Apabila seseorang telah didiagnos dengan kanser, pasti akan segera mencari maklumat yang berkaitan. Buku merupakan salah satu sumber mendapatkan maklumat! KanWork berperanan untuk membangun dan menyebarkan bahan pendidikan kanser sebagai rujukan para pesakit/survivor dan juga penjaga (carer).
KanWork telah membangun pelbagai jenis judul yang mana ianya sesuai dibaca oleh pelbagai peringkat (low literacy), menggunakan bahasa yang mudah serta illustrasi/gambar yang menarik.
KanWork ada menerbitkan dua buah buku baharu iaitu;
1. Panduan untuk Penjaga Pesakit Kanser
Buku ini sebagai panduan kepada penjaga pesakit kanser supaya dapat mengurus diri sendiri dan pesakit dengan baik. Buku ini dapat membantu penjaga, (i) memahami peranan, isu dan cabaran sebagai penjaga pesakit kanser, (ii) mempelajari maklumat yang berkaitan dengan kanser, dan (iii) mengambil tindakan yang sewajarnya dalam penjagaan kesihatan.
2. Memahami Kanser Panduan untuk Pesakit
Buku ini membantu pesakit memperoleh maklumat umum berkaitan kanser seperti (i) pemakanan sihat, (ii) pembentukan sel, jenis dan tahap kanser, (iii) kaedah untuk mengesan kanser, (iv) rawatan kanser dan kesan sampingan, (v) aktiviti fizikal yang bersesuaian, (vi) kaedah untuk mengurangkan risiko kanser berulang, dan (vii) senarai kumpulan sokongan kanser bagi mendapatkan sokongan & bantuan.
Pelbagai maklumat yang disediakan untuk membantu mereka yang memerlukan. Kandungan buku ini ditulis, dirujuk dan disemak oleh pakar mengikut bidang masing-masing. Semoga bermanfaat kepada semua pembaca!
Jom dapatkan!
No comments:
Post a Comment