Monday, 22 June 2020

KanWork Stay @Home: Cerita Kami (Our Story) -Siri 47b

Siri 47b: COVID-19 & LOCKDOWN @ SEATTLE
VERSI BAHASA (TERJEMAHAN)

Menjelang 10 Mac 2020, kami di Seattle tahu mengenai kes terpencil seorang lelaki yang pulang ke sini dari Wuhan, China dengan virus COVID-19 itu tidak diasingkan (kuarantin). Gabenor kami (Washington State) dengan segera menutup bandaraya dengan semua orang diberitahu untuk duduk di rumah (stay at home): tiada siapa yang berada di jalan raya, tiada siapa yang pergi ke tempat kerja, tiada restoran, gereja, masjid, atau sekolah dibuka – 
semuanya di “locked down” dengan harapan virus tidak akan merebak.

Dengan mengarahkan perjalanan ke China dan dari China ditutup, Presiden Trump beranggapan bahawa beliau telah dapat menyekat penularan wabak dan tidak mengambil apa-apa tindakan selanjutnya. Kami kini tahu bahawa jika Kerajaan Persekutuan dari mulanya meletakkan seluruh negara untuk lock down (PKP), kemungkinan 30,000 orang yang mati diperingkat awal akibat virus COVID-19 dapat diselamatkan dan 117,000 kematian sehingga 19 Jun, mungkin dapat dikurangkan kepada 0. Sebaliknya virus merebak begitu cepat. Walaupun kebanyakan Gabenor telah menutup semua aktiviti di seluruh 50 Negeri, semuanya sudah terlambat.

Pada 31 Mei, dalam usaha untuk memulakan semula ekonomi, kebanyakan negara, telah pun membuka semula aktiviti ekonomi mereka. Di Amerika Syarikat kami kini mengalami peningkatan serius kes COVID-19 dengan lebih 1000 kematian setiap hari. Kami berhadapan dengan kekurangan pelitup muka, gaun (PPE) serta 'ventilators' dan tiada tanda kelihatan untuk wabak virus akan berakhir. Ramai yang enggan memakai pelitup muka. Mereka yang dalam kumpulan umur saya, 60 tahun ke atas, dan terutamanya mereka yang mempunyai sistem imun yang terjejas, (saya survivor kanser payudara sebanyak dua kali), kekal stay @home, menunggu vaksin. Kami merasa tiada harapan! 

Untuk mendapatkan fakta mengenai virus, saya cadangkan Laman web ini: https://www.cdc.gov/coronavirus/2019-ncov/

Professor Sandra Ratcliff
Western Washington University
KanWork Associate Member

No comments:

Post a Comment