Siri 61b: RAWATAN SUSULAN
Saya perlukan rawatan ‘osteoporotic’ (tulang) setiap enam bulan. Semalam adalah yang pertama dalam tempoh PKP.
Sejak pandemik, saya merasa risau apabila ke hospital. Lebih-lebih lagi hospital tempat rawatan saya adalah salah satu hospital yang merawat Covid-19. Saya juga takut untuk pergi menaiki Grab walaupun saya biasa menggunakannya.
Pihak hospital sentiasa mematuhi SOP. Misalnya, mengimbas suhu di pintu masuk (hospital dan Klinik Onkologi) dan memakai pelitup muka. Tempat duduk diruang menunggu juga disusun mengikut penjarakan sosial. Seorang pesakit didepan saya telah menghembuskan sesuatu dari hidung beberapa kali. Bimbang akan mendapat jangkitan, saya segera beredar. Biasanya saya akan bersembang dengan pesakit lain semasa menunggu giliran, tetapi tidak kali ini! Saya juga membawa telekung sendiri untuk solat di surau hospital (walaupun disediakan!).
Terima kasih kepada pengurusan hospital yang efisyen. Alhamdulilah, semuanya dipermudahkan. Mendapatkan ubat dari farmasi juga lebih cepat. Seorang pegawai ditugaskan di luar farmasi mengarahkan pesakit ke kaunter tertentu.
Urusan ke hospital mungkin agak mencabar semasa PKP ini. Tetapi dari pengalaman saya, hospital melakukan yang terbaik untuk memudahkan urusan pesakit. Sila patuhi jadual janji temu anda.
MM (Ahli Seumur Hidup KanWork)
23 Julai 2020
No comments:
Post a Comment