Siri 50: BALIK KAMPUNG @ PKPP
‘PKPB tamat, rentas negeri dibenarkan mulai 10 Jun’. Itulah antara kelonggaran yang diberikan kepada rakyat Malaysia. Gembira! Terus ‘plan’ destinasi masing-masing.
Siri kali ini kami kongsikan pengalaman beberapa ahli KanWork yang ambil peluang rentas negeri. Puan A dan Puan N pulang ke kampung di Terengganu. “… Alhamdulillah tiada kes di tempat saya” (Puan A). Puan L, Puan M & Puan S pulang ke Johor. “… Alhamdulillah tak jem” (Puan L). Puan H pulang ke Perak. Manakala Puan Z pulang ke Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan. Meriah!
Satu pengalaman baru kerana perlu membawa bekalan makanan sendiri. “… perlu bawa bekal masing-masing kerana R&R tidak dibuka sepenuhnya” Puan A. Tambah Puan L, “ya, kami stop R&R untuk toilet break je kejap, tak berani beli makanan pun, bawa bekal”.
Peluang ini dapat ‘gathering’ dengan ahli keluarga yang lain.
“…berkumpullah, InshaAllah sebab adik-adik pun duduk dekat” (Puan N). “…adik beradik pun berkumpul sama macam 1 Syawal, walaupun semasa raya mereka dah balik kampung, saya yang tak balik, di luar negeri” (Puan S). “…seronok, balik tak rancang, tak sangka semua balik, kuasa Allah cantik sangat” (Puan Z).
Ada yang buat persiapan seperti 1 Syawal. Bak kata orang ‘raya yang tertangguh’. “… balik kampung, dengan bakar lemang dan masak rendang sebab nak rai raya sekali dengan mak dan mak saudara di kampung” (Puan H). “Dapat la makan Burasak, makanan orang Bugis” (Puan L).
Puan M pula penuh kesyukuran kerana dapat berjumpa saudara mara di kampung dan anak cucu datang beraya. “… anak-anak beraya di rumah saya di Seremban, riuh rendah rumah, rasa raya semula!”.
Alhamdulillah, bersyukur dapat berjumpa yang tersayang, melepaskan rindu. Walau apa pun, kita belum menang. Pastikan kita jaga kita.
No comments:
Post a Comment