Serdang , 19 Disember 2019. Persatuan Kanser KanWork telah
mengadakan Majlis Apresiasi KanWork Charity Hi Tea 2019 di Astana Putra,
Universiti Putra Malaysia. Majlis ini bertujuan untuk meraikan semua yang terlibat menjayakan KanWork Charity Hi Tea 2019 pada 20 Oktober yang lalu. Terima kasih kepada penganjur bersama (Universiti Putra Malaysia, War on Cancer Malaysia dan Persatuan Alumni Universiti Putra Malaysia) serta para sukarelawan
yang telah hadir menjayakan majlis ini.
Friday, 20 December 2019
Monday, 16 December 2019
Bengkel Pembangunan Sukarelawan (Melawat Pesakit)
Putrajaya , 9 Disember 2019 Persatuan Kanser KanWork telah mengadakan Bengkel Pembangunan Sukarelawan (Melawat Pesakit) di Hospital Putrajaya pada 9 Disember yang lalu. Objektifnya adalah untuk memantapkan dan menambahbaik peranan sukarelawan ketika melawat pesakit. Terima kasih di atas sokongan dan penglibatan semua dalam menjayakan bengkel ini
Friday, 13 December 2019
KanWork Fitness 2
Serdang, 8 Disember 2019, Persatuan Kanser KanWork dengan kerjasama Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia
telah menganjurkan program KanWork Fitness 2 yang bertempat di Dewan Pertanian,
Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia. Program yang dihadiri 32 orang
peserta ini bertujuan menggalakkan amalan gaya hidup sihat melalui senaman dan
pemakanan sihat. Di antara pengisian program ini ialah senaman (Piloxing dan
Jogetrobik) serta Demonstrasi Teknik Tanaman Microgreen. Terima kasih kepada
semua yang terlibat menjayakan program ini
Thursday, 12 December 2019
Peer Support KanWork 3
Serdang, 8 Disember 2019. Persatuan Kanser KanWork telah mengadakan program Peer Support 3 bertempat di Dewan Pertanian,
Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia. Program ini diadakan untuk
pesakit, survivor serta penjaga (carer) bagi berkongsi pengalaman
menghadapi cabaran kanser serta mendapat sokongan emosi dan psikologi. 15
orang peserta telah menghadiri sesi yang dikendalikan oleh Dr. Asmah Ismail (Pensyarah
Bimbingan & Kaunseling, Universiti Putra Malaysia). Program ini turut dihadiri
oleh Dr. Hafizah Zaharah Ahmad (Pakar Onkologi) dan Dr. Suhaina Sulaiman (Pakar
Pemakanan). Terima kasih kepada semua yang menjayakannya.
Tuesday, 10 December 2019
MEMOHON SUMBANGAN AKHIR TAHUN DENGAN PELEPASAN CUKAI UNTUK KanWork
Persatuan Kanser KanWork adalah sebuah NGO yang berdaftar sejak 2005. KanWork aktif menjalankan pelbagai aktiviti untuk survivor/pesakit kanser, carer/keluarga, dan masyarakat luar. Berikut adalah program 2018:
- Pendidikan. Memberi maklumat/pendidikan kepada ahli & awam.
- Lawatan & Sokongan Pesakit. Di Hospital Putrajaya setiap Khamis & lain-lain hospital atau di rumah mengikut permintaan. Bantuan Helpline 1 800 22 8672
- Peer Support. Sokongan di antara rakan senasib (pesakit / survivor / keluarga).
- Sosial, Riadah & Kebajikan Ahli. Aktiviti amalan gaya hidup sihat (Senaman QiGong) serta sosial (Jamuan Raya, Charity Hi-Tea).
- Pembangunan Bahan Pendidikan Kanser. Mencetak 1 risalah kanser dan membangunkan 2 buah buku.
- Pembangunan Sukarelawan. Memantapkan peranan sukarelawan.
- Kesedaran. Kempen kesedaran kanser di; komuniti, hospital, agensi kerajaan & swasta dan media.
