Thursday, 30 July 2020

Selamat Hari Raya Aidil Adha dari Persatuan Kanser Network Selangor dan Wilayah Persekutuan (KanWork)


KanWork Stay @Home: CERITA KAMI (VERSI BAHASA) - Siri 61b

Siri 61b: RAWATAN SUSULAN
Saya perlukan rawatan ‘osteoporotic’ (tulang) setiap enam bulan. Semalam adalah yang pertama dalam tempoh PKP.
Sejak pandemik, saya merasa risau apabila ke hospital. Lebih-lebih lagi hospital tempat rawatan saya adalah salah satu hospital yang merawat Covid-19. Saya juga takut untuk pergi menaiki Grab walaupun saya biasa menggunakannya.
Pihak hospital sentiasa mematuhi SOP. Misalnya, mengimbas suhu di pintu masuk (hospital dan Klinik Onkologi) dan memakai pelitup muka. Tempat duduk diruang menunggu juga disusun mengikut penjarakan sosial. Seorang pesakit didepan saya telah menghembuskan sesuatu dari hidung beberapa kali. Bimbang akan mendapat jangkitan, saya segera beredar. Biasanya saya akan bersembang dengan pesakit lain semasa menunggu giliran, tetapi tidak kali ini! Saya juga membawa telekung sendiri untuk solat di surau hospital (walaupun disediakan!).
Terima kasih kepada pengurusan hospital yang efisyen. Alhamdulilah, semuanya dipermudahkan. Mendapatkan ubat dari farmasi juga lebih cepat. Seorang pegawai ditugaskan di luar farmasi mengarahkan pesakit ke kaunter tertentu.
Urusan ke hospital mungkin agak mencabar semasa PKP ini. Tetapi dari pengalaman saya, hospital melakukan yang terbaik untuk memudahkan urusan pesakit. Sila patuhi jadual janji temu anda.
MM (Ahli Seumur Hidup KanWork)
23 Julai 2020

KanWork Stay @Home: CERITA KAMI (OUR STORY) - Siri 61a

Siri 61a: FOLLOW UP TREATMENT
I have to do treatment for my osteoporotic bone every six months. Yesterday was first under the MCO.
Since the pandemic, I get anxious whenever going to hospital. More since the hospital is one of those dedicated to treat Covid-19. I was even too scared to go by grab as I usually do.
The hospital duly observed the SOP. For e.g. scanning the entry (both to hospital and oncology clinic) and wearing face mask. The waiting lounge seats were arranged according to the social distancing SOP too. A patient sitting across me blew her nose a few times. Anxious of catching an infection, I quickly moved away. I usually converse with other patients while waiting for my turn. But not yesterday! For praying at the hospital surau, I brought my own prayer cloth (instead of using one provided there).
Thanks to the hospital efficient management, Alhamdulilah, all went well. Getting drugs from the pharmacy was faster. There was an officer outside who directed patient to the specific counter.
A hospital trip may be a bit challenging during this MCO. But from my experiences, hospitals do their best to facilitate patients’ visits. Do observe your scheduled
appointment.

