Wednesday, 30 August 2017

KanWork Charity Hi Tea 2017 : "The Gentle Art of Caring, The Joy of Giving”


SERDANG, 26 OGOS 2017 : PERSATUAN KANSER KanWork dengan kerjasama Universiti Putra Malaysia dan Persatuan Alumni Universiti Putra Malaysia telah menganjurkan KanWork Charity Hi-Tea 2017 bertempat di Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, UPM Serdang pada 26 Ogos yang lalu.


Tetamu kehormat majlis ialah YBhg. Dato’ Hajah Mariam Mas Bt Yacob, Pengerusi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara. Turut hadir ke majlis ialah YBhg. Prof. Datin Paduka Dr. Aini Ideris, Naib Canselor Universiti Putra Malaysia dan Yang Amat Mulia Dato’ Seri Di Raja Syed Razlan Syed Putra Jamalullail, Presiden Persatuan Alumni Universiti Putra Malaysia. 


Majlis pada petang itu telah diserikan dengan kehadiran para pesakit/survivor, sukarelawan, penjaga (carer) serta rakan-rakan kongsi KanWork yang sentiasa membantu KanWork untuk merealisasikan peranan persatuan.


Bersempena dengan majlis itu, turut dilancarkan “MyGift2KanWork’ yang disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Hajah Mariam Mas Yacob. “MyGift2KanWork” ini merupakan platform sumbangan orang ramai yang boleh di layari di http://donate.kanwork.org


Aktiviti lain yang di adakan ialah pameran, jualan amal KanWork, persembahan nyanyian dan cabutan bertuah.


Sekalung penghargaan & jutaan terima kasih kepada semua penyumbang dan individu yang telah memberikan sokongan dalam menjayakan majlis ini.

Wednesday, 23 August 2017

Family Day Guolin Qigong 2017


Persatuan Kanser KanWork BBBangi, 19 Ogos 2017 Sabtu. Sempena ulang tahun ke-10 senaman qigong di Bandar Baru Bangi, satu majlis Hari Keluarga Qigong 2017 telah diadakan di Taman Tasik Cempaka, Bandar Baru Bangi. Objektif utama hari keluarga ini diadakan adalah untuk mempromosikan senaman qigong dan juga untuk mengeratkan silaturahim antara ahli. Majlis yang telah di rasmikan oleh ADUN Bangi, YB. Tuan Mohd Shafie bin Ngah telah dihadiri seramai 120 orang tetamu.
Antara aktivi yang diadakan adalah demonstrasi senaman qigong seperti, normal walking, senaman menggunakan kayu, sesi soal jawab bersama tenaga pengajar dan sesi berkongsi pengalaman bersama kanser survivor. Terima kasih kepada ahli yang mengambil bahagian dan juga kepada semua tetamu yang hadir.

Tuesday, 15 August 2017

Potluck Raya Qigong KanWork 2017 @ Kinrara

Persatuan Kanser KanWork, Bandar Kinrara, 30 Julai 2017. Satu majlis raya potluck telah dijalankan oleh Qiqung KanWork di Bandar Kinrara. Majlis dimulakan dengan senaman Qigong dibawah pimpinan Dr Abdullah Mohd Noor dan Pn Faridah Ahmad. Terima kasih kepada semua yang menjayakannya. 


Monday, 31 July 2017

PEER SUPPORT KanWork 3/2017

Persatuan Kanser KanWork Seri Kembangan, 29 Julai 2017. Satu sesi Peer Support KanWork telah diadakan di Pejabat KanWork. Tujuan sesi ini diadakan adalah untuk para pesakit / survivor kanser serta penjaga (carer) / keluarga pesakit berkongsi pengalaman menghadapi cabaran kanser. Seramai 10 peserta telah hadir yang terdiri daripada pelbagai latar belakang kanser. Moderator bagi sesi ini ialah Dr Meriam Omar Din, Kaunselor Psikologi.


KanWork Cancer Society Seri Kembangan, Julai 29th, 2017. A Peer Support KanWork session was held at Pejabat KanWork. The purpose of this session was giving opportunities for the patients / survivors, and caregivers (carer) / patient’s family sharing their experiences how they face the challenges of cancer. A total of 10 participants attended from various backgrounds cancer. Moderator for this session was Dr Meriam Omar Din, Physiological Counsellor.


Monday, 17 July 2017

Potluck Raya Qigong KanWork 2017 @ Bangi


Persatuan Kanser KanWorkBandar Baru Bangi, 8 Julai 2017. Satu majlis raya potluck telah dijalankan oleh Qigong KanWork di Taman Tasik Cempaka, Bandar Baru Bangi. Majlis dimulakan dengan senaman Qigong dibawah pimpinan Mr. Eng Tian Pan. Terima kasih kepada semua yang menjayakannya.