Bilangan Peserta Program 2019 |
KanWork tidak mempunyai sumber pendapatan/kewangan tetap. Persatuan ini hanya bergantung kepada yuran pendaftaran ahli dan sumbangan individu/organisasi. Oleh itu, KanWork menghargai sumbangan kewangan dari semua pihak. Mohon juga jasa baik Tuan/Puan untuk menghebahkan perkara ini. Layari blog, FB (kanwork.official) & IG (kanwork_official) untuk melihat program yang telah dilaksanakan oleh KanWork.
Terima kasih di atas sumbangan Tuan/Puan
Tuesday, 26 November 2019
RISALAH KANSER BAHARU TERBITAN KanWork
Persatuan Kanser KanWork, 25 November 2019 –KanWork telah membangun dan menerbit bahan pendidikan dalam bentuk
risalah bagi memberi kesedaran kepada pesakit serta orang awam. Risalah Kanser
Nasofarinks merupakan risalah terkini terbitan KanWork yang boleh diperolehi
dalam salinan cetak dan salinan lembut. Sehingga kini, sebanyak 11 jenis
penyakit kanser telah diterbitkan dalam bentuk risalah. Risalah ini dipamer dan
diedarkan semasa program kesedaran awam anjuran KanWork. Risalah ini juga boleh
didapati dengan berkunjung ke (i) Pejabat KanWork; (ii) menghubungi
talian helpline 1-800-22-8672; atau (iii) memuat turun dari
laman web www.kanwork.org. KanWork ingin merakamkan
setinggi-tinggi penghargaan kepada semua penaja dan individu yang telah memberi
sumbangan dalam pembangunan serta percetakan risalah ini.
Monday, 25 November 2019
Friday, 22 November 2019
KanWork @ Karnival Kesihatan Tourism Malaysia 2019
24 Oktober, Putrajaya : Persatuan Kanser KanWork telah dijemput oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia untuk mengadakan sesi perkongsian pengalaman bersama survivor kanser sempena Karnival Kesihatan Tourism Malaysia pada 24 Oktober yang lalu di Putrajaya. Pn. Safinaz Jaafar (ahli & sukarelawan KanWork) telah berkongsi pengalaman sebagai seorang survivor kanser payudara. Semoga perkongsian yang disampaikan memberi manfaat kepada semua. Terima kasih kepada pihak penganjur atas jemputan ini dan tahniah atas penganjuran karnival kesihatan seumpama ini.
Thursday, 21 November 2019
KanWork @ Conference One Year After the World Cancer Congress: Progress, Gaps and Opportunities
Persatuan Kanser KanWork telah dijemput untuk menyertai “Conference One Year After the World Cancer Congress: Progress, Gaps and Opportunities” anjuran Galen Centre for Health & Social Policy pada 31 Oktober 2019 yang lalu.
Pengerusi KanWork telah membentangkan topik “Patients, survivors and caregivers: Have we made progress in survivorship and how can we do better?”. Terima kasih diucapkan kepada pihak penganjur atas peluang yang diberikan.
Dr. Mazanah bersama panel jemputan dari pelbagai NGO |
Tuesday, 12 November 2019
KanWork @ Hari Kesedaran Kanser “Kanser Suatu Rahmat Siri 1”
Serdang, 7 Nov 2019 Persatuan Kanser KanWork telah mendapat jemputan kerjasama dengan Pusat Pengimejan Diagnostik Nuklear, Universiti Putra Malaysia untuk Hari Kesedaran Kanser “Kanser Suatu Rahmat Siri 1” di Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia. KanWork membuka booth pameran kanser semasa program tersebut. Terima kasih dan tahniah kepada pihak penganjur. Terima kasih kepada sukarelawan KanWork yang terlibat menjayakan program ini.
KanWork @ Program Kesedaran Kanser dan Peka B40 serta Saringan Kesihatan bersama Komuniti Kampung Tengah
Puchong, 3 Nov
2019 Persatuan
Kanser KanWork telah mendapat jemputan
kerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk Program Kesedaran kanser dan Peka B40 serta Saringan Kesihatan bersama
Komuniti Kampung Tengah di Masjid Nurul Iman, Kampung Tengah, Batu 13, Puchong. KanWork membuka booth pameran kanser, mengadakan sesi perkongsian
pengalaman Bersama survivor & carer KanWork, dan Sesi Sembang Diet oleh Dr.
