Monday, 26 November 2018

KanWork @ Melawat Pesakit Kanser di Hospital



Melawat pesakit kanser di hospital merupakan salah satu aktiviti yang sering yang dijalankan oleh Persatuan Kanser KanWork. Tujuan lawatan ialah untuk memberi sokongan emosi dan berkongsi pengalaman dengan pesakit dalam usaha penyembuhan mereka. Sukarelawan KanWork melawat pesakit kanser di Hospital Putrajaya setiap hari Khamis. KanWork juga membuat lawatan pesakit di lain-lain hospital kerajaan dan swasta mengikut permintaan. Terima kasih atas kerjasama  hospital yang terlibat dan sukarelawan yang menjayakan program ini.




KanWork @ Program Anjuran Luar


Seri Kembangan, 12 November 2018 : Persatuan Kanser KanWork telah menyertai beberapa program anjuran agensi lain seperti Putra Green Run 2018 (29 September di Universiti Putra Malaysia, anjuran UPM) dan Empowered's Lung Cancer Awareness Charity Run 2018 (11 November di Taman Metropolitan Kepong, anjuran EMPOWERED - The Cancer Advocacy Society of Malaysia). Selain itu KanWork turut menjayakan program sempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara. Antara program yang disertai adalah Living with Breast Cancer Carnival (2 Oktober di Beacon Hospital, anjuran Beacon Hospital), AVON Pink Light Mall Hunt (27 Oktober di Berjaya Times Square KL, anjuran AVON Cosmetics Sdn Bhd.), A Day of Creativity (27 Oktober di Wisma Yayasan Budi Penyayang, anjuran Yayasan Budi Penyayang), Aloha Pink Fitness Dance (28 Oktober di Pullman Putrajaya Lakeside, anjuran Breast Cancer Foundation), Caring Beyond Cancer 4.0 (28 Oktober di Palace of the Garden Horses, anjuran Pusat Sumber dan Pendidikan Kanser, UPM) dan Batik Fun Walk 2018 (4 November di Balai Seni Negara, Kuala Lumpur, anjuran Yayasan Budi Penyayang). Tahniah kepada penganjur dan terima kasih ahli serta sukarelawan KanWork yang menjayakan program. 



Thursday, 15 November 2018

KanWork @ Hari Terbuka Psikologi 2018

Putrajaya, 8 November 2018 Persatuan Kanser KanWork telah menyertai Hari Terbuka Psikologi 2018 anjuran Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya dengan membuka booth kesedaran kanser (pameran bahan pendidikan kanser). Terima kasih kepada pihak penganjur di atas jemputan dan sukarelawan KanWork yang terlibat menjayakan program ini.

Wednesday, 14 November 2018

KanWork @ Kempen Kesedaran Kanser Payudara Peringkat Negeri Terengganu


Kuala Terengganu, 27 Oktober.  Persatuan Kanser KanWork telah turut menjayakan Kempen Kesedaran Kanser Payudara Peringkat Negeri Terengganu (Pink Carnival 2018) anjuran Kelab Surgeri Terengganu, Hospital Sultanah Nur Zahirah. Di majlis tersebut Dr. Mazanah Muhamad, Pengerusi KanWork telah menjadi ahli panel forum “You are Not Alone, Lets Fight!”.  Sesi tersebut telah dihadiri oleh 100 peserta yang terdiri dari orang awam, pesakit dan survivor kanser. Di karnival yang sama, 1300 peserta telah menyertai “Pink Run 2018”. Tahniah kepada pihak penganjur!





Tuesday, 30 October 2018

KanWork @Wear It Pink, Pantai Hospital Kuala Lumpur


Shah Alam, 21 Oktober 2018 Persatuan Kanser KanWork Pantai Hospital Kuala Lumpur telah menganjurkan Kempen Kesedaran Kanser Payudara “Wear It Pink” bersempena dengan Bulan Kesedaran Kanser Payudara sepanjang Oktober ini. Salah satu aktiviti yang diadakan ialah Charity Golf Tournament Tee Off di Kelab Golf Sultan Abdul Aziz Shah untuk menjana dana daripada program ini. Dana yang telah dijana diberikan kepada 3 persatuan yang terpilih. Persatuan Kanser KanWork merupakan salah satu persatuan yang menerima sumbangan ini. Pihak KanWork mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur dan semua yang terlibat. Semoga sumbangan yang diterima ini dapat dimanfaatkan dengan pelaksanaan aktiviti untuk mereka yang terlibat dengan kanser. 

Friday, 26 October 2018

KanWork @ TEMAN Mega - Bowl Your Blues Away


Ampang, 13 Oktober 2018 Persatuan Kanser KanWork  telah menyertai Program TEMAN Mega - Bowl Your Blues Away yang diadakan di Ampang Superbowl, Ampang Point Shopping Centre. Program ini adalah anjuran Team Effort in Maintaining Awareness and Nurturing Breast Cancer Patient (TEMAN), HCTM, PPUKM. KanWork diwakili oleh survivor dan sukarelawan. Tahniah kepada Team KanWork yang telah memberi komitmen dan menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi. 

KanWork @Seminar Kesedaran Kanser Payudara Peringkat KKM 2018


Persatuan Kanser KanWork  Seminar Kesedaran Kanser Payudara Peringkat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) 2018 telah diadakan pada 9 Oktober yang lalu. KanWork diwakili Dr. Mazanah Muhamad dan Pn. Asmah Salam telah dijemput sebagai ahli panel forum yang bertajuk “Saat Anda  Disahkan Menghidap Kanser Payudara”. Selain forum, turut diadakan ialah Ceramah Kanser Payudara, senaman serta rawatan dan pencegahan. Semoga perkongsian sesi ini memberi manfaat kepada peserta yang hadir. Tahniah kepada Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, KKM atas penganjuran seminar ini.