Saturday, 18 July 2020

KanWork Stay @Home: Cerita Kami (Versi Bahasa) - Siri 55b

Siri 55b: AN EXPERINCE OF A LIFETIME


Rabu, 18 Mac 2020, bermula satu hari yang malap di Kuala Lumpur, tanda bermulanya Perintah Kawalan Pergerkan (PKP)
Lalulintas dari utara dan selatan telah disekat memasuki bandaraya KL. Pasukan Polis telah berada di pelbagai lokasi membendung pergerakan kenderaan.
Dari Menara Berkembar Petronas, jalanraya luar biasa legang. Kebanyakan restoran dan kedai ditutup. Lorong Tuanku Abdul Rahman kelihatan kelam-kabut dari biasa. Ada penjaja enggan mematuhi PKP. Para penguatkuasa mengarahkan semua untuk ditutup.
Sebulan kemudian, pelanggan di pasar raya menunggu dalam barisan panjang untuk masuk dengan mematuhi jarak sosial. Mereka secara paksa menulis pengenalan dan butiran telefon. Membeli barangan runcit jadi satu cabaran.
Di rumah, pada suatu petang Baba santai di sofa melayan musik instrumental orkestra yang menenangkan 'On a Clear Day' oleh Lamen dan Lane. Untuk mengalih kebimbangan, dia tenggelam dalam autobiografi Nelson Mandela ‘Long Walk to Freedom’.
Sambil memisah sejambak bunga, kemudian diatur dan diletakkan ke dalam pasu kaca, Mama melekokkan sedikit kerawat yang membalut supaya setiap batang akan berdiri tegak seperti bunga sebenar. Sebagai suri rumah, kehidupan berjalan seperti biasa walaupun di tengah-kancah pandemik.
Apabila loceng rumah berbunyi, Hana ke pintu mengutip bungkusan yang dihantar kurier. Dia membersihkan bungkusan dengan sapuan cecair pembasmi kuman. Cardigan cantik berwarna mustard dari ‘Çalacara’ telah menyerikan hari Hana.
Memang sukar memutuskan cadangan mengenai pendedahan ekuiti yang sebahagian besarnya dari Amerika Syarikat, atau gabungan China, Korea, dan Taiwan. Bersandarkan kepakaran pasaran semasa, pendapatan musim akan datang boleh membawa saham tinggi merudung. Huda membincang dan menghasilkan pembentangan impak tinggi kepada pelanggan penting.
Melihatnya sebagai satu alat yang perlu diterokai dan bukannya diikuti, telah memberi motivasi kepada Haikal untuk berjaya dalam kalkulus. Dia secara gigih melatihtubi kertas peperiksaan kalkulus ditalian.
Ini merupakan satu masa yang menakutkan. Oleh itu adalah sangat penting untuk kekal tenang dan bersiap sedia hadapi yang mendatang. Samada anda Baba atau Mama, Hana atau Huda, Haikal atau lain-lain, ia hadir siang dan malam; ketidaktentuan berterusan yang ngeri tentang masa depan.
Semoga yang Maha Kuasa memberkati dan melindungi kita semua.
Hatarmizi Hassan (KanWork Supporter/Volunteer)
11 July 2020



No comments:

Post a Comment