Sabda Nabi SAW: “Sesiapa yang membaca satu huruf daripada al-Quran maka baginya satu kebaikan. Satu kebaikan menyamai 10 gandaan. Tidaklah aku katakan yang ألم itu satu huruf. Bahkan Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf. “(Riwayat Al-Tirmizi).
Dalam tempoh PKP ini, KanWork telah mengadakan aktiviti Tadarus Al-Quran dalam talian di kalangan ahli. Alhamdulillah mendapat penyertaan yang menggalakan. 27 orang peserta telah selesai membaca 30 juzuk bersama.
Diantara maklumbalas positif daripada peserta:
“Sokong dan ambil bahagian aktiviti KanWork. Saya mengisi masa lapang dengan aktiviti berfaedah (membaca Al-Quran)…. Menyuci jiwa kita dan hati jadi tenang”. (Peserta A)
“Rasa lebih bersungguh bila membaca Al-Quran sebab ada “deadline”. Dapat memperbaiki bacaan pada juzuk tertentu”. (Peserta B)
“Saya rasa dapat merapatkan silaturrahim sesama ahli bila membaca bersama ini walaupun tidak bersemuka” (Peserta C)
“Lebih bermotivasi….” (dengan ada rakan sokongan dalam kumpulan) (Peserta D)
Pada keseluruhannya, majoriti peserta mendapati mengikuti Tadarus KanWork bermanfaat:
1. Menghidupkan amalan membaca Al-Quran.
2. Mendisiplinkan diri membaca Al-Quran.
3. Memperbaiki bacaan.
4. Lebih bermotivasi untuk membaca.
Semoga diredhai Allah. Sama-sama kita doakan semoga wabak ini akan segera berakhir.
No comments:
Post a Comment