Siri 6 : BEKERJA DARI RUMAH
Wabak Covid-19 membawa keperluan bekerja dari rumah. Di sini kami kongsi pengalaman tiga orang ahli KanWork yang bekerja dari rumah.
Puan A (sukarelawan)
Beliau sukar mendisiplinkan diri sepertimana bekerja di pejabat kerana pelbagai cabaran seperti kehadiran anak-anak, godaan televisyen, waktu memasak, dan rasa mengantuk. Walau bagaimanapun, ia mengajar Puan A untuk pandai membahagikan masa di antara kerja pejabat dengan kerja rumah. Masa bekerja lebih fleksibel dan beliau tidak perlu meredah trafik.
Puan B (survivor kanser)
Puan B juga menghadapi isu menyeimbang kerja pejabat dengan rumah. Lain-lain cabaran ialah internet yang perlahan (untuk online meeting!) dan perlu mengawasi kerja sekolah anak-anak. Apa ganjaran Puan B berikan kepada mereka supaya tidak mengganggu? Milo! Sesiapa berkelakuan baik akan dapat lebih banyak milo! Wow seronoknya!
Tuan C (caregiver)
Seorang pendidik, Tuan C membuat persediaan untuk kelas secara online dan soalan peperiksaan. Baginya satu hikmah bekerja dari rumah ialah tekanan darah tingginya telah turun!
Ada cabaran dan kebaikan berkerja dari rumah. Kita haruslah pandai menyesuaikan diri.
Tips bekerja dari rumah :
1. Berdisiplin dengan masa dan patuh kepada jadual agar tugasan dapat diselesaikan dalam tempoh yang sepatutnya.
2. Sediakan ruang kerja yang sesuai.
3. Sediakan sasaran tugasan yang perlu diselesaikan dan tidak hanya bergantung kepada jumlah jam bekerja.
4. Seimbangkan dengan perkara lain seperti memasak, berehat seketika supaya tidak rasa tertekan.
Bertugas dari rumah mungkin akan menjadi satu kebiasan baharu!
No comments:
Post a Comment