Tuesday, 8 September 2020

KanWork Stay @ Home: CERITA KAMI - Siri 76b

Siri 76b: LOCKDOWN @DENMARK (Bahagian 1)


Bagaimana saya melalui peringkat awal (Mac-Mei) Covid-19? Setelah tiga minggu ‘lockdown’, saya sedari saya berada di tengah-tengah proses bersedih; menyedari bagaimana tingkahlaku saya dan mimpi saya telah mendedahkan keadaan separa sedar fikiran dan perasaan saya. Minggu demi minggu saya melalui tahap dari penafian ke kemurungan kepada kemarahan, kemudian penerimaan, kemudian sekali lagi kemurungan dan penawaran. Kesedihan tidak mempunyai penamat yang sebenar, hanya fasa dan keadaan yang berbeza, satu perasaan kekurangan kuasa yang tidak dapat dilihat dan dinyata seperti keadaan gigi saya yang pecah.

Nenek saya meninggal dunia akibat Spanish Flu pada Disember 1918. Beliau berusia 36 tahun ketika itu. Tujuh orang anaknya juga sakit tetapi terselamat. Pada Januari 2020 apabila kita dimaklumkan tentang wabak Wuhan, saya mengambil itu sebagai amaran. Namun, saya fikirkan ini hanya satu lagi selesema. Sistem kesihatan kami telah bertambah baik sepanjang 102 tahun ini. Walau bagaimanapun, pihak berkuasa kesihatan menyatakan kebimbangan yang serius, ini bukan selesema biasa.

Saya membeli ‘hand-disinfectant’ dua minggu sebelum ‘lockdown’ pada Mac 12. Selepas itu saya membeli-belah dengan berhati-hati di pasaraya yang lengang.

Saya juga telah membatalkan dua majlis makan malam yang dijadualkan untuk saudara-mara dan rakan; melawat makcik saya berumur 81 tahun dan saudara-mara rapat secara penjarakan sosial.

Dalam keadaan yang tidak menentu dan khuatir, saya cuba mengikuti berita setiap jam pada waktu itu, demi mengawal ketagihan saya untuk emel dan talian secara pasif sehingga enam minggu ‘lockdown’ apabila saya mendapati bapa saudara saya yang berumur 90 tahun mati dan reput (mungkin menderita kegagalan jantung selepas panggilan telefon terakhir (tiada jangkitan Covid-19). Adakah ia berlaku kepada saya? Seperti beliau, saya juga hidup bersendirian dengan tiada siapa untuk menjenguk saya setiap hari. Seperti beliau juga, saya tidak membuat panggilan bantuan. Tidak seperti beliau, saya tidak mempunyai isu kesihatan yang diketahui. Apakah saya boleh membantu beliau dengan cara yang lebih baik?

Saya mendengar berita media secara acuh tidak acuh. Selain itu, saya jauhkan diri daripada beberapa acara sosial. Dalam kekurangan kuasa... berasa khuatir......

27 Ogos 2020
Claus Monrad Spliid
Penyokong KanWork

No comments:

Post a Comment