Nilai, 5 April 2018 Persatuan Kanser KanWork telah menyertai Program “Biosimilar Day 2018” Bersempena Minggu Sains
Negara 2018 di Inno Bio Ventures Sdn Bhd, Nilai. KanWork telah menerima
jemputan untuk sesi perkongsian pengalaman yang diwakili oleh Dr. Aini Andria
Shirin Anuarudin. KanWork turut membuka booth pameran dan jualan amal semasa
program ini. Terima kasih kepada sukarelawan KanWork yang terlibat menjayakan
program ini.
Thursday, 19 April 2018
KanWork @ Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2018
Cyberjaya, 8 Mac 2017 Persatuan Kanser KanWork telah terlibat sebagai pempamer sempena Majlis
Sambutan Hari Wanita Antarabangsa (HWA) 2018 yang bertempat di Limkokwing
University of Creative Technology. KanWork telah membuka booth pameran dan
jualan amal semasa program ini. Terima kasih kepada sukarelawan KanWork yang
terlibat menjayakan program ini.
Wednesday, 4 April 2018
Peer Support KanWork 2/2018
Bandar Kinrara, 31 Mac 2018. Peer Support KanWork telah diadakan di Nuz Natural Beauty yang bertujuan untuk para pesakit, survivor serta penjaga (carer) berkongsi pengalaman menghadapi cabaran kanser. Seramai 13 orang peserta telah hadir yang terdiri daripada pelbagai latar belakang kanser. Moderator bagi sesi ini ialah Dr Asmah Ismail, Pensyarah Bimbingan dan Kaunseling, Universiti Putra Malaysia. Turut di adakan ialah Sesi KanWork Look Good Feel Better iaitu Teknik dan Tips Penjagaan Kulit (kulit kering kesan rawatan kanser) serta solekan oleh Nuz Natural Beauty.
Seri Kembangan, 31st January, 2018. A Peer Support KanWork session was held at Nuz Natural Beauty. The purpose of this session was to provide opportunities for the patients, survivors, and carers to share their experiences on how they face the challenges of cancer. A total of 13 participants attended the session from various cancer backgrounds. The moderator for this session was Dr Asmah Ismail, Lecturer in Guidance and Counselling, Universiti Putra Malaysia. Also held was KanWork ‘Look Good Feel Better’ Session on skincare techniques and tips for dry skin due to cancer treatment as well as a make up session by Nuz Natural Beauty.
Tuesday, 27 March 2018
Monday, 26 February 2018
SENARAI AJK KanWork SESI 2018/2020
Pengerusi
Dr.
Mazanah Muhamad
Timbalan Pengerusi
Dr. Aini
Andria Shirin Anuarudin
Setiausaha
Dr.
Mariana Mohd Yusoff
Timbalan Setiausaha
En.
Tajaruddin bin Jasi
Bendahari
Cik
Ruhaidah Ahmad
Timbalan Bendahari
Pn. Norma
Muhamad
Ahli Jawatankuasa
Datin Dr. Rosenani Abu BakarDatuk Hasnah Haji Saleh
Dr. Norfilzatun Borhan
En. Badrulhaisham Shamsuddin
En. Wan Zamri Wan Ismail
Pn. Syanor Ain Shaharom
Cik Nadzirah Hanis Zainordin
Mesyuarat Agung KanWork ke-13
Persatuan
KanWork. Serdang, 24 Feb 2018. Mesyuarat Agung KanWork ke-13 telah
diadakan di Bilik Kuliah 1, Fakulti Rekabentuk & Senibina, Universiti Putra
Malaysia. Seramai 28 orang ahli telah hadir untuk bermesyuarat, mengetahui
pencapaian aktiviti KanWork sepanjang tahun 2017 dan pemilihan Ahli
Jawatankuasa KanWork sesi 2018-2020. Turut di adakan ialah Program Berkebun
bersama KanWork yang mana ahli berpeluang mempelajari teknik berkebun serta
menanam pokok hiasan dan herba yang dikendalikan oleh En. Abdul Karim Mansor,
yang berpengalaman dalam bidang hortikultur.
Friday, 23 February 2018
BUKU : STORIES FOR OUR CHILDREN
Persatuan Kanser KanWork Dapatkan buku yang bertajuk “STORIES FOR OUR CHILDREN” terbitan Yayasan Rosni Noor. Buku ini mengisahkan tentang cabaran dan kesusahan dalam membesarkan anak-anak, di mana tiada siapa yang mengajar bagaimana untuk menjadi ibu bapa atau anak. Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan buku ini dengan harga RM35 sahaja. Pertanyaan/maklumat lanjut, sila hubungi 03 – 7880 2001 (Yayasan Rosni Noor).
Subscribe to:
Posts (Atom)





