Sunday, 27 October 2013

Participation at Inaugural Wear It Pink Women's Health Summit on 22nd October 2013





Kuala Lumpur, 22 Oktober 2013:
Dua orang AJK KanWork telah menghadiri forum tersebut di atas, anjuran Hospital Pantai, Kuala Lumpur. Mereka turut serta atas jemputan Dr.Azlina Firzah Abd. Aziz, Pengerusi Summit tersebut. Summit ini merupakan sebahagian dari kempen kesedaran kanser payu dara. Peserta KanWork juga berpeluang untuk membuat jaringan dan mempromosi KanWork. Diucapkan tahniah kepada Penganjur atas kejayaan Majlis. Pihak KanWork mengalu-alukan kerjasama  di masa akan dating.

(Two KanWork committee members attended the above forum organized by Pantai Hospital, Kuala Lumpur. They were invited by the Organizing Chairperson, Dr. Azlina Firzah Abd Aziz. The summit was part of the Breast Cancer Awareness Campaign. We also have the opportunity to network and promote KanWork. Congratulation to the organizer for the successful forum. We look forward to future collaboration.)


Kempen Kesedaran Kanser Payudara 22-24 Oktober 2013

Pada 22 - 24 Oktober 2013 bertempat di Klinik Pakar Hospital Putrajaya telah diadakan Kampen Kesedaran Kanser Payudara dengan kerjasama pihak Hospital Putrajaya. Kempen ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada orang awam bagaimana melakukan pemeriksaan sendiri payudara, mengedarkan risalah KanWork dan juga perkongsian pengalaman para survivor yang bertugas.
Terima kasih kepada para sukarelawan KanWork yang bertugas sepanjang kempen berjalan, pihak Hospital Putrajaya di atas segala kerjasama yang diberi, kepada orang awam yang memberi feedback yang memberangsangkan dan akhir sekali kepada semua yang menjayakan program ini. Thank you all! Jasamu dikenang!

Monday, 21 October 2013

Jamuan Makan Malam Persatuan Guolin Qigong

PADA 20 Oktober 2013 bertempat di HGH Convention Center, Jalan Sentul telah berlangsung Jamuan Makan Malam anjuran Persatuan Guolin Qigong sempena ulangtahun ke-20 persatuan tersebut. Persatuan KanWork telah berbesar hati menghadiri jamuan yang diwakili oleh Prof. Dr Mazanah Mohamad, Pn. Luci, Pn. Rozila, Mr. & Mrs Ridwan dan Pn. Safinaz. We all having fun pda malam itu. Tahniah kepada Persatuan Guolin Qigong atas ulang tahun. 
Acara kemuncak adalah perarakan para canser survivor ke dalam dewan.  Bermula dengan kumpulan pertama; survivor 5 – 9 tahun. Kumpulan kedua; survivor 10-14 tahun dan kumpulan ketiga adalah survivor melebihi 15 tahun. Sungguh teruja melihat aunty dan uncle survivor yang melangkaui lebih 15 tahun melangkah dengan confident ke atas pentas. Apalah agaknya rahsia mereka. Tak lain dan tak bukan adalah amalan senaman qigong. Bila dirisik-risik, amboi! Hari-hari tak culas melakukan senaman qigong. Memang tabik spring.
Kepada kawan-kawan sekalian bolehlah ambil iktibar di atas kejayaan mereka ini. Dari itu mulakan senaman qigong hari ini. Tak perlu pergi jauh-jauh ke Negeri Cina. Kat Bangi pun dah ada buka kelas senaman qigong ni. Boleh mula melangkah ke Taman Tasik Cempaka, Bandar Baru Bangi pada Sabtu jam 8-9 pagi. Kita ber’Qigong’ Sabtu ini beramai-ramai. Disamping dapat kesihatan, boleh juga menjalinkan silaturrahim. Akhir kata, terima kasih Persatuan Guolin Qigong atas jemputan.
Dapat cenderahati, mug ulangtahun ke-20. Terima Kasih!