Monday, 30 December 2013

Sumbangan Zakat

Assalamualalaikum Y. Bhg Datuk/Dato'/Datin/Prof/ Dr, Tuan/Puan, ahli dan bukan ahli KanWork yang dikasihi sekalian.

Kami dari Persatuan Kanser NetWork Selangor Wilayah (KanWork) ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon sumbangan, zakat, sedekah amal jariah bagi membantu kami menambah dana untuk mengadakan aktiviti bagi membantu para pesakit Kanser dan mereka yang memerlukan. Sumbangan akan diberikan pelepasan cukai pendapatan (No rujukan : LHDN.01/35/42/51/179-6.5996).

Sumbangan boleh dimasukkan ke dalam akaun CIMB Bank Berhad di atas nama "PERSATUAN KANSER NETWORK SELANGOR & WILAYAH PERSEKUTUAN” NO. AKAUN 1215-0010602-05-5. Atau Bank Islam Malaysia Berhad, no akaun : 12029010069530. 


Maklumkan kepada pihak kami melalui emel/sms/telefon bagi tujuan pengeluaran resit.

En Md Nooh (Bendahari KanWork)

mnooh.bin.hassan@gmail.com
013-3878567 / 03-89468954

Pn Norma (Penolong Bendahari)
ann_amir@yahoo.com

012-6651372

Segala budi baik pihak YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Prof/ Dr, Tuan/Puan amatlah kami hargai.

Sekian terima kasih

Monday, 16 December 2013

Ceramah 'Breast Cancer'

Semasa Majlis Perasmian Program. Antara peserta yang hadir.

KAJANG, 15 Disember 2013. KanWork telah dijemput untuk memberi ceramah berkaitan 'Breast Cancer' di dalam program 'Sihat Anggun bergaya' bertempat di Lot 1646A, Jalan Besar, Sungai Ramal Dalam. Program ini adalah anjuran Portfolio Bangi Mesra Wanita, DUN Bangi dan dikelolakan oleh Pusat Khidmat Masyarakat Sg. Ramal Dalam. Banyak aktiviti menarik telah diadakan untuk menarik pengunjung antaranya memberi rawatan percuma akupuntur, 'foot soaking', gunting rambut, demonstrasi memasak piza, roti, membuat mee telur 'home made' dan juga jualan cookies, cup cakes. 

Program telah dirasmikan oleh En Abdul Syukur Atan, wakil ADUN kawasan Bangi. KanWork telah diwakili oleh Datin Dr. Nor Azizah Mohd Taib sebagai penceramah, Pn Safinaz Jaafar telah berkongsi pengalaman cancer survivor dan Pn. Mariana Mohd Yusoff. Agihan risalah KanWork telah diberi kepada pengunjung sebagai pengenalan. Seramai lebih kurang 60 orang pengunjung hadir sepanjang program. Satu program yang menarik untuk memberi kesedaran dan menggalakkan wanita menjaga kesihatan.
Dr. Nora memberi ceramah 'Breast Cancer'.

Friday, 13 December 2013

Program Kesedaran Kanser

Sebelum program bermula
BANDAR BARU BANGI, 13 Disember 2013. KanWork telah dijempat untuk mengadakan satu sesi perkongsian kesedaran barah payudara oleh KLIA Travel bertempat di Wisma KLIA, Bandar Baru Bangi jam 12.30 hingga 2.30 petang. Sesi ini adalah anjuran Kelab KLIA Travel bertujuan untuk memberi kesedaran mengenai barah payudara, cara-cara melakukan pemeriksaan sendiri payudara (PSP) dan perkongsian pengalaman dari kalangan kanser survivor kepada kakitangan wanita. Seramai lebih kurang 30 orang kakitangan KLIA Travel telah menghadiri sesi ini. KanWork diwakili oleh Pn. Asmah Salam, Pn. Wan Hanisah Wan Omar, Pn. Nor Aini Mad Zin, Pn. Safinaz Jaafar dan Cik Mahfuzah Kamaruzaman. Kami dari KanWork mengucapkan ribuan terima kasih atas jemputan. Diharap program seperti ini dapat diadakan lebih kerap untuk memberi kesedaran dan pendedahan awal kepada orang awam mengenai barah payudara.
Pn Asmah dan Pn Nor Aini semasa sesi perkongsian pengalaman.