MM (KanWork Life Member)
23 July 2020

KanWork Stay @Home: CERITA KAMI - Siri 60

Siri 60: KEMBALI KE SEKOLAH @PKPP
Sesi persekolahan telah dibuka secara berperingkat bermula 15 Julai lalu. Pelbagai perkara bermain di fikiran ibu bapa. Seronok anak dapat meneruskan pembelajaran. Tetapi risau juga dengan SOP. Anak-anak semestinya ‘excited’. Dapat berjumpa dengan kawan-kawan! Naik bas sekolah!
Kali ini kami kongsikan pengalaman 7 ahli KanWork tentang anak/cucu mereka kembali ke sekolah dalam tempoh PKPP ini.
Anak/cucu telah mula bersekolah;
“Anak start 15 Julai, tahun 5 dan 6, ok je”. (Puan A).
“Alhamdulilah cucu dah mula bersekolah, mula 15 haribulan”. (Puan R).
“Cucu saya 2 tahun dah mula nursery”. (Puan J).
“Cucu saya 4 tahun dah mula sekolah”. (Puan K).
“My handsome boy sekolah dengan ikut SOP norma baru”. (Puan N).
Ada yang seronok;
“Budak-budak ok je, seronok, sekolah macam biasa”. (Puan F)
“Alhamdulillah, cucu-cucu happy saja, dah lama tak jumpa kawan-kawan”. (Puan Z).
Ada yang sedih;
Walaupun sesi persekolah dibuka tetapi peperiksaan utama tahun ini ada yang dibatalkan dan ditangguhkan. “…cucu darjah 6, norma baru, UPSR batal, ganti peperiksaan khas untuk pelajar tahun 6”. (Puan R).
Ada beberapa ibu bapa yang risau;
“Semalam start darjah 1 sampai 4, susah nak jaga jarak, tapi mujur cikgu benarkan anak balik awal”. (Puan A). “…hari-hari remind, social distancing, part tu susah sikit”. (Puan F). “...saya bagi mask kain, tapi bekalkan juga 3-layer mask dalam bag, start minggu depan wajib macam saranan KKM”. Jelas Puan F. Mengikut Puan N, laluan keluar untuk imbasan suhu di sekolah agak terhad. “…kena buat dua laluan keluar untuk imbasan suhu, lepas imbasan terus berjalan ke susur keluar. “…kena bawa surat khabar untuk alas meja, air kosong, bekal makanan dari rumah atau boleh order dari kantin sekolah sehari sebelumnya”, jelas Puan N.
Sedikit pesanan untuk semua, sentiasa patuhi SOP walaupun di mana kita berada. Kita belum menang. Semoga adik-adik terus berjaya. Belajar rajin-rajin!

Sunday, 26 July 2020

KanWork Stay @Home: CERITA KAMI - Siri 59

Siri 59: SURVIVOR KONGSI PENGALAMAN KANSER @ PKP
Tahun ini, tahun ke 4 saya sebagai survivor kanser. Alhamdulillah diberi kesihatan yang baik sehingga kini.
Baru-baru ini, saya dijemput untuk berkongsi pengalaman kanser di Sekolah Seri Puteri. Saya merupakan Alumni SPM 1971. Berikut ialah perkongsian saya kepada mereka.
Saya didiagnos kanser payudara dan perlu menjalani mastektomi. Terbayang ‘early death’. Takut dan runsing. Ketika itu baru 2 bulan suami meninggalkan kami. Bagaimana masa depan kami? Anak-anak akan jadi yatim piatu? Saya terkenang adik saya, juga menghidap kanser payudara. Proses pembedahan, kemoterapi, sel kanser
merebak, sehingga menghembuskan nafas terakhir, anak-anak masih kecil. Tidak tertanggung rasanya!
Bagaimana saya ‘overcome fear’ ini?
1. Redha dan tawakal. Kenang kembali rahmat Allah, sentiasa zikrullah dan membaca Al Quran.
2. Cari maklumat melalui buku, internet, pakar perubatan kanser, pesakit/survivor, dan menghadiri program berkaitan kanser. Di sinilah saya bertemu KanWork.
3. Anak saya yang bekerja sebagi doktor beritahu pembedahan tidak menyakitkan. Alhamdulillah berjaya. Saya juga tidak perlu menjalani rawatan, hanya mengambil Temoxifen selama lima tahun.
4. ‘Carer’! Mereka menceriakan saya. Setelah pulih sepenuhnya, kami ‘holiday’!
Apa ‘concern’ saya?
1. Kini bilangan pesakit berusia muda meningkat. Kita harus peka dan perbaiki gaya hidup walaupun kanser itu ‘complicated’ dan sukar ditelah. ‘Monitor’ perubahan tubuh, dan buat pemeriksaan berkala.
2. Masih ada pesakit yang enggan mendapatkan pemeriksaan dan rawatan segera di hospital. Mereka memilih rawatan lain dan bertambah teruk. Ada yang menyembunyikan penyakit, bila dirujuk ke hospital telah ‘late stage’. Dampingi dan bantulah mereka supaya dapatkan rawatan lebih awal.
Aspirasi saya;
1. Perluaskan program kesedaran kanser.
2. Pesakit/‘carer’ menyertai persatuan seperti KanWork untukmendapat maklumat dan sokongan.
3. Pesakit dapat manfaat rawatan serta kos ubatan yang murah/baik melalui penyelidikan dan kecanggihan teknologi.
Itulah pesanan saya untuk adik-adik di PUTERI’s Sharing Session.
Semoga coretan ini bermanfaat untuk anda semua.
Datuk Hasnah Saleh @Kak Senah
Ketua Biro Dana KanWork/Alumni SPM 1971

