|
Cara membuat sumbangan untuk Persatuan KanWork |
|
Pencapaian Program KanWork 2017 |
MEMOHON SUMBANGAN (dengan Pelepasan Cukai) UNTUK PERSATUAN KANSER KanWork
KanWork adalah sebuah NGO yang berdaftar sejak 2005. Sejak dari penubuhan, KanWork sangat aktif menjalankan pelbagai aktiviti untuk survivor/pesakit kanser, carer/keluarga, dan masyarakat luar melalui aktiviti seperti:
Pendidikan. KanWork menjemput doktor pakar / professional utk menyampaikan ilmu.
Peer Support. Menyokong ahli, pesakit baharu, mereka yg down ketika berdepan kanser, dan mereka yg mencari sokongan rakan senasib.
Awarenes. Kempen kesedaran kanser di masjid, di hospital, open booth serta mengedarkan risalah kanser.
Sosial & riadah. Senaman Qigong secara percuma setiap Sabtu & Ahad.
Menyediakan bahan bacaan kanser. KanWork telah mencetak risalah 8 jenis kanser.
Lawatan & Sokongan Pesakit. Kerjasama secara rasmi dengan Hospital Putrajaya untuk menyokong pesakit di wad setiap Khamis & turut menyokong pesakit di lain-lain hospital atau di rumah mengikut permintaan.
Selain itu, KanWork turut membuat pembentangan di platform antarabangsa spt di Pangkor Dialogue 2017 untuk berkongsi tentang peranan KanWork kepada semua pihak.
Oleh itu, KanWork amat memerlukan sokongan kewangan dari semua pihak untuk meneruskan lagi aktiviti-aktiviti bagi merealisasikan misi dan visi KanWork.
Sumbangan boleh dibuat melalui
Bank : CIMB
No. Akaun : 8601945901
Nama: Persatuan Kanser Network Selangor & Wilayah Persekutuan.
Atau secara online : MyGift2KanWork
Setiap sumbangan boleh mendapat Pelepasan Cukai, sila berikan bukti sumbangan kepada Bendahari di talian 012-6829644 (Ruhaidah) atau 012-6651372 (Norma).
Sumbangan Tuan/Puan amat kami harapkan. Mohon jasa baik Tuan/Puan untuk menghebahkan perkara ini kepada orang lain. Layari blog dan FB Persatuan KanWork untuk melihat aktiviti yg telah KanWork jalankan.
Terima kasih di atas sumbangan Tuan/Puan