Antara kakitangan KLIA Travel yang hadir.

Tuesday, 10 December 2013

Karnival Jualan Buah-buah Tempatan : Jom Makan Buah

Majlis penyerahan chek disempurnakan oleh TKP FAMA dan KSU KKM

KanWork diwakili oleh Tn. Haji Mohamad Nooh bin Hassan
PUTRAJAYA, 6 Disember 2013. Telah diadakan majlis penyerahan chek sempena berakhirnya Pesta Makan Buah-buahan Tempatan, Jom Makan Buah yang telah berlangsung dari 6 - 10 Disember 2013. Majlis disempurnakan oleh TKP FAMA dan KSU KKM. KanWork diwakili oleh Tn. Haji Mohamad Nooh bin Hassan, Bendahari KanWork, menerima sumbangan tersebut. Terima kasih kepada FAMA dan pihak penganjur lain atas sumbangan ini. Semoga semangat dan kerjasama yang telah terjalin dapat diteruskan ke tahun-tahun akan datang.

Monday, 9 December 2013

Karnival Jualan Buah-buahan Tempatan : JOM MAKAN BUAH

Membungkus bubur kacang durian untuk dijual.
 
PUTRAJAYA, 9 Disember 2013. Bertempat di Laman 1 Malaysia, Presint 2, Putrajaya, sedang berlangsung Karnival buah-buahan tempatan bermula dari 6 - 10 Disember 2013. KanWork telah mengambil bahagian membuka booth pameran di sana. Terima kasih kepada ahli Sukarelawan KanWork yang telah meluangkan masa bergilir-gilir bertugas di booth. Terima kasih juga kepada pihak penganjur yang akan menyumbangkan sejumlah pendapatan daripada Karnival ini kepada KanWork. Ayuh ramai-ramai datang ke pesta Jom Makan Buah! sambil menderma ke Tabung KanWork. Gambar sekitar karnival.

PUTRAJAYA, December 9, 2013. A local fruit carnival had taken place at Laman 1 Malaysia, Precinct 2, Putrajaya from the 6th to 10th December 2013. KanWork participated in the event by opening an exhibition booth there. Our deepest appreciation to the exceptional, ever-dedicated Kanwork volunteers who took turns handling the booth. A million thanks also to the organizers who had pledged a share of the total income from the carnival to KanWork. Come join in the party “Jom Makan Buah!” while donating to KanWork fund.  Photos around the carnival.
Membeli sambil menderma

Di dalam gerai KanWork

Friday, 6 December 2013

Karnival Jualan Buah-buahan Tempatan: JOM MAKAN BUAH

Putrajaya, 6 Dec 2013



Sukarelawan KanWork di gerai KanWork di KARNIVAL JUALAN BUAH-BUAHAN TEMPATAN. JOM KITA RAMAI-RAMAI DATANG MAKAN BUAH sambil berderma ke tabung KanWork! (Pihak penganjur akan menyumbangkan sejumlah pendapatan daripada Karnival ini kepada KanWork). 
 [KanWork volunteers at KanWork booth during LOCAL FRUIT SALES CARNIVAL: LET'S EAT FRUITS. Please come and enjoy the fruits and at the same time donate to KanWork Fund (The organizer will contribute some portion of the sales during the Carnival to KanWork)]

Karnival ini berlangsung dari 6 - 10 Disember,  di Laman 1 Malaysia, Precint 2, Putrajaya. Di Karnival tersebut pelbagai aktiviti yang menarik dan menyeronokkan akan dijalankan (sila lihat flier), termasuk jualan buah-buahan tempatan pada harga yang berpatutan. Ajak sanak-saudara dan rakan-taulan bersama menikmatinya. Ayuh, Ahli KanWork dan Sukarelawan sekalian mari kita turun padang, bergilir-gilir jaga Booth persatuan kita.

