Thursday, 14 September 2017
Wednesday, 30 August 2017
KanWork sedia platform kumpul dana
MyGift2KanWork : CHERISH A LIFE, GIVE TO KanWork
Saluran Sumbangan KanWork “MyGift2KanWork”
- Saluran sumbangan untuk Persatuan Kanser KanWork
- Kaedah pantas dan mudah dicapai
- Melebar kolaborasi dengan masyarakat tempatan, dalam dan luar Negara
- Memperkasa tanggungjawab sosial dengan menjayakan program KanWork
- Bahagiakan kehidupan dengan membahagiakan orang lain
Kami mengalu-alukan sumbangan anda !
KanWork Charity Hi Tea 2017 : "The Gentle Art of Caring, The Joy of Giving”
SERDANG, 26 OGOS 2017 : PERSATUAN KANSER KanWork dengan kerjasama Universiti Putra Malaysia dan Persatuan Alumni
Universiti Putra Malaysia telah menganjurkan KanWork Charity Hi-Tea 2017
bertempat di Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul
Aziz Shah, UPM Serdang pada 26 Ogos yang lalu.
Tetamu kehormat majlis ialah
YBhg. Dato’ Hajah Mariam Mas Bt Yacob, Pengerusi Lembaga Penduduk dan
Pembangunan Keluarga Negara. Turut hadir ke majlis ialah YBhg. Prof. Datin
Paduka Dr. Aini Ideris, Naib Canselor Universiti Putra Malaysia dan Yang Amat
Mulia Dato’ Seri Di Raja Syed Razlan Syed Putra Jamalullail, Presiden Persatuan
Alumni Universiti Putra Malaysia.
Majlis pada petang itu telah
diserikan dengan kehadiran para pesakit/survivor, sukarelawan, penjaga (carer) serta rakan-rakan kongsi KanWork
yang sentiasa membantu KanWork untuk merealisasikan peranan persatuan.
Bersempena dengan majlis itu,
turut dilancarkan “MyGift2KanWork’ yang disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Hajah
Mariam Mas Yacob. “MyGift2KanWork” ini merupakan platform sumbangan orang ramai
yang boleh di layari di http://donate.kanwork.org
Aktiviti lain yang di adakan
ialah pameran, jualan amal KanWork, persembahan nyanyian dan cabutan bertuah.
Sekalung penghargaan & jutaan
terima kasih kepada semua penyumbang dan individu yang telah memberikan
sokongan dalam menjayakan majlis ini.
Wednesday, 23 August 2017
Family Day Guolin Qigong 2017
Persatuan Kanser KanWork BBBangi, 19 Ogos 2017 Sabtu. Sempena ulang
tahun ke-10 senaman qigong di Bandar Baru Bangi, satu majlis Hari Keluarga
Qigong 2017 telah diadakan di Taman Tasik Cempaka, Bandar Baru Bangi. Objektif
utama hari keluarga ini diadakan adalah untuk mempromosikan senaman qigong dan
juga untuk mengeratkan silaturahim antara ahli. Majlis yang telah di rasmikan
oleh ADUN Bangi, YB. Tuan Mohd Shafie bin Ngah telah dihadiri seramai 120 orang
tetamu.
Antara aktivi yang diadakan adalah demonstrasi
senaman qigong seperti, normal walking, senaman menggunakan kayu, sesi soal
jawab bersama tenaga pengajar dan sesi berkongsi pengalaman bersama kanser
survivor. Terima kasih kepada ahli yang mengambil bahagian dan juga kepada
semua tetamu yang hadir.
Tuesday, 15 August 2017
Potluck Raya Qigong KanWork 2017 @ Kinrara
Persatuan Kanser KanWork, Bandar Kinrara, 30 Julai 2017. Satu majlis raya
potluck telah dijalankan oleh Qiqung KanWork di Bandar Kinrara. Majlis dimulakan
dengan senaman Qigong dibawah pimpinan Dr Abdullah Mohd Noor dan Pn Faridah
Ahmad. Terima kasih kepada semua yang menjayakannya.
Monday, 31 July 2017
PEER SUPPORT KanWork 3/2017
Persatuan Kanser KanWork Seri Kembangan, 29 Julai
2017. Satu sesi Peer Support KanWork telah diadakan di Pejabat KanWork. Tujuan
sesi ini diadakan adalah untuk para pesakit / survivor kanser serta penjaga
(carer) / keluarga pesakit berkongsi pengalaman menghadapi cabaran kanser. Seramai
10 peserta telah hadir yang terdiri daripada pelbagai latar belakang kanser. Moderator
bagi sesi ini ialah Dr Meriam Omar Din, Kaunselor Psikologi.
KanWork Cancer Society Seri Kembangan, Julai
29th, 2017. A Peer Support KanWork session was held at Pejabat
KanWork. The purpose of this session was giving opportunities for the
patients / survivors, and caregivers (carer) / patient’s family sharing their experiences
how they face the challenges of cancer. A total of 10 participants attended
from various backgrounds cancer. Moderator for this session was Dr Meriam
Omar Din, Physiological Counsellor.
Subscribe to:
Posts (Atom)