Saturday, 25 July 2020

KanWork Stay @Home: CERITA KAMI (VERSI BAHASA) - Siri 58b

Siri 58b: CHE
Jumaat 25 Jun, 2020, Hajah Nik Mariam binti Nik Abdullah telah kembali ke rahmatullah dengan tenang. Inna lillahi wa inna ilahi rajiun. Seorang yang sangat penyayang dan baik hati, dia adalah ‘Che’ kepada tujuh orang anak dan menantu, adik beradik, saudara mara dan kawan-kawannya.
Che sangat prihatin terhadap orang lain. Dia selalu mengingatkan kami supaya buat yang terbaik untuk membantu orang lain, “Sampaikan hajat orang, Allah akan sampaikan hajat kita”.
Che memberi galakan, menyokong dan merestui ahli keluarganya aktif dalam KanWork. Kesemua anaknya adalah sukarelawan dan ahli seumur hidup KanWork. Begitu juga dengan menantu, cucu-cucu serta cucu-cucu saudaranya. Che pernah menghadiri beberapa aktiviti KanWork.
Hari terakhir Che adalah dalam tempoh PKP. Janji temu hospital Che pada bulan April telah ditangguhkan ke bulan Julai 2020. Namun ia sudah terlambat!
Walaupun semua anak Che duduk di kawasan Lembah Klang, namun ramai yang tidak dapat menziarahinya seperti biasa semasa awal PKP. Lagi pun, kami tidak mahu mengambil risiko jangkitan kepada Che dalam pandemik ini. Saya ditahan polis di sekatan jalan raya ketika hendak melawat Che. Nasib baik saya dibenarkan selepas memberi penjelasan. Che maklum bahawa kami sedang berhadapan dengan wabak.
Urusan jenazah Che, seperti solat jenazah dan sebagainya mematuhi SOP. Alhamdulillah dengan izin Allah, semua urusan dipermudahkan. Allahyarhamah telah disemadikan bersebelahan dengan kubur Allahyarham Haji Muhamad (Ayah).
Di bawah sekatan pergerakan antara negara, tiga daripada cucu Che berada di luar negara dan masih belum dapat pulang sehingga kini.
Semoga Allah cucuri Rahmat ke atas roh Allahyarhamah Che and Allahyarham Ayah dan menempatkan mereka dalam golongan mereka yang beriman.
Maznah Muhamad
Ahli Seumur Hidup/Sukarelawan/ Pengasas & Presiden KanWork
16 Julai 2020

KanWork Stay @Home: CERITA KAMI (OUR STORY) - Siri 58a

Siri 58a: CHE
Thursday 25 June, 2020 Hajah Nik Mariam binti Nik Abdullah returned to “rahmatullah” in peace. Inna lillahi wa inna ilahi rajiun. Thank you all for the doas and condolences. With a big heart, she is “Che” to all her seven children and their spouses, siblings, relatives and friends.
Che had always been sensitive to others’ needs. She often reminded us to do our best to help others; “Sampaikan hajat orang, Allah akan sampaikan hajat kita.” She encouraged, supported and blessed her family involvement in KanWork. All her children are KanWork volunteers and life members. Similarly, a couple of her son/daughter in-laws, grandchildren, nephews and nieces. She attended many
KanWork activities.
Che’s last days were under the MCO (Movement Control Order). Her follow up to an April 2020 appointment at a hospital had to be postponed to July 2020. Too late!
Although her children are in the Klang Valley, most were not able to visit her regularly during the earlier MCO (further, we did not want to take risk with her comorbidity to the pandemic). During one of the visits, I was stopped at a road block by a police. He let me go after explaining why I was on the road. Che understood that we were in her words, under “wabak”.
Che’s funeral arrangement e.g. solat jenazah etc. observed the SOP. Nevertheless, with Allah’s grace, all went well. Allahyarhamah was laid to rest in peace next to Allahyarham Haji Muhamad (Ayah). Under the closed border restriction, three of their grandchildren abroad still cannot be home since Che demise.
Semoga Allah cucuri Rahmat ke atas roh Allahyarhamah Che and Allahyarham Ayah dan menempatkan mereka dalam golongan mereka yang beriman.
Maznah Muhamad
Life member/Volunteer/Founder & President KanWork
16 July 2020

