Tuesday, 30 October 2018

KanWork @Wear It Pink, Pantai Hospital Kuala Lumpur


Shah Alam, 21 Oktober 2018 Persatuan Kanser KanWork Pantai Hospital Kuala Lumpur telah menganjurkan Kempen Kesedaran Kanser Payudara “Wear It Pink” bersempena dengan Bulan Kesedaran Kanser Payudara sepanjang Oktober ini. Salah satu aktiviti yang diadakan ialah Charity Golf Tournament Tee Off di Kelab Golf Sultan Abdul Aziz Shah untuk menjana dana daripada program ini. Dana yang telah dijana diberikan kepada 3 persatuan yang terpilih. Persatuan Kanser KanWork merupakan salah satu persatuan yang menerima sumbangan ini. Pihak KanWork mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur dan semua yang terlibat. Semoga sumbangan yang diterima ini dapat dimanfaatkan dengan pelaksanaan aktiviti untuk mereka yang terlibat dengan kanser. 

Friday, 26 October 2018

KanWork @ TEMAN Mega - Bowl Your Blues Away


Ampang, 13 Oktober 2018 Persatuan Kanser KanWork  telah menyertai Program TEMAN Mega - Bowl Your Blues Away yang diadakan di Ampang Superbowl, Ampang Point Shopping Centre. Program ini adalah anjuran Team Effort in Maintaining Awareness and Nurturing Breast Cancer Patient (TEMAN), HCTM, PPUKM. KanWork diwakili oleh survivor dan sukarelawan. Tahniah kepada Team KanWork yang telah memberi komitmen dan menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi. 

KanWork @Seminar Kesedaran Kanser Payudara Peringkat KKM 2018


Persatuan Kanser KanWork  Seminar Kesedaran Kanser Payudara Peringkat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) 2018 telah diadakan pada 9 Oktober yang lalu. KanWork diwakili Dr. Mazanah Muhamad dan Pn. Asmah Salam telah dijemput sebagai ahli panel forum yang bertajuk “Saat Anda  Disahkan Menghidap Kanser Payudara”. Selain forum, turut diadakan ialah Ceramah Kanser Payudara, senaman serta rawatan dan pencegahan. Semoga perkongsian sesi ini memberi manfaat kepada peserta yang hadir. Tahniah kepada Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, KKM atas penganjuran seminar ini.

Tuesday, 23 October 2018

KanWork @ World Cancer Congress 2018



Kuala Lumpur, 4 Oktober 2018 Persatuan Kanser KanWork telah menyertai World Cancer Congress (WCC) 2018, anjuran The Union International Cancer Control (UICC) pada 1 hingga 4 Oktober di Kuala Lumpur Convention Centre. 3 ahli KanWork telah membuat pembentangan 6 kertas kerja yang merangkumi tajuk berkaitan Kesedaran Kanser di Komuniti, My Story, Peer Support, Peranan Pusat Sumber Kanser dan Program Pendidikan Kanser. Kertas  kerja ini adalah berasaskan bukti amalan (evidence based practice). KanWork ialah sebuah institusi yang berdaftar sebagai ahli UICC. Melalui kehadiran dan pembentangan kertas kerja di WCC ini, ahli KanWork telah dapat menimba ilmu, berkongsi pengalaman dan networking dengan lain-lain peserta (tempatan dan antarabangsa) yang terlibat. Pengalaman pembelajaran ini InsyaAllah akan dimanfaatkan dalam usaha memajukan KanWork.

Monday, 24 September 2018

KISAH PEJUANG KANSER : CINTA YANG SEMPURNA UNTUK ISTERI

Seri Kembangan, 24 September 2018 – Persatuan Kanser KanWork dengan sokongan Australian Cancer Survivorship Center (ACSC), Australia telah mengambil inisiatif menjalankan My Story Project. Inisiatif ini merupakan pembangunan dan penerbitan artikel dimana pesakit, ahli keluarga dan sukarelawan berkongsi pengalaman mereka dalam menangani kanser. Perkongsian tersebut diharap dapat dijadikan panduan dan inspirasi kepada mereka yang terlibat dengan kanser. 

Artikel kedua yang bertajuk “Cinta yang Sempurna untuk Isteri” telah diterbit, dipamer dan diedarkan semasa program-program KanWork. KanWork juga mengalu-alukan sumbangan daripada organisasi korporat atau individu untuk pembangunan artikel seterusnya. Sila hubungi pejabat KanWork untuk maklumat lanjut.

Wednesday, 19 September 2018

WALKATHON AMAL KanWork 3


Serdang, 15 September 2018 Persatuan Kanser KanWork dengan kerjasama Universiti Putra Malaysia dan War on Cancer Malaysia telah menganjurkan Walkathon Amal 3 pada 15 September 2018 di Bukit Ekspo, UPM. Seramai 460 orang peserta yang terdiri daripada pesakit/survivor kanser serta keluarga, pelajar dan orang awam telah hadir memberi sokongan dengan sama-sama berjalan dan menyertai pelbagai aktiviti yang telah diadakan .

Flag Off peserta disempurnakan oleh YBhg. Prof. Datin Paduka Dato' Dr. Aini Ideris (Naib Canselor, UPM). Selain aktiviti berjalan, turut diadakan Pemeriksaan Kesihatan oleh Beacon International Hospital, Piknik, Demonstrasi Senaman Qigong, Pameran Kesedaran Kanser oleh KanWork & Pusat Sumber Kanser UPM (CaRE UPM), Sesi Bersama Survivor, Bertemu Atlet UPM/Nasional dan aktiviti kanak-kanak (mewarna).

Terima kasih kepada semua rakan kerjasama, penaja & semua yang memberi sokongan dalam menjayakan Walkathon Amal KanWork 3.

Gambar-gambar sepanjang program boleh dilayari di FB Page Walkathon KanWork.

Friday, 3 August 2018

RISALAH KANSER BAHARU TERBITAN KanWork


Persatuan Kanser KanWork, 31 Julai 2018 – Menyedari tentang pentingnya penyampaian dan penyebaran maklumat yang tepat tentang kanser kepada pesakit serta orang awam, Persatuan Kanser KanWork telah membangunkan bahan pendidikan dalam bentuk risalah. Terkini, sebanyak 2 risalah baharu telah diterbitkan iaitu Kanser Prostat dan Kanser Otak.

Risalah ini dipamer dan diedarkan semasa program-program kesedaran awam anjuran KanWork. Mereka yang memerlukan risalah ini boleh mendapatkannya dengan berkunjung ke Pejabat KanWork atau menghubungi talian helpline 1-800-22-8672. KanWork ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua penaja dan individu yang telah memberi sumbangan ikhlas serta sokongan untuk pembangunan dan percetakan risalah ini.