اللَّهُ أَكْبَرْ
اللَّهُ أَكْبَرْ
اللَّهُ أَكْبَرْ,
لَااِلٰهَ اِلَّااللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرْ
اللَّهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ
Solat Sunat Aidilfitri di rumah? Lazimnya akan berjemaah di masjid. Kami kongsikan pengalaman 10 ahli KanWork bersolat Aidilfitri di rumah.
Sebelum ini ketua keluarga mengimamkan solat tarawih di rumah. 30 Ramadan "settled’, ‘no problem’! Kali ini kena imamkan solat hari raya pula. Mengikut Encik M, beliau menjadi imam untuk sembahyang raya buat pertama kali dalam hidup! Beliau rasa tenang di pagi raya, tidak perlu bergegas ke masjid. Encik Oj sekeluarga solat raya di rumah, diimamkan oleh anaknya, dan baca takbir bergilir-gilir. Supaya keluarga bersedia, Encik Z awal-awal lagi telah mengingatkan ahli keluarga tentang solat raya di rumah ini.
Bukan setakat jadi imam, kena baca khutbah juga! Rasa ‘nervous’. Segera tanya ‘Mr Google’, ‘download’ teks khutbah. Ada banyak pilihan. Mula praktis, cari tongkat. Encik O ditugaskan menjadi khatib. “…Saya jadi khatib je, download kandungan khutbah from few sources but last pilih dari JAKIM”. Encik Oj “... follow yang dikeluarkan oleh JAIS”.
Untuk tongkat pula, guna apa yang sesuai. Mengikut Encik O, handle ‘basikal trainer’ yang terletak di kawasan ‘mimbar’ dijadikan tongkat. Cucu Encik W jadi tukang pegang tongkat dan peneman Atuk semasa membaca khutbah.
Apa pula cerita para makmum? Satu pengalaman berharga. Solat sunat Aidilfitri dan bacaan khutbah di buat oleh suami atau ahli keluarga di rumah. “…berjemaah seisi keluarga”, jelas Puan H. Puan L berimamkan suami “…tidak pernah terfikir suami akan memimpin solat sunat Aidilfitri!” Puan Z berimamkan ayah, “…walaupun pakai kerusi roda, sebab Ayah sorang je lelaki dalam rumah ni!”. Puan M berimamkan menantu. Bagi keluarga Puan Mm, adik menjadi imam sementara khutbah dibaca oleh suami.
Satu pengalaman yang unik dan mungkin hanya sekali sahaja dalam seumur hidup. Walau apa berlaku, solat sunat Aidilfitri tetap ditunaikan. Ahli keluarga bekerjasama menyempurnakannya. Tali silaturrahim semakin utuh. PKP pembawa norma baru solat raya. Apa pengalaman anda?
No comments:
Post a Comment