Showing posts with label pesakit kanser. Show all posts
Showing posts with label pesakit kanser. Show all posts

Friday, 24 July 2020

KanWork Stay @Home: CERITA KAMI - Siri 57

Siri 57: SOKONG PESAKIT KANSER @ PKP
Pelbagai aktiviti dianjurkan oleh organisasi/badan bukan kerajaan (NGO) untuk mereka yang terkesan dengan kanser. Berikutan pandemik Covid-19, terdapat kekangan untuk pelaksanaannya. Siri ini adalah mengenai aktiviti beberapa organisasi/NGO kanser.
KanWork, MAKNA - Majlis Kanser Nasional, CaRE UPM, Society for Cancer Advocacy and Awareness Kuching (SCAN), TEMAN PPUKM serta CAKNE - Persatuan Sokongan Kanser Kanak Kanak PPUKM masih terus beroperasi samada dari pejabat atau ‘work from home’ dan secara dalam talian dalam tempoh PKP ini.

Pelbagai sokongan yang diberikan, antaranya maklumat:
KanWork, CaRE dan MAKNA menyediakan talian helpline untuk mendapatkan maklumat, bahan Pendidikan, ‘peer support’ atau kaunseling.
“…ebook di laman web”. (CaRE)
“…8 sesi webinar melalui Zoom”. (SCAN).
“Pasukan Home Visit (HV) berhubung melalui telefon dengan pesakit”. (MAKNA).
“…we remained contactable through our phone line”. (TEMAN)
Selain itu, mereka juga menghulurkan sumbangan:
“…food assistance pack mengikut kriteria tertentu”. (MAKNA)
“…bantuan kewangan (sara hidup, tambang, pengebumian) serta penghantaran ‘starter kit”. (CAKNE)
Antara cabaran yang mereka hadapi:
“…tiada face to face, ada ahli yang tidak biasa online” (KanWork).
“…tidak dapat berkomunikasi secara dekat”. (CaRE).
“Ahli tidak mahir dengan teknologi”. (SCAN).
“…sekatan pergerakan mengganggu penghantaran makanan, perkhidmatan
Digital Mobile Mammogram dan HV tidak dapat dijalankan”. (MAKNA).
“…perlu patuhi SOP semasa penghantaran starter kit”, (CAKNE).
Mereka atur strategi untuk atasi cabaran:
“…post siri Cerita Kami dan share info kanser di Facebook, galakkan ahli log in”. (KanWork).
“…guna Whatsapp, emel, Facebook dan telefon, plan untuk webinar”. (CaRE).
“…tambah aktiviti online dan explore online donation”. (SCAN)
“…kerjasama dengan AEON dan Pos Malaysia untuk penyediaan dan penghantaran makanan”. (MAKNA)
Ahli War On Cancer Patient Education Support dan Advocacy Associates yang lain seperti; Max Family Society Malaysia, The Galen Centre for Health & Social Policy, Breast Cancer Welfare Association Malaysia (BCWA) dan National Cancer Society Malaysia (NCSM) turut menganjur aktiviti secara dalam talian.
Mereka semua tetap prihatin dan cakna untuk terus menyokong pesakit kanser!

Saturday, 16 May 2020

KanWork Stay @Home: Cerita Kami - Siri 31

Siri 31: MERAWAT PESAKIT KANSER

Oleh sebab Penjagaan Kesihatan merupakan Perkhidmatan Perlu (essential), maka saya masih boleh pergi bekerja di hospital. Walau bagaimanapun, saya perlu membawa surat
kebenaran yang dikeluarkan untuk berulang-alik ke hospital. Surat ini sentiada di sisi! Jalan raya lengang. Kemalangan pun kurang. Ada kelebihannya apabila semua orang di minta duduk di rumah!

Hospital tempat saya berkerja mengenakan kawalan yang ketat sejak penghujung Januari 2020 bagi setiap orang yang masuk ke premis hospital (seperti pemeriksaan suhu badan dan pembersihan tangan dengan jel berakohol ketika masuk). Setiap kakitangan perlu menggunakan topeng (mask) yang disediakan oleh pihak hospital.

Sejak Februari 2020, bilangan pesakit yang datang ke hospital menurun! Mereka takut sekiranya bertemu dengan pembawa penyakit COVID-19. Jangan risau! Ini kerana pesakit yang disahkan dijangkiti COVID-19 di mana-mana hospital swasta hendaklah dipindahkan segera ke hospital yang disediakan khas oleh Kementerian Kesihatan untuk mengendalikan kes COVID-19.

Pada mulanya pesakit dan saudara-mara yang menemani mereka sukar untuk pergi ke hospital kerana terdapat sekatan jalan raya. Susahnya! Kemudian larangan keluar rumah ini dilonggarkan dan mereka perlu menunjukkan surat atau bukti janji temu. Syukur! Mereka masih boleh meneruskan rawatan/temujanji seperti biasa.

Di klinik pula pesakit perlu menjawab soalan tentang sejarah perjalanan mereka ke luar negara dan kontak yang diketahui mereka terkena penyakit COVID-19. Semua kakitangan dan doktor dinasihatkan supaya menjarakkan diri dan sentiasa memakai topeng.

Bagi pesakit kanser yang perlu meneruskan rawatan tertentu contohnya kemoterapi atau radioterapi, JANGAN SEKALI-KALI berhentikan rawatan kerana ianya akan menjejaskan penyakit atau menjadi lebih teruk! Pastikan anda mematuhi amalan menghindari tempat sempit, tempat ramai orang, serta jarakkan diri dan sentiasa menjaga kebersihan termasuk memakai topeng.

Dr. Azlina Firzah Abdul Aziz
Pakar Kanser Payudara/Ahli Bersekutu KanWork

#################################

Jom BERINFAK di RAMADAN yang mulia ini!
atau
8601945901
Persatuan Kanser Network Selangor & Wilayah Persekutuan

Gambar kredit: Mahkota Medical Centre