Sepanjang gelombang jangkitan Covid-19, kami ‘oncology team’ terus merawat pesakit seperti biasa. Kami juga berisiko terdedah dengan jangkitan tidak kira pesakit sedikit atau ramai.
Fasa pertama PKP agak asing. Banyak perkara baru harus dipelajari dan masa digunakan untuk memastikan kebajikan pesakit sama seperti biasa (melalui email, telefon atau surat). Komunikasi bersama doktor lain (Malaysia dan luar negara) sentiasa dilakukan bagi meneruskan perawatan. Selain itu, kami berhubungan dengan pihak berkuasa yang memantau ‘roadblock’ untuk membantu pesakit yang datang membuat rawatan dapat melepasi sekatan.
Situasi sekarang (PKPP) adalah lebih baik. Pesakit jangan bimbang mengenai
keselamatan di hospital atau fasiliti rawatan. Apa yang kami cuba terapkan adalah rawatan kanser harus diteruskan! Covid-19 boleh membunuh, begitu juga kanser.
Jumlah jangkitan dan kematian disebabkan Covid-19 di negara kita telah menurun dengan mengurangkan risiko Covid-19. Tetapi tidak untuk kanser. Melambatkan atau menangguhkan rawatan boleh menyebabkan kanser menjadi lebih teruk dan akhirnya menyebabkan kematian tanpa berusaha untuk mendapatkan rawatan. Jika tidak pasti tampil berjumpa dengan doktor anda atau dapatkan maklumat dari sumber yang sahih.
Sila layari blog #klinikonkologimaya untuk panduan mengenai kanser dalam tempoh Covid-19. Blog ini dihasilkan bersama 3 pakar onkologi lain iaitu Dr. Natasha Hashim, Dr. Azura Deniel dan Dr. Hayani Wahid ketika PKP bermula. Maklumat disediakan dalam Bahasa Malaysia. Antara info yang boleh didapati ialah kanser, rawatan dan isu terkini mengenai kanser. Ianya boleh dimanfaatkan oleh sesiapa sahaja. Semoga ilmu mengenai kanser ini dapat diperkasakan pada masa akan datang.
Dr. Mastura Md Yusof
Pakar Onkologi/Ahli Bersekutu KanWork
15 Jun 2020
No comments:
Post a Comment