Friday, 24 July 2020

KanWork Stay @Home: CERITA KAMI - Siri 57

Siri 57: SOKONG PESAKIT KANSER @ PKP
Pelbagai aktiviti dianjurkan oleh organisasi/badan bukan kerajaan (NGO) untuk mereka yang terkesan dengan kanser. Berikutan pandemik Covid-19, terdapat kekangan untuk pelaksanaannya. Siri ini adalah mengenai aktiviti beberapa organisasi/NGO kanser.
KanWork, MAKNA - Majlis Kanser NasionalCaRE UPMSociety for Cancer Advocacy and Awareness Kuching (SCAN), TEMAN PPUKM serta CAKNE - Persatuan Sokongan Kanser Kanak Kanak PPUKM masih terus beroperasi samada dari pejabat atau ‘work from home’ dan secara dalam talian dalam tempoh PKP ini.

Pelbagai sokongan yang diberikan, antaranya maklumat:
KanWork, CaRE dan MAKNA menyediakan talian helpline untuk mendapatkan maklumat, bahan Pendidikan, ‘peer support’ atau kaunseling.
“…ebook di laman web”. (CaRE)
“…8 sesi webinar melalui Zoom”. (SCAN).
“Pasukan Home Visit (HV) berhubung melalui telefon dengan pesakit”. (MAKNA).
“…we remained contactable through our phone line”. (TEMAN)
Selain itu, mereka juga menghulurkan sumbangan:
“…food assistance pack mengikut kriteria tertentu”. (MAKNA)
“…bantuan kewangan (sara hidup, tambang, pengebumian) serta penghantaran ‘starter kit”. (CAKNE)
Antara cabaran yang mereka hadapi:
“…tiada face to face, ada ahli yang tidak biasa online” (KanWork).
“…tidak dapat berkomunikasi secara dekat”. (CaRE).
“Ahli tidak mahir dengan teknologi”. (SCAN).
“…sekatan pergerakan mengganggu penghantaran makanan, perkhidmatan
Digital Mobile Mammogram dan HV tidak dapat dijalankan”. (MAKNA).
“…perlu patuhi SOP semasa penghantaran starter kit”, (CAKNE).
Mereka atur strategi untuk atasi cabaran:
“…post siri Cerita Kami dan share info kanser di Facebook, galakkan ahli log in”. (KanWork).
“…guna Whatsapp, emel, Facebook dan telefon, plan untuk webinar”. (CaRE).
“…tambah aktiviti online dan explore online donation”. (SCAN)
“…kerjasama dengan AEON dan Pos Malaysia untuk penyediaan dan penghantaran makanan”. (MAKNA)
Ahli War On Cancer Patient Education Support dan Advocacy Associates yang lain seperti; Max Family Society MalaysiaThe Galen Centre for Health & Social PolicyBreast Cancer Welfare Association Malaysia (BCWA) dan National Cancer Society Malaysia (NCSM) turut menganjur aktiviti secara dalam talian.
Mereka semua tetap prihatin dan cakna untuk terus menyokong pesakit kanser!

Sunday, 19 July 2020

KanWork Stay @Home: CERITA KAMI- Siri 56

Siri 56: “INTEGRATIVE MEDICINE”
“Doktor, saya tak nak buat kemoterapi atau apa-apa rawatan kanser, saya takut, saya risau rawatan tu akan memendekkan jangka hayat saya”.
Itulah ayat keramat yang kerap kali saya dengar dari mulut pesakit yang datang berjumpa saya. Pakar onkologi, pakar bedah telah berulangkali beri penerangan, tetapi sebilangan pesakit tetap mengambil keputusan untuk tidak melakukan sebarang rawatan kanser. Ramai yang memilih untuk melakukan rawatan alternatif!

