Persatuan Kanser KanWork, 25 November 2019 –KanWork telah membangun dan menerbit bahan pendidikan dalam bentuk
risalah bagi memberi kesedaran kepada pesakit serta orang awam. Risalah Kanser
Nasofarinks merupakan risalah terkini terbitan KanWork yang boleh diperolehi
dalam salinan cetak dan salinan lembut. Sehingga kini, sebanyak 11 jenis
penyakit kanser telah diterbitkan dalam bentuk risalah. Risalah ini dipamer dan
diedarkan semasa program kesedaran awam anjuran KanWork. Risalah ini juga boleh
didapati dengan berkunjung ke (i) Pejabat KanWork; (ii) menghubungi
talian helpline 1-800-22-8672; atau (iii) memuat turun dari
laman web www.kanwork.org. KanWork ingin merakamkan
setinggi-tinggi penghargaan kepada semua penaja dan individu yang telah memberi
sumbangan dalam pembangunan serta percetakan risalah ini.
Tuesday, 26 November 2019
Monday, 25 November 2019
Friday, 22 November 2019
KanWork @ Karnival Kesihatan Tourism Malaysia 2019
24 Oktober, Putrajaya : Persatuan Kanser KanWork telah dijemput oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia untuk mengadakan sesi perkongsian pengalaman bersama survivor kanser sempena Karnival Kesihatan Tourism Malaysia pada 24 Oktober yang lalu di Putrajaya. Pn. Safinaz Jaafar (ahli & sukarelawan KanWork) telah berkongsi pengalaman sebagai seorang survivor kanser payudara. Semoga perkongsian yang disampaikan memberi manfaat kepada semua. Terima kasih kepada pihak penganjur atas jemputan ini dan tahniah atas penganjuran karnival kesihatan seumpama ini.
Thursday, 21 November 2019
KanWork @ Conference One Year After the World Cancer Congress: Progress, Gaps and Opportunities
Persatuan Kanser KanWork telah dijemput untuk menyertai “Conference One Year After the World Cancer Congress: Progress, Gaps and Opportunities” anjuran Galen Centre for Health & Social Policy pada 31 Oktober 2019 yang lalu.
Pengerusi KanWork telah membentangkan topik “Patients, survivors and caregivers: Have we made progress in survivorship and how can we do better?”. Terima kasih diucapkan kepada pihak penganjur atas peluang yang diberikan.
![]() |
| Dr. Mazanah bersama panel jemputan dari pelbagai NGO |
Tuesday, 12 November 2019
KanWork @ Hari Kesedaran Kanser “Kanser Suatu Rahmat Siri 1”
Serdang, 7 Nov 2019 Persatuan Kanser KanWork telah mendapat jemputan kerjasama dengan Pusat Pengimejan Diagnostik Nuklear, Universiti Putra Malaysia untuk Hari Kesedaran Kanser “Kanser Suatu Rahmat Siri 1” di Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia. KanWork membuka booth pameran kanser semasa program tersebut. Terima kasih dan tahniah kepada pihak penganjur. Terima kasih kepada sukarelawan KanWork yang terlibat menjayakan program ini.
KanWork @ Program Kesedaran Kanser dan Peka B40 serta Saringan Kesihatan bersama Komuniti Kampung Tengah
Puchong, 3 Nov
2019 Persatuan
Kanser KanWork telah mendapat jemputan
kerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk Program Kesedaran kanser dan Peka B40 serta Saringan Kesihatan bersama
Komuniti Kampung Tengah di Masjid Nurul Iman, Kampung Tengah, Batu 13, Puchong. KanWork membuka booth pameran kanser, mengadakan sesi perkongsian
pengalaman Bersama survivor & carer KanWork, dan Sesi Sembang Diet oleh Dr.
Suhaina Sulaiman semasa program tersebut. Terima kasih kepada pihak penganjur
di atas jemputan ini. Terima kasih kepada sukarelawan KanWork yang terlibat
menjayakan program ini.
Tuesday, 29 October 2019
KanWork Charity Hi-Tea 2019
SERDANG, 20 Oktober : PERSATUAN KANSER KanWork dengan kerjasama Universiti Putra Malaysia, War on Cancer Malaysia dan Persatuan Alumni Universiti Putra Malaysia telah menganjurkan KanWork Charity Hi-Tea 2019 bertempat di Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, UPM Serdang pada 20 Oktober yang lalu.
DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin telah berkenan mencemar duli ke majlis ini seterusnya berkenan melancarkan Buku Panduan Penjaga Pesakit Kanser dan Memahami Kanser : Panduan Untuk Pesakit. Turut dilancarkan pada majlis tersebut ialah Wakaf KanWork.
Majlis pada petang itu telah diserikan dengan kehadiran para pesakit/survivor, sukarelawan, penjaga (carer) serta rakan-rakan kongsi KanWork yang sentiasa menyokong dan membantu KanWork untuk merealisasikan peranan persatuan.
| Persembahan tarian oleh Survivor KanWork |
| DYMM Tengku Permaisuri Selangor berkenan melawat Booth Pameran KanWork |
Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua dermawan yang telah memberikan sumbangan serta semua yang telah memberi sokongan dalam menjayakan majlis ini.
Sila klik pautan berikut untuk Berita KanWork Charity Hi-Tea 2019 :
- Tengku Permaisuri Norashikin lancar buku berkaitan pesakit kanser
- Tengku Permaisuri Selangor lancar buku berkaitan pesakit kanser
- Tengku Permaisuri Selangor berkenan lancar buku kanser
- Tengku Permaisuri lancar buku panduan & Wakaf KanWork, bantu pesakit kanser
- VIDEO | Tengku Permaisuri lancar buku panduan & Wakaf KanWork, bantu pesakit kanser
Subscribe to:
Posts (Atom)