Tuesday, 3 December 2013

Breast Cancer Awareness Campaign Hospital Putrajaya

Bergambar kenagan bersama kakitangan Hospital Putrajaya.
Bertempat di Auditorium Hospital Putrajaya telah diadakan Kempen Kesedaran Barah Payudara anjuran Hospital Putrajaya pada 2 Disember 2013. KanWork telah diwakili oleh tiga orang sukarelawan yang turut diberi peluang berkongsi pengalaman mereka di dalam sesi perkongsian. Disamping itu KanWork turut membuka booth bagi tujuan mempromosikan KanWork melalui edaran risalah dan berkongsi pengalaman.
Pn. Nor Aini Mad Zain sedang memberi penerangan kepada pengunjung booth KanWork
Terima kasih kepada Hospital Putrajaya kerana telah menjemput KanWork mengambil bahagian di dalam kempen kesedaran ini. Semoga hubungan erat yang dijalinkan akan mendapat manfaat kepada ahli KanWork seluruhnya.

Sumbangan Zakat & Amal Jariah

Assalamualalaikum Y. Bhg Datuk/Dato'/Datin/Prof/ Dr, Tuan/Puan, ahli dan bukan ahli KanWork yang dikasihi sekalian.

Kami dari Persatuan Kanser NetWork Selangor& Wilayah (KanWork) ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon sumbangan, zakat, sedekah amal jariah bagi membantu kami menambah dana untuk mengadakan aktiviti bagi membantu para pesakit Kanser dan mereka yang memerlukan. Sumbangan akan diberikan pelepasan cukai pendapatan (No rujukan : LHDN.01/35/42/51/179-6.5996).

Sumbangan boleh dimasukkan ke dalam akaun CIMB Bank Berhad di atas nama "PERSATUAN KANSER NETWORK SELANGOR & WILAYAH PERSEKUTUAN” NO. AKAUN 1215-0010602-05-5. Maklumkan kepada pihak kami melalui emel/sms/telefon bagi tujuan pengeluaran resit.

En Md Nooh (Bendahari KanWork)
mnooh.bin.hassan@gmail.com
013-3878567 / 03-89468954 

Pn Norma (Penolong Bendahari)
ann_amir@yahoo.com
012-6651372

Segala budi baik pihak YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Prof/ Dr, Tuan/Puan amatlah kami hargai.

Sekian terima kasih

Tuesday, 26 November 2013

Walkaton Sempena Minggu Kesedaran Kanser Mulut


Alhamdulillah Walkaton Sempena Minggu Kesedaran Kanser Mulut telah berjalan dengan jayanya pada 17 November 2013 (Ahad) yang lalu. Terima kasih kepada semua ahli dan keluarga yg turut serta. KanWork juga menghargai khidmat pasukan sukarelawan muda yang telah menjaga booth kita hari itu. Kepada tuan rumah Oral cancer Research & Coordinating Center, UMMC; tahniah & terima kasih.

Thursday, 21 November 2013

Bengkel Sukarelawan Cemerlang 2013 (Siri 2)

Towards developing a more competent volunteer, KanWork had successfully organized a Workshop for Excellent Volunteer 2013 (Part 2) on 19 November. The forum is a continuation of an earlier one conducted at Lengkawi, 2nd to 4th November, 2013.
The excellent workshop was facilitated by our own KanWork member who is also a professional trainer, Puan  Sharifah Mariah Alfah. We appreciate her leadership. Our thanks to Eleventh College, Unversiti Putra Malaysia for the venue. Congratulation and thanks to the organizing team & all participants

Thursday, 14 November 2013

Walkaton 2013 Mouth Cancer Awareness Week


KanWork akan menyertai minggu Kesedaran Kanser Mulut 2013 - Walkaton anjuran OCRCC, Universiti Malaya PERCUMA pada 17 November 2013 (Ahad) jam 7.30 pagi - 11.00 t/hari di Taman Rekreasi Bukit Jalil (Gate C).