Persepi sebilangan pesakit terhadap rawatan masih kekal negatif walaupun rawatan kanser telah melalui banyak evolusi dan lebih berkesan. Setiap rawatan kanser (Kemoterapi/Radioterapi/Terapi Hormon/Targeted Therapy) yang diberikan kepada pesakit telah mengambil kira faktor berikut :
1. Tahap kanser (Tahap 1/2/3/4)
2. Subtype (sebagai contoh kanser payudara; Hormon positive atau HER2-positive)
3. Keadaan fizikal pesakit
Sel kanser akan terus merebak dan merosakkan tisu atau organ jika tidak melakukan sebarang rawatan. Contohnya kanser yang merebak ke hati boleh menyebabkan kegagalan hati. Perkara yang sama juga akan berlaku apabila kanser tersebut merebak ke paru-paru, otak atau tulang.
Anda pernah dengar tentang rawatan Tradisional dan Komplementari (TCM - Traditional & Complementary Medicine)? Ianya boleh diambil semasa rawatan kemoterapi dan radioterapi. Sebagaimana namanya, ia berupaya untuk ‘complement’ rawatan kanser dengan mengurangkan beberapa kesan sampingan. Bukan menggantikan ya! Contohnya rawatan Acupunture untuk mengurangkan sakit sendi di seluruh badan.
Saya telah merawat seorang pesakit yang menghadapi kanser di bahagian kepala dan leher dan menjalani rawatan radioterapi dan kemoterapi. Setiap kali sebelum rawatan kemoterapi, beliau akan melakukan Acupunture selama 30 minit menggunakan 4 - 6 jarum. Ini dapat mengurangkan kesan perut kembung (abdominal discomfort) dan insomnia yang di alami. Kini, beliau telah selesai menjalani rawatan dan hanya perlu follow up review setiap dua bulan sekali. Anda juga boleh!
Walaupun PKP, rawatan pesakit masih diteruskan dengan mengambil langkah berjaga-jaga seperti memakai pelitup muka, membasuh tangan dan mengambil suhu sebelum
masuk ke klinik.

NEVER GIVE UP.
TODAY IS HARD, TOMORROW WILL BE WORSE.
BUT THE DAY AFTER TOMORROW WILL BE SUNSHINE.
Insya Allah.

Dr Hafizah Zaharah Binti Ahmad
Pakar Perunding Onkologi Klinikal / Ahli Seumur Hidup KanWork