Suhaina Sulaiman semasa program tersebut. Terima kasih kepada pihak penganjur
di atas jemputan ini. Terima kasih kepada sukarelawan KanWork yang terlibat
menjayakan program ini.
Tuesday, 29 October 2019
KanWork Charity Hi-Tea 2019
SERDANG, 20 Oktober : PERSATUAN KANSER KanWork dengan kerjasama Universiti Putra Malaysia, War on Cancer Malaysia dan Persatuan Alumni Universiti Putra Malaysia telah menganjurkan KanWork Charity Hi-Tea 2019 bertempat di Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, UPM Serdang pada 20 Oktober yang lalu.
DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin telah berkenan mencemar duli ke majlis ini seterusnya berkenan melancarkan Buku Panduan Penjaga Pesakit Kanser dan Memahami Kanser : Panduan Untuk Pesakit. Turut dilancarkan pada majlis tersebut ialah Wakaf KanWork.
Majlis pada petang itu telah diserikan dengan kehadiran para pesakit/survivor, sukarelawan, penjaga (carer) serta rakan-rakan kongsi KanWork yang sentiasa menyokong dan membantu KanWork untuk merealisasikan peranan persatuan.
Persembahan tarian oleh Survivor KanWork |
DYMM Tengku Permaisuri Selangor berkenan melawat Booth Pameran KanWork |
Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua dermawan yang telah memberikan sumbangan serta semua yang telah memberi sokongan dalam menjayakan majlis ini.
Sila klik pautan berikut untuk Berita KanWork Charity Hi-Tea 2019 :
- Tengku Permaisuri Norashikin lancar buku berkaitan pesakit kanser
- Tengku Permaisuri Selangor lancar buku berkaitan pesakit kanser
- Tengku Permaisuri Selangor berkenan lancar buku kanser
- Tengku Permaisuri lancar buku panduan & Wakaf KanWork, bantu pesakit kanser
- VIDEO | Tengku Permaisuri lancar buku panduan & Wakaf KanWork, bantu pesakit kanser
Tuesday, 24 September 2019
KanWork @ War on Cancer Virtual Run 2019
Serdang, 22 September 2019 War-on-Cancer dengan kerjasama Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Persatuan Kanser KanWork telah menganjurkan War on Cancer Virtual Run 2019 di Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomedikal, Universiti Putra Malaysia (UPM). Antara pengisian program ialah Pelancaran War on Cancer Virtual Run 2019 dan sesi perkongsian oleh NGO kanser : "Cancers : What Support is Available?". KanWork turut membuka booth pameran kanser semasa program tersebut. Tahniah dan terima kasih kepada pihak penganjur di atas jemputan kerjasama ini.
Saturday, 14 September 2019
Buletin KanWork
Friday, 30 August 2019
KanWork @ Kempen “Love Your Life, Surviving Cancer”
Serdang, 24 Ogos 2019 Persatuan Kanser KanWork telah mendapat jemputan Maybank Zon Kajang untuk bekerjasama dalam penganjuran Kempen “Love Your Life, Surviving Cancer” di Taman Tasik Sri Serdang. KanWork telah membuka booth pameran kesedaran kanser dan mengadakan sesi perkongsian pengalaman semasa kempen tersebut. Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan kempen ini.
