Showing posts with label Carer. Show all posts
Showing posts with label Carer. Show all posts

Saturday, 9 May 2020

KanWork Stay @Home : Cerita Kami - Siri 24

Siri 24: Penjaga Pesakit Kanser

Seseorang yang dijangkiti penyakit kanser bukan kehendak mereka.  Sebaliknya ia satu ketentuan Allah SWT yang memilih mereka untuk diuji keimanan terhadap nikmat dunia yang sementara dan kesabaran serta redha.

Pesakit kanser sering terganggu emosi disebabkan perubahan fizikal dan gaya hidup serta pandangan masyarakat terhadap mereka. Oleh itu mereka sangat memerlukan sokongan kuat daripada orang sekeliling. Sebagai penjaga pesakit kanser, kita perlu bersabar dan berfikiran positif serta tenang dan bijak untuk mengurus pesakit.

Musim PKP menyebabkan pergerakan menjadi terbatas. Sebagai penjaga pesakit kanser, saya perlu kreatif mengisi masa isteri. Saya mengajaknya memperkemaskan halaman rumah disamping menaikkan akar beberapa pokok bonsai bunga kemboja agar kelihatan cantik. Kami juga bercucuk tanam sayur-sayuran seperti sawi, ulam cekur, ulam raja dan sebagainya.

Kami lebih banyak masa bersama di Ramadan musim PKP ini. Rutin pagi sibuk dengan menyediakan juadah bersahur. Diwaktu petang saya dan anak-anak akan bergotong-royong memasak untuk juadah berbuka puasa pula dengan tunjuk ajar isteri. Ini amat membantu beliau untuk melupakan seketika kesakitannya. Demi merebut pahala berganda di bulan Ramadan, isteri mengambil peluang bersedekah terutama untuk juadah berbuka. Waktu malam dihabiskan dengan solat Maghrib, Isyak dan Terawih berjemaah. Tugas saya sebagai imam manakala isteri akan memberikan komen dan nasihat kepada saya dan anak-anak selesai solat.

Sebagai penjaga pesakit kanser, kita perlu sabar dan memberi sokongan 100% kepada mereka tanpa rasa jemu. Sesungguhnya Allah SWT sangat suka kepada orang yang sabar dan bersyukur.

Dr. Mohd Faisol Ibrahim
Pensyarah Kanan USIM / Ahli KanWork

#######################

Anda boleh mendapatkan “Buku Panduan untuk Penjaga Pesakit Kanser” terbitan KanWork (2019) dengan menghubungi 1 800 22 8672/6013 5938627.

Baca selanjutnya di FB: kanwork.official

Jom BERINFAK di RAMADAN yang mulia ini!
Sila layari : https://www.donate.kanwork.org
atau
8601945901
Persatuan Kanser Network Selangor & Wilayah Persekutuan


Saturday, 14 September 2019

Buletin KanWork

Terima kasih kepada semua yang menyokong KanWork !

Rangkuman Aktiviti KanWork 

Pencapaian KanWork Januari - Ogos 2019

Tuesday, 16 April 2019

Bengkel Carer (Penjaga Pesakit Kanser) 2


Serdang, 15 April 2019 Persatuan Kanser KanWork dalam usaha membangunkan Buku Panduan Penjaga Pesakit Kanser. Satu Bengkel Carer (Penjaga Pesakit Kanser) 2 telah diadakan di Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia yang bertujuan mendapatkan maklumbalas untuk penambahbaikan. Seramai 18 orang peserta telah hadir yang terdiri daripada carer, survivor, pegawai perubatan dan sukarelawan.  Terima kasih di atas sokongan dan penglibatan semua dalam menjayakan bengkel ini. 

Friday, 18 January 2019

Bengkel Caregiver Pesakit Kanser


Seri Kembangan,16 Januari 2019. Persatuan Kanser KanWork Satu sesi Focus Group Discussion (FGD) telah diadakan di Pejabat KanWork untuk mendapatkan input daripada caregiver (penjaga) pesakit kanser berkenaan peranan, isu dan cabaran yang mereka lalui sepanjang menjaga pesakit kanser. Seramai 8 orang caregiver yang terlibat terdiri daripada pelbagai kategori seperti penjaga kepada ibu, ayah, anak, adik-beradik, suami atau isteri masing-masing. Maklumat yang telah dikongsikan akan membantu pihak KanWork dalam usaha menerbitkan bahan pendidikan khusus untuk care giver. Projek penerbitan ini merupakan kerjasama antara KanWork dan Lembaga Zakat Selangor. Pihak KanWork menghargai penyertaan dan sumbangan semua caregiver.