Saturday, 18 July 2020

KanWork Stay @Home: Cerita Kami (Versi Bahasa) - Siri 55b

Siri 55b: AN EXPERINCE OF A LIFETIME


Rabu, 18 Mac 2020, bermula satu hari yang malap di Kuala Lumpur, tanda bermulanya Perintah Kawalan Pergerkan (PKP)
Lalulintas dari utara dan selatan telah disekat memasuki bandaraya KL. Pasukan Polis telah berada di pelbagai lokasi membendung pergerakan kenderaan.
Dari Menara Berkembar Petronas, jalanraya luar biasa legang. Kebanyakan restoran dan kedai ditutup. Lorong Tuanku Abdul Rahman kelihatan kelam-kabut dari biasa. Ada penjaja enggan mematuhi PKP. Para penguatkuasa mengarahkan semua untuk ditutup.
Sebulan kemudian, pelanggan di pasar raya menunggu dalam barisan panjang untuk masuk dengan mematuhi jarak sosial. Mereka secara paksa menulis pengenalan dan butiran telefon. Membeli barangan runcit jadi satu cabaran.
Di rumah, pada suatu petang Baba santai di sofa melayan musik instrumental orkestra yang menenangkan 'On a Clear Day' oleh Lamen dan Lane. Untuk mengalih kebimbangan, dia tenggelam dalam autobiografi Nelson Mandela ‘Long Walk to Freedom’.
Sambil memisah sejambak bunga, kemudian diatur dan diletakkan ke dalam pasu kaca, Mama melekokkan sedikit kerawat yang membalut supaya setiap batang akan berdiri tegak seperti bunga sebenar. Sebagai suri rumah, kehidupan berjalan seperti biasa walaupun di tengah-kancah pandemik.
Apabila loceng rumah berbunyi, Hana ke pintu mengutip bungkusan yang dihantar kurier. Dia membersihkan bungkusan dengan sapuan cecair pembasmi kuman. Cardigan cantik berwarna mustard dari ‘Çalacara’ telah menyerikan hari Hana.
Memang sukar memutuskan cadangan mengenai pendedahan ekuiti yang sebahagian besarnya dari Amerika Syarikat, atau gabungan China, Korea, dan Taiwan. Bersandarkan kepakaran pasaran semasa, pendapatan musim akan datang boleh membawa saham tinggi merudung. Huda membincang dan menghasilkan pembentangan impak tinggi kepada pelanggan penting.
Melihatnya sebagai satu alat yang perlu diterokai dan bukannya diikuti, telah memberi motivasi kepada Haikal untuk berjaya dalam kalkulus. Dia secara gigih melatihtubi kertas peperiksaan kalkulus ditalian.
Ini merupakan satu masa yang menakutkan. Oleh itu adalah sangat penting untuk kekal tenang dan bersiap sedia hadapi yang mendatang. Samada anda Baba atau Mama, Hana atau Huda, Haikal atau lain-lain, ia hadir siang dan malam; ketidaktentuan berterusan yang ngeri tentang masa depan.
Semoga yang Maha Kuasa memberkati dan melindungi kita semua.
Hatarmizi Hassan (KanWork Supporter/Volunteer)
11 July 2020



KanWork Stay @Home: CERITA KAMI (OUR STORY) - Siri 55a


Siri 55a: AN EXPERIENCE OF A LIFETIME


Wednesday, 18 March 2020 began as a grey day in Kuala Lumpur. Marking a grey time, the Movement Control Order (MCO). North and south bounds traffic were stopped from advancing into the city. Police troops were deliberately positioned in various locations curbing vehicles movement.

From Petronas Twin Towers, the street was extraordinarily quiet. Most restaurants and shops were closed. Lorong Tuanku Abdul Rahman was abnormally chaotic. Some hawkers refused to obey the MCO. Enforcement personnel ordered all to close.
Fast forward a month, customers at a hypermarket wait in long lines to enter obliging the social distance. Shoppers grudgingly scrawled their identification and phone details. Buying grocery was an ordeal.
At home, on a mid-afternoon Baba lay tranquilly on a couch with soothing instrumental orchestra ‘On a Clear Day’ by Lament and Lane. To conquer anxiety, he engrossed in the ‘Long Walk to Freedom’, an autobiography of Nelson Mandela.
Separated the bouquet into individual stems, arranged and placed the flowers in a glass vase, Mama bent the wired stems a bit so they would stand more like real flowers. As a homemaker, life went on as usual amidst the calamity.
When the home bell rang, Hana walked to the door for a parcel left by delivery. She cleaned it using disinfecting wipes. Beautiful mustard cardigan from ‘Calacara’ undoubtedly made her day.
It was hard to determine a proposition between an equity exposure largely from USA, or a combination of China, Korea, and Taiwan. Leveraged from present market expertise, the coming earnings season could bring lofty stock down to earth. Huda deliberated and produced a high impact presentation to an important client.
Thought of it as a set of tools to be explored rather than followed, motivated Haikal to succeed in Calculus. He tirelessly practised for his online Calculus examination.
It was a frightening time. It was vital to stay calm and braced for what may come. Whether you were Baba or Mama, Hana or Huda, Haikal or others, it was with you night and day; a terrible unrelenting uncertainty about the future.
May the Almighty bless and protect us all.
Hatarmizi Hassan
KanWork Supporter/Volunteer
11 July 2020