Sesiapa yang berminat sila sahkan kehadiran kepada Cik Mahfuzah di talian 013-6618672. Datanglah  beramai-ramai bersama rakan dan keluarga. Sama-sama kita memerangi kanser.

Booth KanWork akan dibuka disana untuk perkenalkan KanWork kepada komuniti Bukit Jalil.

Sunday, 10 November 2013

Bengkel Sukarelawan Cemerlang 2013 (Part 2)


Alhmadulilah bengkel di atas telah berjaya dijalankan seperti dirancang dengan dihadiri oleh 17 orang sukarelawan KanWork. Kami hargai sumbangan tuan rumah/fasilitator bengkel, Puan Sharifah Maria. Juga kerjasama Hospital Lengkawi dalam menjalankan program Kesedaran Awam tentang Kanser di hospital tersebut pada 3 November. Program kesedaran awam telah dihebahkan dengan jasa baik FM Lengkawi dan RTM. Sekalung bunga juga kepada Pasukan Pengurusan dan semua peserta bengkel.

Aktiviti hari ke-2, Program Kesedaran Awam di Hospital Langkawi

Program Kesedaran Awam di Hospital Langkawi

Tamat sudah program di Hospital Langkawi

Hari ke-2 bengkel dimulakan dengan senaman Qigong di tepi kolam renang
Hari ke-3 pula dimulakan dengan Tazkiran Subuh.

Untuk lihat lebih banyak gambar, boleh ke FaceBook Persatuan Kanwork.

Thursday, 7 November 2013

Bengkel Sukarelawan Cemerlang 2013 (Part 1)


Pada 2 - 4 November 2014, seramai 17 orang ahli KanWork telah menghadiri Bengkel Sukarelawan Cemerlang yang diadakan di Fox Hill Resort, Langkawi.

Kedatangan kami ke sana telah disambut oleh tuan punya resort, Pn. Sharifal Maria Alfa di Airport
Langkawi.
Tuan rumah, Pn. Sharifah Maria

Guest house, Rumah Alfa

Rumah Suria

Pemandangan indah dari Rumah Pokok.
Sungguh kagum melihat keindahan pemandangan yang hijau. Bertepatan dengan objektif kami ke Langkawi untuk berbengkel. Semoga objektif berikut dapat dicapai :
  1. Merancang strategi dan pendekatan yang lebih berkesan bagi memandapkan lagi KanWork.
  2. Merapatkan hubungan, meningkatkan semangat kekitaan dan semangat kerja berpasukan dikalangan para sukarelawan.
  3. Meningkatkan kemahiran dalam melaksanakan tugas sebagai sukarelawan yang komited.
  4. Meningkatkan kesihatan dan penyembuhan dikalangan sukarelawan.
Aktiviti hari pertama bermula jam 8.00 malam, setelah usai makan malam. Sesi pertama bermula dengan....
  • Selamat datang dan Doa Selamat
  • Taklimat Bengkel dan Akujanji
  • KanWork : status terkini
  • Pembentangan status pelaksanaan inisiatif - Penjanaan Dana, Lawatan ke wad dan Pusat Sumber Kanser (PSK)
  • Persediaan Program Kesedaran di Hospital Langkawi 
Sesi Pertama bermula.
Tamat sudah hari pertama Bengkel. Esok, satu lagi hari yang sibuk menanti para peserta. Have a good sleep, enough rest and sweet dream. Mimpi yang indah di Fox Hill.

Sunday, 3 November 2013

Bengkel Sukarelawan Cemerlang 2013

Pada 2 - 4 November 2013, bertempat di Langkawi sedang berjalan Bengkel Sukarelawan Cemerlang. Seramai 17 orang ahli KanWork mengikuti bengkel ini.


