Thursday, 14 May 2020

KanWork Stay @Home: Cerita Kami - Siri 29

Siri 29 : TERAWIH PKP

Dalam tidak sedar, kita telah tiba di 10 Ramadan terakhir. Cepat sungguh masa berlalu. Bila sebut tentang Ramadan pasti ada solat terawih. Cuma kali ini sedikit berbeza kerana hanya boleh dilakukan di rumah.

Hari ini kami kongsikan pengalaman 5 orang ahli KanWork yang berterawih di rumah. Puan S berterawih bersama suami dan anak. “….. bila buat di rumah, kita ada ample time, tak tergesa-gesa nak siap dan gerak ke surau, tunggu imam datang je!”, cerita Puan S. “… moreh pun boleh sampai lewat malam”, sambungnya.

Puan P pula berterawih bersama suami di rumah. “….. berjemaah dengan suami, suami biasa buat 23 rakaat, saya ikut suami, … seronok walau hanya berdua, lebih relax, kalau belum mengantuk baca wirid atau ulangkaji hafazan” terangnya.

Encik A menjadi imam tarawih di rumahnya. Selalunya hanya menjadi makmum di masjid berdekatan. Baiknya? “….. jadi imam kena jaga tajwid sebab pak mentua pakar bab tu” jelas beliau.

Terawih di rumah juga dapat mengeratkan silaturrahim. Mengikut Puan S, “…. masa ni lah family bonding penting. Lepas terawih suami buat tazkirah ringkas, semak bacaan Al-Quran dan bagi nasihat untuk saling ingat-mengingatkan”. Puan U mendapati berterawih sebegini adalah “…. (satu) pengalaman yang indah dan manis”.

Walaupun ada kebaikan berterawih di rumah, tidak di nafikan rasa rindu untuk berterawih di surau atau masjid tetap ada. “…. tapi rindu berselawat beramai-ramai di surau, bersemangat semua!” (Puan S). Bagi Puan Z pula, “…. (saya) teringat bacaan merdu imam di masjid”.

Masing-masing punya pengalaman tersendiri berterawih dalam tempoh PKP ini. Pokoknya ibadat diteruskan. Semoga diredhai Allah.

###################################

Jom BERINFAK di RAMADAN yang mulia ini!
Sila layari : https://www.donate.kanwork.org
atau
8601945901
Persatuan Kanser Network Selangor & Wilayah Persekutuan


No comments:

Post a Comment