Siri 59: SURVIVOR KONGSI PENGALAMAN KANSER @ PKP
Tahun ini, tahun ke 4 saya sebagai survivor kanser. Alhamdulillah diberi kesihatan yang baik sehingga kini.
Baru-baru ini, saya dijemput untuk berkongsi pengalaman kanser di Sekolah Seri Puteri. Saya merupakan Alumni SPM 1971. Berikut ialah perkongsian saya kepada mereka.
Saya didiagnos kanser payudara dan perlu menjalani mastektomi. Terbayang ‘early death’. Takut dan runsing. Ketika itu baru 2 bulan suami meninggalkan kami. Bagaimana masa depan kami? Anak-anak akan jadi yatim piatu? Saya terkenang adik saya, juga menghidap kanser payudara. Proses pembedahan, kemoterapi, sel kanser
merebak, sehingga menghembuskan nafas terakhir, anak-anak masih kecil. Tidak tertanggung rasanya!
Bagaimana saya ‘overcome fear’ ini?
1. Redha dan tawakal. Kenang kembali rahmat Allah, sentiasa zikrullah dan membaca Al Quran.
2. Cari maklumat melalui buku, internet, pakar perubatan kanser, pesakit/survivor, dan menghadiri program berkaitan kanser. Di sinilah saya bertemu KanWork.
3. Anak saya yang bekerja sebagi doktor beritahu pembedahan tidak menyakitkan. Alhamdulillah berjaya. Saya juga tidak perlu menjalani rawatan, hanya mengambil Temoxifen selama lima tahun.
4. ‘Carer’! Mereka menceriakan saya. Setelah pulih sepenuhnya, kami ‘holiday’!
Apa ‘concern’ saya?
1. Kini bilangan pesakit berusia muda meningkat. Kita harus peka dan perbaiki gaya hidup walaupun kanser itu ‘complicated’ dan sukar ditelah. ‘Monitor’ perubahan tubuh, dan buat pemeriksaan berkala.
2. Masih ada pesakit yang enggan mendapatkan pemeriksaan dan rawatan segera di hospital. Mereka memilih rawatan lain dan bertambah teruk. Ada yang menyembunyikan penyakit, bila dirujuk ke hospital telah ‘late stage’. Dampingi dan bantulah mereka supaya dapatkan rawatan lebih awal.
Aspirasi saya;
1. Perluaskan program kesedaran kanser.
2. Pesakit/‘carer’ menyertai persatuan seperti KanWork untukmendapat maklumat dan sokongan.
3. Pesakit dapat manfaat rawatan serta kos ubatan yang murah/baik melalui penyelidikan dan kecanggihan teknologi.
Itulah pesanan saya untuk adik-adik di PUTERI’s Sharing Session.
Semoga coretan ini bermanfaat untuk anda semua.
Datuk Hasnah Saleh @Kak Senah
Ketua Biro Dana KanWork/Alumni SPM 1971
No comments:
Post a Comment