Tuesday, 15 September 2020

KanWork Stay @Home: CERITA KAMI - Siri 78

Siri 78: UBAT ‘DELIVERY’ @PKP

Bila bercerita tentang ambil ubat di hospital, masing-masing punya pengalaman tersendiri. Hari ini saya kongsikan pengalaman saya. Sebelum ini saya perlu mengambil sendiri ubat di hospital. Banyak proses yang perlu saya lalui. 

Saya perlu mendapatkan Guarantee Lettter (GL) dari pihak insurans terlebih dahulu. Selepas urusan GL ‘clear’, saya akan ‘drive’ ke hospital untuk ‘submit’. Selesai semua baru saya ke farmasi untuk ambil ubat. Siap semuanya hampir 3 jam! Saya terfikir, bagaimana dengan rakan-rakan yang lain, pasti letih! Bukan hendak merungut atau tidak bersyukur. Tetapi itulah yang saya rasa. Tetapi demi untuk kesihatan, kita perlu kuat!

Dalam tempoh PKP ini, rasa takut hendak pergi ke hospital, bilangan kes makin tidak menentu. Risau. Kita ini golongan berisiko. Ubat hampir habis. Ubat tetap kena ambil, kena makan. Saya hubungi pihak hospital bertanya tentang urusan pengambilan ubat. Pihak hospital maklumkan mereka ada perkhidmatan ‘delivery’. Alhamdulillah! Dapat meringankan urusan saya. Saya tidak perlu keluar, ‘just stay at home’. Saya tanya lagi, berapa saya perlu bayar untuk ‘delivery’, mereka maklumkan jika lokasi rumah saya dalam 20 kilometer dari hospital tidak perlu bayar. Percuma! Syukur sangat-sangat.

Alhamdulillah, walaupun PKP, bekalan ubat-ubatan khususnya untuk pesakit kanser seperti saya tidak pernah putus. Sehingga hari ini, saya telah menerima ubat secara ‘delivery’ sebanyak tiga kali. Inilah salah satu hikmah PKP pada saya.

Syanor Ain Shaharom
Ahli KanWork

No comments:

Post a Comment