Seri Kembangan, 26 Januari 2019. Persatuan Kanser KanWork. Satu sesi peer support
telah dijalankan untuk pesakit, survivor serta penjaga (carer) berkongsi
pengalaman menghadapi cabaran kanser serta mendapat sokongan emosi dan psikologi.
Empat belas orang peserta telah menghadiri sesi yang dimoderat oleh Dr. Meriam
Omar Din, seorang kaunselor berpengalaman. Senaman ringan turut diadakan sebelum sesi peer support bermula. Peer Support
KanWork seterusnya akan diadakan pada 3 Ogos 2019.
Putrajaya, 22 November 2016 : Persatuan Kanser KanWork telah
mengadakan aktiviti pembangunan sukarelawan khusus untuk sukarelawan melawat
pesakit pada 22 November yang lalu. Objektifnya
adalah untuk memantapkan dan menambah baik peranan sukarelawan ketika melawat
pesakit selain merapatkan hubungan dan semangat kerja berpasukan dalam kalangan
sukarelawan. Terima kasih kepada sukarelawan yang terlibat.
Melawat
pesakit kanser di hospital merupakan salah satu aktiviti yang sering yang dijalankan
oleh Persatuan Kanser KanWork. Tujuan lawatan ialah untuk memberi sokongan emosi
dan berkongsi pengalaman dengan pesakit dalam usaha penyembuhan mereka.
Sukarelawan KanWork melawat pesakit kanser di Hospital Putrajaya setiap hari
Khamis. KanWork juga membuat lawatan pesakit di lain-lain hospital kerajaan dan
swasta mengikut permintaan. Terima kasih atas kerjasama hospital yang terlibat dan sukarelawan yang
menjayakan program ini.