Friday, 12 June 2020

KanWork Stay @Home: Cerita Kami - Siri 42

 
Siri 42 : RAMADAN PKP
Saban tahun kita berdoa supaya dipertemukan lagi dengan Ramadan.
Alhamdulillah, tahun ini masih diberi peluang. Cuma sedikit berbeza kerana dibawah PKP. Kami kongsikan pengalaman 10 ahli KanWork.
Rata-rata menyatakan Ramadan ini penuh hikmah dan nikmat:
- “ Alhamdulillah, Allah telah memberi wakeup call sebenarnya. Rasa humbled. Really appreciate the bare necessities in life”. (Puan F).
- “…amat bersyukur, terasa insaf dan sangat menghargai nikmat yang Allah beri”. (Hajah Z).
- “… bahagia tidak terkata atas nikmat Allah”. ( Puan H).
- “ Ramadan ni lebih mendekatkan diri pada Allah”. (Encik R).
- “ Alhamdulilah, dapat melaksanakan ibadah dengan tenang”. (Puan M).
Di Ramadan ini kita kena “stay home”. “Sepanjang Ramadan satu famili berada di rumah”, cerita Haji S. Salah satu aktiviti ahli KanWork ialah memasak (Cerita Kami, Siri 15). Tidak ada bazar Ramadan. Perbelanjaan dan pembaziran berkurang bila masak sendiri. “…perbelanjaan sangat berhemah dan berjimat, bila makanan disediakan sendiri, rasa sayang untuk dibazirkan”. (Hajah Z). “Untung time PKP ni, jimat. Makan pun puas”. (Puan A). Disamping itu, dapat juga “…eat more nutritious home cooked food”, jelas Puan M. Encik R belajar memasak; “… walaupun tak sesedap di kedai, … ianya cukup seronok dimakan kerana air tangan sendiri”. “Tak jadi masalah, semua masak sendiri”, jelas Puan N.
Ramadan PKP merapatkan ukhwah. Rata-rata beriftar di rumah. Puan Z, A, L dan M berkongsi makanan dengan menitip kepada keluarga dan jiran yang dekat. Namun ada juga yang dirindukan di Ramadan PKP. Contohnya, tadarus dan terawih di masjid/surau. “… miss berterawih dan qiamulail di masjid”. (Puan M). Pengalaman Solat Tarawih PKP boleh diikuti di Siri 29, Cerita Kami. Tadarus pula di Siri 36. Bagi Hajah Z, beliau tidak dapat membuat rutin Ramadannya berada dan beribadah di Masjid Muhammadi, Kota Bharu.
Selalu kita dapat berbuka puasa beramai-ramai. Penuh makanan dari hujung ke hujung. Tahun ini tidak:
- “… lazimnya satu hari dihujung minggu berkumpul bersama”. (Hajah Z)
- “… selalu hujung minggu iftar dan terawih dengan extended family di rumah emak”. (Puan M)
- “… anak-anak yang jauh tak dapat bersama”. (Puan N)
- “…tiada makan bersama kawan-kawan dan keluarga”. (Encik R).
Walau apa pun, Ramadan kali ini penuh hikmah, penuh rahmah.
Semoga amalan kita diredhai Allah. Aamin.

No comments:

Post a Comment