Friday, 17 July 2020

KanWork Stay @Home: CERITA KAMI - Siri 54

Siri 54: ALAHAI CUCU NENEK @ PKP
Orang kata bila ada cucu, datuk dan nenek akan lebih sayang dari anak sendiri. Anda setuju? Apa saja yang cucu minta, pasti ditunaikan. Kalau cucu kena marah, datuk dan nenek akan ‘protect’. Jaga-jaga!
Siri kali ini kami kongsikan pengalaman 6 ahli KanWork bersama cucu masing-masing dalam tempoh PKP ini.
Ada cucu yang tinggal bersama, ada yang datang setiap hari.
“Ada jaga cucu dari sekolah tak nak balik sampai 4 bulan duduk dengan saya”. (Puan Zarina). “… saya berjiran dengan anak, no gate, cucu boleh cross over datang”. (Puan Rokiah). Mengikut Puan Rabeah pula cucunya akan datang setiap hari apabila anak dan menantunya keluar bekerja, hanya 10 minit jarak rumah mereka.
Pelbagai aktiviti dilakukan bersama samada yang ‘indoor’ atau pun ‘outdoor’.
“…tolong nenek buat kuih raya, aktiviti sental kuali, bagi upah RM6 seorang” kata Puan Zarina. “… ajar cucu ngaji, yang umur 4 tahun tu, kita kena kreatif, huruf Alif tegak macam jari telunjuk, huruf Lam macam mata kail ikan”, cerita Puan Rokiah. “…teaching cucu lelaki jenis penapis di dapur dan jenis pokok limau di sekitar laman”. (Puan Rohani).
Cucu Puan Mariam suka menyanyi “nursery rhymes”. Nenek pun kena ‘join’ sekali. “…baru-baru ni tengok kat tv, ada lagu bangau oh bangau, senang sikit nenek nak ingat lagu melayu lama”, jelas Puan Mariam. Puan Rabeah pula membuat “cupcake’ dan cucu beliau yang hias. “…she decorates the cake with all the glitters”.
Berlainan dengan Puan Noriahan, semua cucu ada aktiviti sendiri tetapi nenek kena ‘on time’ di dapur. “... saya sediakan makan je, macam-macam kena sediakan sebab
kejap-kejap masuk dapur”.

Itulah sedikit cerita cucu-cucu dalam PKP ini. Pelbagai kerenah dan keletah, tetapi mereka yang jadi penawar hati, pengubat segala duka. Boleh lupa seketika masalah yang melanda. Alahai sayang cucu nenek!

Monday, 13 July 2020

KanWork Stay @Home: Cerita Kami - Siri 53

Siri 53: BANTUAN MAKANAN @ PKP
Pelbagai bantuan disalurkan kepada mereka yang memerlukan dalam tempoh PKP ini. Bantuan yang diberikan ada secara tunai mahu pun barang keperluan harian. Ada sumbangan secara peribadi atau pun sumbangan dari agensi/organisasi/institusi. Siri kali ini kami kongsikan salah satu bantuan untuk pesakit kanser.

MAJLIS KANSER NATIONAL (HQ MAKNA) telah memberikan sumbangan kepada para pesakit kanser (mengikut kriteria tertentu) yang berbentuk bantuan makanan dalam tempoh PKP ini. Beberapa Ahli KanWork antara penerima bantuan makanan ini. Syukur Alhamdulillah, ada rezeki untuk mereka. Semoga bantuan ini dapat meringkankan sedikit beban mereka
semasa PKP ini.

Tahniah dan terima kasih kepada MAKNA atas inisiatif ini dalam menyantuni pesakit kanser yang terkesan dengan pandemik Covid-19.

Saturday, 11 July 2020

KanWork Stay @Home: Cerita Kami - Siri 52

Siri 52: POTRET KAMI @ AIDILFITRI PKP
Aidilfitri 2020 akan terpahat dalam memori. Kenangan Aidilfitri PKP yang tidak akan dilupakan. Unik dan berbeza. Tidak dapat pulang ke kampung, tidak dapat berkumpul beramai-ramai. Walau apa pun, ianya tetap diraikan dengan penuh rasa kesyukuran.
Bersederhana tetapi tetap ada kemeriahannya. Yang jauh dapat dieratkan dengan kemajuan teknologi. Biar jauh beribu batu, ukhwah tetap terjalin.
Kami kongsikan potret beberapa ahli KanWork di Aidilfitri tahun ini. Semoga kita bertemu lagi di Aidilfitri yang akan datang.

