Wednesday 30 August 2017

KanWork Charity Hi Tea 2017 : "The Gentle Art of Caring, The Joy of Giving”


SERDANG, 26 OGOS 2017 : PERSATUAN KANSER KanWork dengan kerjasama Universiti Putra Malaysia dan Persatuan Alumni Universiti Putra Malaysia telah menganjurkan KanWork Charity Hi-Tea 2017 bertempat di Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, UPM Serdang pada 26 Ogos yang lalu.


Tetamu kehormat majlis ialah YBhg. Dato’ Hajah Mariam Mas Bt Yacob, Pengerusi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara. Turut hadir ke majlis ialah YBhg. Prof. Datin Paduka Dr. Aini Ideris, Naib Canselor Universiti Putra Malaysia dan Yang Amat Mulia Dato’ Seri Di Raja Syed Razlan Syed Putra Jamalullail, Presiden Persatuan Alumni Universiti Putra Malaysia. 


Majlis pada petang itu telah diserikan dengan kehadiran para pesakit/survivor, sukarelawan, penjaga (carer) serta rakan-rakan kongsi KanWork yang sentiasa membantu KanWork untuk merealisasikan peranan persatuan.


Bersempena dengan majlis itu, turut dilancarkan “MyGift2KanWork’ yang disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Hajah Mariam Mas Yacob. “MyGift2KanWork” ini merupakan platform sumbangan orang ramai yang boleh di layari di http://donate.kanwork.org


Aktiviti lain yang di adakan ialah pameran, jualan amal KanWork, persembahan nyanyian dan cabutan bertuah.


Sekalung penghargaan & jutaan terima kasih kepada semua penyumbang dan individu yang telah memberikan sokongan dalam menjayakan majlis ini.

No comments:

Post a Comment