Thursday, 15 August 2019
KanWork TERUS SOKONG PESAKIT KANSER
KanWork terus sokong pesakit kanser @Komuniti Awani, Astro Awani
Tuesday, 13 August 2019
Wednesday, 7 August 2019
PEER SUPPORT KanWork 2/2019
Bandar Kinrara,
3 Ogos 2019. Persatuan Kanser KanWork. Satu sesi peer support telah dijalankan
untuk pesakit, survivor serta penjaga (carer) berkongsi pengalaman menghadapi
cabaran kanser serta mendapat sokongan emosi dan psikologi. Tujuh belas orang peserta telah menghadiri
sesi yang dikendalikan oleh Dr. Meriam Omar Din, seorang kaunselor
berpengalaman. Turut diadakan ialah
senaman ringan, ceramah Keselamatan Produk Kosmetik oleh Pn. Maizatul Nadiah
(SIRIM Malaysia) dan Demo Solekan oleh Puan Teezani
Terima kasih
kepada rakan kerjasama Nuz Natural Beauty dan semua yang menjayakannya. Peer
Support KanWork seterusnya akan diadakan pada 2 November 2019.
Wednesday, 17 July 2019
MAJLIS JALINAN AIDILFITRI KanWork 2019
Serdang, 13 Julai 2019 : Majlis Jalinan Aidilfitri KanWork telah dihadiri lebih kurang 120 orang tetamu yang terdiri daripada ahli KanWork serta keluarga, sukarelawan dan rakan kongsi. Terima kasih kepada semua tetamu yang hadir serta memeriahkan majlia dan semua pihak yang menjayakan majlis ini.
Monday, 8 July 2019
KanWork @ Program Pencegahan Kanser Melalui Pemakanan dan Gaya Hidup Sihat
29 Jun 2019, Seri Kembangan. Persatuan Kanser KanWork telah menyertai Program Pencegahan Kanser Melalui Pemakanan dan Gaya Hidup Siha di Dewan Orang Ramai Seri Kembangan. Program ini adalah anjuran Jabatan Pemakanan dan Dietetik, Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia . KanWork membuka booth kesedaran kanser semasa program ini. Terima kasih atas jemputan dan kerjasama serta tahniah kepada pihak penganjur di atas penganjuran program ini.
KanWork @ National Cancer Survivors Day
27 Jun 2019, Petaling Jaya. Persatuan Kanser KanWork telah menyertai Program National Cancer Survivors Day di Beacon Hospital. Program ini adalah anjuran Beacon Hospital. KanWork membuka booth kesedaran kanser semasa program ini. Terima kasih dan tahniah kepada pihak penganjur di atas penganjuran program ini.
Friday, 28 June 2019
KanWork Merafak Sembah Tengku Permaisuri Selangor
26 Jun 2019, Shah Alam. Persatuan Kanser Network Selangor dan Wilayah Persekutuan (KanWork) merafak sembah menghadap DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin di Istana Bukit Kayangan pada 26 Jun yang lalu. KanWork diwakili oleh Pengerusi, Setiausaha, ahli/sukarelawan dan Pengurus. Merafak sembah ini sebagai menzahirkan penghargaan dan menjunjung kasih kerana Baginda berkenan menjadi Penaung Persatuan Kanser KanWork.
Wednesday, 26 June 2019
KanWork @ Raya Celebration, Breast Cancer Foundation
Petaling Jaya, 25 Jun 2019. Persatuan Kanser KanWork menghadiri Raya Celebration oleh Breast Cancer Foundation. Terima kasih atas jemputan.
KanWork @ Sambutan Hari Raya Aidilfitri Universiti Putra Malaysia
Tuesday, 4 June 2019
Wednesday, 15 May 2019
KanWork @ Radiotherapy Welfare Fund
Petaling Jaya, 14 Mei 2019 : Persatuan Kanser KanWork telah menghadiri pelancaran “RM3 Million Halcyon Radiotherapy Welfare Fund” di Beacon International Specialist Centre yang disempurnakan oleh YB. Dr. Lee Boon Chye, Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia. Dana ini adalah inisiatif daripada Beacon Hospital yang bertujuan untuk mengurangkan beban kewangan pesakit kanser mendapatkan rawatan radioterapi. Sila hubungi +6011-10906588 atau email: csr@beaconhospital.com.my untuk maklumat lanjut.
INFAK RAMADHAN KanWork 2019
KanWork mengalu-alukan infak/sumbangan Tuan/Puan.
Infak Ramadhan ini merupakan salah satu fund raising KanWork untuk menampung kos pengurusan dan aktiviti persatuan.
