Tuesday, 29 October 2019

KanWork Charity Hi-Tea 2019


SERDANG, 20 Oktober : PERSATUAN KANSER KanWork dengan kerjasama Universiti Putra Malaysia, War on Cancer Malaysia dan Persatuan Alumni Universiti Putra Malaysia telah menganjurkan KanWork Charity Hi-Tea 2019 bertempat di Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, UPM Serdang pada 20 Oktober yang lalu.

DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin telah berkenan mencemar duli ke majlis ini seterusnya berkenan melancarkan Buku Panduan Penjaga Pesakit Kanser dan Memahami Kanser : Panduan Untuk Pesakit. Turut dilancarkan pada majlis tersebut ialah Wakaf KanWork. 




Majlis pada petang itu telah diserikan dengan kehadiran para pesakit/survivor, sukarelawan, penjaga (carer) serta rakan-rakan kongsi KanWork yang sentiasa menyokong dan membantu KanWork untuk merealisasikan peranan persatuan.

Persembahan tarian oleh Survivor KanWork
DYMM Tengku Permaisuri Selangor berkenan melawat Booth Pameran KanWork

Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua dermawan yang telah memberikan sumbangan serta semua yang telah memberi sokongan dalam menjayakan majlis ini. 

Sila klik pautan berikut untuk Berita KanWork Charity Hi-Tea 2019 :

Tuesday, 24 September 2019

KanWork @ War on Cancer Virtual Run 2019

Serdang, 22 September 2019 War-on-Cancer dengan kerjasama Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Persatuan Kanser KanWork telah menganjurkan War on Cancer Virtual Run 2019 di Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomedikal, Universiti Putra Malaysia (UPM). Antara pengisian program ialah Pelancaran War on Cancer Virtual Run 2019 dan sesi perkongsian oleh NGO kanser : "Cancers : What Support is Available?". KanWork turut membuka booth pameran kanser semasa program tersebut. Tahniah dan terima kasih kepada pihak penganjur di atas jemputan kerjasama ini. 

Saturday, 14 September 2019

Buletin KanWork

Terima kasih kepada semua yang menyokong KanWork !

Rangkuman Aktiviti KanWork 

Pencapaian KanWork Januari - Ogos 2019

Friday, 30 August 2019

KanWork @ Kempen “Love Your Life, Surviving Cancer”

Serdang, 24 Ogos 2019 Persatuan Kanser KanWork  telah mendapat jemputan Maybank Zon Kajang untuk bekerjasama dalam penganjuran Kempen “Love Your Life, Surviving Cancer” di Taman Tasik Sri Serdang. KanWork telah membuka booth pameran kesedaran kanser dan mengadakan sesi perkongsian pengalaman semasa kempen tersebut. Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan kempen ini.

Wednesday, 7 August 2019

PEER SUPPORT KanWork 2/2019



Bandar Kinrara, 3 Ogos 2019. Persatuan Kanser KanWork. Satu sesi peer support telah dijalankan untuk pesakit, survivor serta penjaga (carer) berkongsi pengalaman menghadapi cabaran kanser serta mendapat sokongan emosi dan psikologi.  Tujuh belas orang peserta telah menghadiri sesi yang dikendalikan oleh Dr. Meriam Omar Din, seorang kaunselor berpengalaman.  Turut diadakan ialah senaman ringan, ceramah Keselamatan Produk Kosmetik oleh Pn. Maizatul Nadiah (SIRIM Malaysia) dan Demo Solekan oleh Puan Teezani

Terima kasih kepada rakan kerjasama Nuz Natural Beauty dan semua yang menjayakannya. Peer Support KanWork seterusnya akan diadakan pada 2 November 2019.