Siri 51: PUASA ENAM SYAWAL @PKP
Setelah menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan dan meraikan kemenangan pada Hari Raya Aidilfitri (1 Syawal). Ada satu amal ibadah yang dinantikan di bulan Syawal iaitu puasa enam. Masing-masing tidak akan melepaskan untuk menunaikan ibadah ini. Begitu besar ganjarannya.
“Sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan, kemudian mengiringi dengan puasa sunat enam hari di bulan Syawal, pahalanya seperti berpuasa setahun” (Hadith Riwayat Muslim).
Kali ini kami kongsikan pengalaman 9 orang ahli kanWork yang berpuasa enam. Ada yang terus berpuasa pada 2 Syawal. “First time buat puasa 6, start pada hari raya ke 2, straight 6 hari, jadi raya ke 8 terus raya puasa 6, Satu family puasa serentak, Senang raya sekaligus (Cik Z). “Alhamdulilah, puasa penuh. 1st time jugak raya kedua buat puasa terus 6 hari dan sambut raya 6 pada raya ke 8” (Puan N). “Hari ke dua Syawal dah puasa 6, hari yang ke 8 kami dah raya” (Puan A).
Majoriti yang lain dapat menyempurnakan puasa enam tetapi dengan cara yang berbeza. Ada yang bermula di akhir Syawal. Ada yang berpuasa Isnin dan Khamis. “… sama aje puasa 6 seperti tahun sebelumnya, tak puasa immediately. Makan puas-puas, habiskan ketupat rendang dulu” (Puan J). Puan W, H dan N masing-masing berpuasa enam pada setiap Isnin dan Khamis. Puan R berpuasa sekali dengan puasa putih (puasa selama tiga hari di pertengahan bulan). Mengikut Puan C, bersyukur dapat berpuasa enam penuh tahun ini.
Walaupun dalam situasi PKP dan ada cabaran kesihatan, namun ianya tidak menjadi halangan untuk berpuasa enam di bulan Syawal seperti kebiasaannya. Alhamdulillah, dikurniakan kesihatan yang baik untuk terus beribadah. Semoga segala amalan kita diterima dan diredhai oleh Allah.
No comments:
Post a Comment