Oleh sebab Penjagaan Kesihatan merupakan Perkhidmatan Perlu (essential), maka saya masih boleh pergi bekerja di hospital. Walau bagaimanapun, saya perlu membawa surat
kebenaran yang dikeluarkan untuk berulang-alik ke hospital. Surat ini sentiada di sisi! Jalan raya lengang. Kemalangan pun kurang. Ada kelebihannya apabila semua orang di minta duduk di rumah!
Hospital tempat saya berkerja mengenakan kawalan yang ketat sejak penghujung Januari 2020 bagi setiap orang yang masuk ke premis hospital (seperti pemeriksaan suhu badan dan pembersihan tangan dengan jel berakohol ketika masuk). Setiap kakitangan perlu menggunakan topeng (mask) yang disediakan oleh pihak hospital.
Sejak Februari 2020, bilangan pesakit yang datang ke hospital menurun! Mereka takut sekiranya bertemu dengan pembawa penyakit COVID-19. Jangan risau! Ini kerana pesakit yang disahkan dijangkiti COVID-19 di mana-mana hospital swasta hendaklah dipindahkan segera ke hospital yang disediakan khas oleh Kementerian Kesihatan untuk mengendalikan kes COVID-19.
Pada mulanya pesakit dan saudara-mara yang menemani mereka sukar untuk pergi ke hospital kerana terdapat sekatan jalan raya. Susahnya! Kemudian larangan keluar rumah ini dilonggarkan dan mereka perlu menunjukkan surat atau bukti janji temu. Syukur! Mereka masih boleh meneruskan rawatan/temujanji seperti biasa.
Di klinik pula pesakit perlu menjawab soalan tentang sejarah perjalanan mereka ke luar negara dan kontak yang diketahui mereka terkena penyakit COVID-19. Semua kakitangan dan doktor dinasihatkan supaya menjarakkan diri dan sentiasa memakai topeng.
Bagi pesakit kanser yang perlu meneruskan rawatan tertentu contohnya kemoterapi atau radioterapi, JANGAN SEKALI-KALI berhentikan rawatan kerana ianya akan menjejaskan penyakit atau menjadi lebih teruk! Pastikan anda mematuhi amalan menghindari tempat sempit, tempat ramai orang, serta jarakkan diri dan sentiasa menjaga kebersihan termasuk memakai topeng.
Dr. Azlina Firzah Abdul Aziz
Pakar Kanser Payudara/Ahli Bersekutu KanWork
#################################
Jom BERINFAK di RAMADAN yang mulia ini!
Sila layari : https://www.donate.kanwork.org
atau
8601945901
Persatuan Kanser Network Selangor & Wilayah Persekutuan
Gambar kredit: Mahkota Medical Centre
No comments:
Post a Comment