Sumbangan online : MyGift2KanWork
Setiap sumbangan dikecualikan cukai.
Semoga infak/sumbangan Tuan/Puan diredhai Allah.
Terima kasih.
Wednesday, 8 May 2019
INFAK RAMADHAN KanWork 2019
Persatuan KanWork mengalu-alukan sumbangan/infak untuk pembiayaan aktiviti KanWork
Sumbangan online : MyGift2KanWork (Dikecualikan cukai) |
Sunday, 5 May 2019
PROGRAM PENDIDIKAN KanWork : NIKMAT SIHAT & CABARANNYA
Bandar Baru Bangi, 4 Mei 2019 : Persatuan Kanser KanWork dengan kerjasama Surau Al Sobah, Bandar Baru Bangi telah menganjurkan program
tazkirah yang bertajuk “Nikmat Sihat & Cabarannya”. Tazkirah disampaikan oleh YBrs. Ustaz Jamir Md Saad (Pensyarah Kanan
Pengajian Islam, Kolej MARA Banting). Peserta yang hadir terdiri dari survivor
kanser, sukarelawan, carer (penjaga), serta orang awam. Di antara pengisian
tazkirah ialah nikmat sihat, hikmah di
sebalik ujian Allah serta persediaan menghadapi Ramadhan. Semoga tazkirah ini
bermanfaat kepada semua yang hadir. Terima kasih kepada semua pihak yang
terlibat menjayakan program ini.
Saturday, 4 May 2019
KUNJUNG HORMAT BERSAMA PENGERUSI LEMBAGA PENDUDUK DAN PEMBANGUNAN KELUARGA NEGARA (LPPKN)
Kuala Lumpur, 30 April : Satu lawatan kunjung hormat dari Persatuan Kanser KanWork ke Pejabat Pengerusi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), YBhg. Datuk Dr. Narimah Awin telah diadakan pada 30 April yang lalu. KanWork diwakili oleh Dr. Mazanah Muhamad (Pengerusi KanWork), En. Wan Zamri Wan Ismail (Ahli Jawatankuasa) dan Cik Nor Aida Maskor (Pengurus KanWork). Lawatan kunjungan hormat ini adalah untuk menzahirkan ucapan tahniah kepada YBhg. Datuk Dr. Narimah Awin atas pelantikan sebagai Pengerusi LPPKN yang baharu. Antara agenda yang telah dibincangkan ialah penambahbaikan peranan Persatuan KanWork dan juga usaha untuk jalinan kerjasama dalam membantu mereka yang terlibat dengan kanser. Ucapan terima kasih dan penghargaan sekali lagi diucapkan kepada YBhg. Datuk Dr. Narimah di atas kesudian menerima lawatan kunjung hormat ini.
Friday, 3 May 2019
Lawatan Sambil Belajar KanWork ke Kuching, Sarawak
Kuching, 28 April 2019 Seramai 21 orang ahli dan sukarelawan Persatuan Kanser KanWork telah mengikuti Lawatan Sambil Belajar KanWork ke Kuching, Sarawak pada 26 – 28 April 2019. Antara objektif program ini ialah untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman dengan Society for Cancer Advocacy (SCAN) dan Persatuan Kanser Payudara Sarawak (SBCSG). Selain itu, peserta turut melawat tempat menarik di sekitar Kuching. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.
Tuesday, 30 April 2019
Saturday, 27 April 2019
Tuesday, 16 April 2019
Bengkel Carer (Penjaga Pesakit Kanser) 2
Serdang, 15 April 2019 Persatuan Kanser KanWork dalam usaha membangunkan Buku Panduan Penjaga Pesakit Kanser. Satu Bengkel Carer (Penjaga Pesakit Kanser) 2 telah diadakan di Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia yang bertujuan mendapatkan maklumbalas untuk penambahbaikan. Seramai 18 orang peserta telah hadir yang terdiri daripada carer, survivor, pegawai perubatan dan sukarelawan. Terima kasih di atas sokongan dan penglibatan semua dalam menjayakan bengkel ini.
