama”. (Hajah Rohana). Beliau yakin kelas ini akan mendapat sambutan seperti biasa; “InsyaAllah minggu depan harap akan bertambah. Memenuhi dewan seperti sediakala.”
Terima kasih kepada penganjur, ustaz dan semua yang terlibat menjayakan kelas. Semoga diberkati dan diredhai Allah.
Maznah Muhamad
Ahli KanWork
5 Ogos 2020

Wednesday, 22 April 2020

KanWork Stay @Home : Cerita Kami - Siri 10

Siri 10: KELAS ‘ONLINE’

Dalam tempoh PKP banyak aktiviti dilakukan secara dalam talian atau ‘online’. Hari ini seorang ahli KanWork, Puan NM berkongsi pengalamannya menghadiri kelas agama secara 'online’.

Sebelum PKP beliau menghadiri kelas agama di sekitar kediamannya. Alhamdullilah, beliau
dapat meneruskan kuliahnya semasa PKP tanpa bersemuka.

Mengikut Puan NM, antara kelebihan kelas secara ‘online’ ialah tidak perlu berkejaran untuk hadir. Walaupun hanya berada di rumah, semua kelas dapat disertai. Sebelum PKP, ada kelas yang tidak dapat dihadiri kerana pertembungan masa!

Dalam era digital ini, beliau juga dapat berkongsi pautan kelas ‘online’ melalui facebook. Jika tidak sempat untuk mendengar pada waktu itu, boleh dirujuk semula di masa-masa yang akan datang.

Antara kelas-kelas yang dihadiri oleh Puan NM adalah:
 “Terapi Diri Dengan Istighfar” oleh PU Yusof 
https://www.facebook.com/sekolahtadabburmelaka/videos/524994195056068/

Fadhilat & Rahsia Al-Quran oleh Sheikh Said Karawiah https://www.facebook.com/said.abdullatif.5/videos/2625809211034471/UzpfSTY3MzUxODk3MDoxMDE1ODA3NzgyMzQyODk3MQ/

Mengikuti kuliah agama secara ‘online’ mungkin akan menjadi satu kebiasaan baharu!