Seri Kembangan, 28 Julai 2018. Persatuan Kanser KanWork Satu
sesi Peer Support KanWork telah diadakan di Pejabat KanWork. Tujuan sesi ini adalah untuk para pesakit, survivor serta penjaga (carer) berkongsi
pengalaman menghadapi cabaran kanser serta mendapat sokongan emosi &
psikologi. Seramai 11 orang peserta telah hadir yang terdiri daripada pelbagai
latar belakang kanser. Moderator bagi sesi ini ialah Dr Meriam Omar Din,
seorang kaunselor psikologi berpengalaman. Sesi Peer Support KanWork seterusnya
akan diadakan pada 3 November 2018.
Thursday, 2 August 2018
Wednesday, 1 August 2018
KanWork @ War on Cancer
Kuala Lumpur, 26 Julai 2018. Persatuan Kanser KanWork telah menyertai program pelancaran War on Cancer Malaysia di Royale Chulan Hotel, Kuala Lumpur. Program ini adalah inisiatif oleh College of Physician dan Academy of Medicine Malaysia. Pelancaran telah disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail. KanWork telah membuka booth kesedaran kanser semasa program ini.
Bersempena dengan pelancaran ini, KanWork telah terlibat untuk mengendalikan booth Sembang Bersama Survivor. Survivor yang terlibat terdiri dari pelbagai latar belakang kanser. Sesi ini memberi peluang untuk orang ramai berkongsi tentang cabaran dan pengalaman menghadapi kanser.
Qigong KanWork @ Kinrara Raya Picnic
Bandar Kinrara, 22 Julai 2018. Persatuan Kanser KanWork Kumpulan Qigong
KanWork @ Kinrara telah mengadakan Raya Picnic
Aidilfitri sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri. Aktiviti QiGong
KanWork diadakan setiap hari Ahad, dari 7.30 - 8.30 pagi di Taman Qaseh 3,
Bandar Kinrara. Selain senaman QiGong,
ianya dapat mengeratkan ukhwah sesama ahli.
Semua dialu-alukan untuk turut serta di dalam Senaman Qigong.
Tuesday, 31 July 2018
Majlis Doa Selamat
Seri Kembangan, 20 Julai 2018. Persatuan Kanser KanWork telah mengadakan Majlis Doa Selamat untuk ahli-ahli yang bakal menunaikan haji. Majlis dimulai
dengan solat Maghrib berjemaah, bacaan Yaasin dan Doa Selamat serta solat Isyak
berjemaah. Majlis diketuai oleh Ustaz Samsul. Semoga dipermudahkan urusan haji
mereka dan mendapat haji yang mabrur.
Wednesday, 18 July 2018
MAJLIS JALINAN AIDILFITRI KanWork
Putrajaya, 14 Julai 2018 Jalinan Aidilfitri Persatuan Kanser KanWork telah dihadiri lebih kurang 110 orang tetamu yang terdiri daripada ahli-ahli KanWork dan keluarga, sukarelawan dan rakan kongsi. Terima kasih kepada semua tetamu yang dapat hadir dan telah memeriahkan lagi majlis
Wednesday, 20 June 2018
Wednesday, 16 May 2018
Subscribe to:
Posts (Atom)






