Serdang, 13 Julai 2019 : Majlis Jalinan Aidilfitri KanWork telah dihadiri lebih kurang 120 orang tetamu yang terdiri daripada ahli KanWork serta keluarga, sukarelawan dan rakan kongsi. Terima kasih kepada semua tetamu yang hadir serta memeriahkan majlia dan semua pihak yang menjayakan majlis ini.
Wednesday, 17 July 2019
Monday, 8 July 2019
KanWork @ Program Pencegahan Kanser Melalui Pemakanan dan Gaya Hidup Sihat
29 Jun 2019, Seri Kembangan. Persatuan Kanser KanWork telah menyertai Program Pencegahan Kanser Melalui Pemakanan dan Gaya Hidup Siha di Dewan Orang Ramai Seri Kembangan. Program ini adalah anjuran Jabatan Pemakanan dan Dietetik, Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia . KanWork membuka booth kesedaran kanser semasa program ini. Terima kasih atas jemputan dan kerjasama serta tahniah kepada pihak penganjur di atas penganjuran program ini.
KanWork @ National Cancer Survivors Day
27 Jun 2019, Petaling Jaya. Persatuan Kanser KanWork telah menyertai Program National Cancer Survivors Day di Beacon Hospital. Program ini adalah anjuran Beacon Hospital. KanWork membuka booth kesedaran kanser semasa program ini. Terima kasih dan tahniah kepada pihak penganjur di atas penganjuran program ini.
Friday, 28 June 2019
KanWork Merafak Sembah Tengku Permaisuri Selangor
26 Jun 2019, Shah Alam. Persatuan Kanser Network Selangor dan Wilayah Persekutuan (KanWork) merafak sembah menghadap DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin di Istana Bukit Kayangan pada 26 Jun yang lalu. KanWork diwakili oleh Pengerusi, Setiausaha, ahli/sukarelawan dan Pengurus. Merafak sembah ini sebagai menzahirkan penghargaan dan menjunjung kasih kerana Baginda berkenan menjadi Penaung Persatuan Kanser KanWork.
Wednesday, 26 June 2019
KanWork @ Raya Celebration, Breast Cancer Foundation
Petaling Jaya, 25 Jun 2019. Persatuan Kanser KanWork menghadiri Raya Celebration oleh Breast Cancer Foundation. Terima kasih atas jemputan.
KanWork @ Sambutan Hari Raya Aidilfitri Universiti Putra Malaysia
Tuesday, 4 June 2019
Subscribe to:
Posts (Atom)





