TAMAN MELAWATI, 24 OKTOBER 2015 (SABTU), Persatuan KanWork –
KanWork telah menganjurkan Program Kesedaran Kanser Bersama Komuniti di Masjid
Al-Hidayah, Taman Melawati. Program ini adalah dengan kerjasama Lembaga
Penduduk dan Pembangunan Keluarga (LPPKN) dan Biro Pendidikan Masjid
Al-Hidayah, Taman Melawati. Di antara
pengisian program ialah Ceramah Kesedaran Kanser, Sesi Perkongsian Pengalaman
Bersama Survivor, Pemeriksaan Kesihatan (Ujian Glukosa, Ujian Tekanan Darah
& BMI), Ujian Pap Smear, Pemeriksaan Klinikal Payudara, Teknik Pemeriksaan
Payudara Sendiri (PSP), Pendaftaran Subsidi Mammogram, Pameran Kesedaran
Kanser, Jualan Buku Kanser/Doa, Mini Spa (Foot
Massage /Head & Shoulder Massage), serta Jualan Amal. Ceramah
disampaikan oleh Dr. Azura Deniel, Pakar Onkologi, Hospital Kuala Lumpur.
Aktiviti sepanjang program ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari kariah
masjid dan komuniti di sekitar Taman Melawati dan telah dihadiri seramai lebih
kurang 180 orang. Program ini turut di hadiri Cik Muntaza Manhuri, Pegawai
Bahagian Reproduksi Manusia LPPKN yang mewakili Ketua Pengarah LPPKN.
No comments:
Post a Comment