Sunday 19 July 2020

KanWork Stay @Home: CERITA KAMI- Siri 56

Siri 56: “INTEGRATIVE MEDICINE”
“Doktor, saya tak nak buat kemoterapi atau apa-apa rawatan kanser, saya takut, saya risau rawatan tu akan memendekkan jangka hayat saya”.
Itulah ayat keramat yang kerap kali saya dengar dari mulut pesakit yang datang berjumpa saya. Pakar onkologi, pakar bedah telah berulangkali beri penerangan, tetapi sebilangan pesakit tetap mengambil keputusan untuk tidak melakukan sebarang rawatan kanser. Ramai yang memilih untuk melakukan rawatan alternatif!

Persepi sebilangan pesakit terhadap rawatan masih kekal negatif walaupun rawatan kanser telah melalui banyak evolusi dan lebih berkesan. Setiap rawatan kanser (Kemoterapi/Radioterapi/Terapi Hormon/Targeted Therapy) yang diberikan kepada pesakit telah mengambil kira faktor berikut :
1. Tahap kanser (Tahap 1/2/3/4)
2. Subtype (sebagai contoh kanser payudara; Hormon positive atau HER2-positive)
3. Keadaan fizikal pesakit
Sel kanser akan terus merebak dan merosakkan tisu atau organ jika tidak melakukan sebarang rawatan. Contohnya kanser yang merebak ke hati boleh menyebabkan kegagalan hati. Perkara yang sama juga akan berlaku apabila kanser tersebut merebak ke paru-paru, otak atau tulang.
Anda pernah dengar tentang rawatan Tradisional dan Komplementari (TCM - Traditional & Complementary Medicine)? Ianya boleh diambil semasa rawatan kemoterapi dan radioterapi. Sebagaimana namanya, ia berupaya untuk ‘complement’ rawatan kanser dengan mengurangkan beberapa kesan sampingan. Bukan menggantikan ya! Contohnya rawatan Acupunture untuk mengurangkan sakit sendi di seluruh badan.
Saya telah merawat seorang pesakit yang menghadapi kanser di bahagian kepala dan leher dan menjalani rawatan radioterapi dan kemoterapi. Setiap kali sebelum rawatan kemoterapi, beliau akan melakukan Acupunture selama 30 minit menggunakan 4 - 6 jarum. Ini dapat mengurangkan kesan perut kembung (abdominal discomfort) dan insomnia yang di alami. Kini, beliau telah selesai menjalani rawatan dan hanya perlu follow up review setiap dua bulan sekali. Anda juga boleh!
Walaupun PKP, rawatan pesakit masih diteruskan dengan mengambil langkah berjaga-jaga seperti memakai pelitup muka, membasuh tangan dan mengambil suhu sebelum
masuk ke klinik.

NEVER GIVE UP.
TODAY IS HARD, TOMORROW WILL BE WORSE.
BUT THE DAY AFTER TOMORROW WILL BE SUNSHINE.
Insya Allah.

Dr Hafizah Zaharah Binti Ahmad
Pakar Perunding Onkologi Klinikal / Ahli Seumur Hidup KanWork

No comments:

Post a Comment