Sunday, 27 October 2013

Participation at Inaugural Wear It Pink Women's Health Summit on 22nd October 2013





Kuala Lumpur, 22 Oktober 2013:
Dua orang AJK KanWork telah menghadiri forum tersebut di atas, anjuran Hospital Pantai, Kuala Lumpur. Mereka turut serta atas jemputan Dr.Azlina Firzah Abd. Aziz, Pengerusi Summit tersebut. Summit ini merupakan sebahagian dari kempen kesedaran kanser payu dara. Peserta KanWork juga berpeluang untuk membuat jaringan dan mempromosi KanWork. Diucapkan tahniah kepada Penganjur atas kejayaan Majlis. Pihak KanWork mengalu-alukan kerjasama  di masa akan dating.

(Two KanWork committee members attended the above forum organized by Pantai Hospital, Kuala Lumpur. They were invited by the Organizing Chairperson, Dr. Azlina Firzah Abd Aziz. The summit was part of the Breast Cancer Awareness Campaign. We also have the opportunity to network and promote KanWork. Congratulation to the organizer for the successful forum. We look forward to future collaboration.)


Kempen Kesedaran Kanser Payudara 22-24 Oktober 2013

Pada 22 - 24 Oktober 2013 bertempat di Klinik Pakar Hospital Putrajaya telah diadakan Kampen Kesedaran Kanser Payudara dengan kerjasama pihak Hospital Putrajaya. Kempen ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada orang awam bagaimana melakukan pemeriksaan sendiri payudara, mengedarkan risalah KanWork dan juga perkongsian pengalaman para survivor yang bertugas.
Terima kasih kepada para sukarelawan KanWork yang bertugas sepanjang kempen berjalan, pihak Hospital Putrajaya di atas segala kerjasama yang diberi, kepada orang awam yang memberi feedback yang memberangsangkan dan akhir sekali kepada semua yang menjayakan program ini. Thank you all! Jasamu dikenang!

Monday, 21 October 2013

Jamuan Makan Malam Persatuan Guolin Qigong

PADA 20 Oktober 2013 bertempat di HGH Convention Center, Jalan Sentul telah berlangsung Jamuan Makan Malam anjuran Persatuan Guolin Qigong sempena ulangtahun ke-20 persatuan tersebut. Persatuan KanWork telah berbesar hati menghadiri jamuan yang diwakili oleh Prof. Dr Mazanah Mohamad, Pn. Luci, Pn. Rozila, Mr. & Mrs Ridwan dan Pn. Safinaz. We all having fun pda malam itu. Tahniah kepada Persatuan Guolin Qigong atas ulang tahun. 
Acara kemuncak adalah perarakan para canser survivor ke dalam dewan.  Bermula dengan kumpulan pertama; survivor 5 – 9 tahun. Kumpulan kedua; survivor 10-14 tahun dan kumpulan ketiga adalah survivor melebihi 15 tahun. Sungguh teruja melihat aunty dan uncle survivor yang melangkaui lebih 15 tahun melangkah dengan confident ke atas pentas. Apalah agaknya rahsia mereka. Tak lain dan tak bukan adalah amalan senaman qigong. Bila dirisik-risik, amboi! Hari-hari tak culas melakukan senaman qigong. Memang tabik spring.
Kepada kawan-kawan sekalian bolehlah ambil iktibar di atas kejayaan mereka ini. Dari itu mulakan senaman qigong hari ini. Tak perlu pergi jauh-jauh ke Negeri Cina. Kat Bangi pun dah ada buka kelas senaman qigong ni. Boleh mula melangkah ke Taman Tasik Cempaka, Bandar Baru Bangi pada Sabtu jam 8-9 pagi. Kita ber’Qigong’ Sabtu ini beramai-ramai. Disamping dapat kesihatan, boleh juga menjalinkan silaturrahim. Akhir kata, terima kasih Persatuan Guolin Qigong atas jemputan.
Dapat cenderahati, mug ulangtahun ke-20. Terima Kasih!