Wednesday, 10 April 2019
KanWork @ Program Cook with PRIDE
Petaling Jaya, 19 Mac 2019 Beberapa orang ahli Persatuan Kanser KanWork telah menyertai Program Cook with PRIDE di Pejabat Breast Cancer Foundation. Sambutan Hari Wanita Antarabangsa turut diraikan semasa program ini. Tahniah kepada pihak penganjur di atas penganjuran program ini.
Wednesday, 3 April 2019
PROGRAM PENDIDIKAN KanWork : LET'S TALK CANCER
Kuala Lumpur, 30 Mac 2019 Persatuan Kanser KanWork dengan kerjasama Pantai Hospital Kuala Lumpur telah menganjurkan Program Pendidikan yang bertajuk Let's Talk Cancer. Penceramah jemputan ialah Dr. Mastura Md. Yusof, Pakar Onkologi Klinikal, Pantai Hospital Kuala Lumpur.
Objektif program ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan tentang maklumat asas kanser, apa yang perlu diketahui selepas menjalani rawatan, adakah kanser terkawal serta kanser berulang dan simptom.
Terima kasih kepada semua yang terlibat dan hadir menjayakan program ini.
Monday, 1 April 2019
KanWork @ Kem Kesihatan Komuniti Kempen Gaya Hidup Sihat
Banting, 24 Mac 2019 Persatuan Kanser KanWork telah menyertai Program Kem
Kesihatan Komuniti Kempen Gaya Hidup Sihat di Dewan Jubli Emas, Kampung Endah,
Morib, Banting. Program ini adalah anjuran Persatuan Bekas Pelajar SMK Tengku
Ampuan Rahimah Klang (Alumni STAR Klang) dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung
(MPKK). KanWork membuka booth kesedaran kanser semasa program ini. Terima kasih dan tahniah
kepada pihak penganjur di atas penganjuran program ini.
KanWork @ Program World Cancer Day Fun Run 2019
Putrajaya, 23
Mac 2019 Beberapa orang ahli Persatuan Kanser KanWork telah menyertai Program
World Cancer Day Fun Run 2019 di Institut Kanser Negara. Terima kasih kepada MAKNA yang telah menaja ahli KanWork dan tahniah kepada pihak
penganjur di atas penganjuran program ini.
Saturday, 30 March 2019
KanWork @ Bone Health Workshop
Kuala
Lumpur, 9 Mac 2019 - Dua orang ahli Persatuan Kanser KanWork telah
menghadiri Bone Health Workshop di Pusat Perubatan Universiti
Malaya.
Intipati perkara yang
dikemukakan dalam Bone Health Workshop
berkisar tentang kesihatan tulang yang mungkin terjejas akibat penuaan, kesan
sampingan rawatan seperti kemoterapi dan terapi hormon (kemusnahan tulang
akibat rawatan kanser) dan metastasis
tulang.
Tulang menjadi tempat yang lazim bagi metastasis.
Metastasis tulang atau “bone mets”
terjadi apabila sel kanser dari tumor primer merebak ke tulang. Kanser prostat,
kanser payudara dan kanser paru-paru besar kemungkinan akan merebak ke tulang. Dengan
diagnosis dan rawatan yang sesuai, kebanyakan pesakit yang mengalami metastasis
tulang dapat mengekalkan kualiti hidup yang baik.
Oleh itu, penting sekali bagi kita untuk mengetahui tentang
kesihatan tulang. Tahniah
kepada pihak penganjur.
Wednesday, 20 March 2019
Monday, 18 March 2019
MESYUARAT AGUNG KanWork ke-14
Serdang, 16 Mac 2019. Persatuan Kanser KanWork telah mengadakan Mesyuarat Agung ke-14 di Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia. Terima kasih kepada semua ahli yang hadir dan menjayakannya.
Labels:
Agung,
Mesyuarat,
Persatuan Kanser kanWork
Location:
Seri Kembangan, Selangor, Malaysia
Subscribe to:
Posts (Atom)