Monday, 4 December 2017

RISALAH KANSER BAHARU TERBITAN KanWork



 RISALAH KANSER BAHARU TERBITAN KanWork




Persatuan KanWork, 4 Disember 2017 – Menyedari tentang pentingnya penyampaian dan penyebaran maklumat yang tepat tentang kanser kepada pesakit serta orang awam, Persatuan KanWork menggembleng tenaga membangunkan bahan pendidikan dalam bentuk risalah. Seiringan dengan kemajuan teknologi penyebaran maklumat, risalah yang diterbitkan ini boleh diperoleh dalam bentuk cetakan daripada persatuan ini. Terkini, sebanyak 2 risalah baharu telah diterbitkan dalam bentuk risalah. Risalah tersebut adalah Carer Pesakit Kanser dan Kanser Hati.



Risalah ini dipamer dan diedarkan semasa program-program kesedaran awam anjuran KanWork. Mereka yang memerlukan risalah ini boleh mendapatkannya dengan berkunjung ke Pejabat KanWork atau menghubungi talian helpline 1-800-22-8672. KanWork ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua penaja dan individu yang telah memberi sumbangan ikhlas dan sokongan bagi pembangunan dan percetakan risalah ini. 



2017 NEW CANCER BROCHURE BY KANWORK



Persatuan KanWork, 4 December 2017 – Aware of the importance of the delivery and dissemination of accurate information about cancer to patients and the general public, KanWork has taken the initiative to develop educational materials in brochure form. In line with the advances of technology in information dissemination, the brochures may be obtained in printed version KanWork. Currently, 2 new brochures were published. The titles developed are “Cancer Carer” and “Liver Cancer”.



This brochure are exhibited and distributed during public awareness programs organized by KanWork. Those who need the brochure can get it by visiting to the KanWork’s office and calling our helpline at 1-800-22-8672. We express our sincere appreciation to all sponsors and individuals for their contributions and continuous support for the development and printing of the said brochures.

Friday, 6 October 2017

Program Pendidikan dan Sokongan Pesakit Kanser "Penjagaan Paliatif Pesakit Kanser"


Peserta sedang mendengar ceramah


Sesi Peer Support

Dr. Azlan Kamalludin sedang berkongsi pengalaman sebagai carer
Pn. Mastura, Jururawat Paliatif Hospis Malaysia sedang menyampaikan ceramah


PUTRAJAYA, 30 SEPTEMBER 2017 – Persatuan Kanser KanWork dengan kerjasama Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) telah menganjurkan Program Pendidikan dan Sokongan Pesakit Kanser yang bertajuk Penjagaan Paliatif Pesakit Kanser pada 30 September yang lalu di Bilik Seminar, Hospital Putrajaya. Penceramah jemputan ialah Pn. Mastura Mohd. Rasyid dari Hospis Malaysia.

Seramai 60 orang telah hadir terdiri dari pesakit, survivor, penjaga (carer), doktor, jururawat, sukarelawan serta orang awam yang berminat. Turut di adakan semasa program ialah sesi perkongsian pengalaman sebagai Carer oleh Dr. Azlan Kamalludin yang juga merupakan penulis buku “Three Cancers in Ten Months, Doctor Becomes Carer”. Sesi Peer Support juga di adakan selepas program dan dikendalikan oleh Dr. Abdullah Mohd. Noor.

Thursday, 4 May 2017

FORUM CARER KANSER "TANGGUNGJAWAB & KASIH SAYANG"




BANDAR BARU BANGI, 29 APRIL 2017 –  Satu Forum Carer Kanser yang bertajuk “Tanggungjawab dan Kasih Sayang” telah di adakan pada 29 April yang lalu di Surau Al-Sobah, Bandar Baru Bangi. Forum ini adalah anjuran bersama Surau Al-Sobah dan Persatuan Kanser KanWork. Secara umumnya forum ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang kepentingan dan peranan carer dalam membantu pesakit kanser.  

Panel jemputan untuk forum ini ialah Dr. Norfilzatun Borhan (Pakar Perubatan Kesihatan Awam), Cik Nurul Ashikin Saari (Pegawai Psikologi Hospital Kuala Lumpur), Dr. Abdullah Mohd. Noor (Survivor) dan Pn. Ramlah Muhamad (Carer). Moderator untuk sesi forum ini ialah Dr. Mazanah Muhamad. 

Seramai 60 orang telah hadir terdiri dari carer (penjaga), pesakit, survivor, sukarelawan serta orang awam yang berminat. Semoga forum ini memberi manfaat kepada semua yang hadir.