Thursday, 9 July 2020

KanWork Stay @Home: Cerita Kami - Siri 51

Siri 51: PUASA ENAM SYAWAL @PKP

Setelah menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan dan meraikan kemenangan pada Hari Raya Aidilfitri (1 Syawal). Ada satu amal ibadah yang dinantikan di bulan Syawal iaitu puasa enam. Masing-masing tidak akan melepaskan untuk menunaikan ibadah ini. Begitu besar ganjarannya.
“Sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan, kemudian mengiringi dengan puasa sunat enam hari di bulan Syawal, pahalanya seperti berpuasa setahun” (Hadith Riwayat Muslim).
Kali ini kami kongsikan pengalaman 9 orang ahli kanWork yang berpuasa enam. Ada yang terus berpuasa pada 2 Syawal. “First time buat puasa 6, start pada hari raya ke 2, straight 6 hari, jadi raya ke 8 terus raya puasa 6, Satu family puasa serentak, Senang raya sekaligus (Cik Z). “Alhamdulilah, puasa penuh. 1st time jugak raya kedua buat puasa terus 6 hari dan sambut raya 6 pada raya ke 8” (Puan N). “Hari ke dua Syawal dah puasa 6, hari yang ke 8 kami dah raya” (Puan A).
Majoriti yang lain dapat menyempurnakan puasa enam tetapi dengan cara yang berbeza. Ada yang bermula di akhir Syawal. Ada yang berpuasa Isnin dan Khamis. “… sama aje puasa 6 seperti tahun sebelumnya, tak puasa immediately. Makan puas-puas, habiskan ketupat rendang dulu” (Puan J). Puan W, H dan N masing-masing berpuasa enam pada setiap Isnin dan Khamis. Puan R berpuasa sekali dengan puasa putih (puasa selama tiga hari di pertengahan bulan). Mengikut Puan C, bersyukur dapat berpuasa enam penuh tahun ini.
Walaupun dalam situasi PKP dan ada cabaran kesihatan, namun ianya tidak menjadi halangan untuk berpuasa enam di bulan Syawal seperti kebiasaannya. Alhamdulillah, dikurniakan kesihatan yang baik untuk terus beribadah. Semoga segala amalan kita diterima dan diredhai oleh Allah.

Tuesday, 7 July 2020

Projek KanWork TV

Seri Kembangan, 7 Julai 2020 Persatuan Kanser KanWork dalam usaha untuk membangunkan KanWork TV. KanWork TV ialah salah satu platform media masa untuk memberi sokongan dan maklumat kepada semua yang terkesan dengan kanser. Nantikan selanjutnya…….

KanWork Stay @Home: Cerita Kami - Siri 50

Siri 50: BALIK KAMPUNG @ PKPP

‘PKPB tamat, rentas negeri dibenarkan mulai 10 Jun’. Itulah antara kelonggaran yang diberikan kepada rakyat Malaysia. Gembira! Terus ‘plan’ destinasi masing-masing.
Siri kali ini kami kongsikan pengalaman beberapa ahli KanWork yang ambil peluang rentas negeri. Puan A dan Puan N pulang ke kampung di Terengganu. “… Alhamdulillah tiada kes di tempat saya” (Puan A). Puan L, Puan M & Puan S pulang ke Johor. “… Alhamdulillah tak jem” (Puan L). Puan H pulang ke Perak. Manakala Puan Z pulang ke Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan. Meriah!
Satu pengalaman baru kerana perlu membawa bekalan makanan sendiri. “… perlu bawa bekal masing-masing kerana R&R tidak dibuka sepenuhnya” Puan A. Tambah Puan L, “ya, kami stop R&R untuk toilet break je kejap, tak berani beli makanan pun, bawa bekal”.
Peluang ini dapat ‘gathering’ dengan ahli keluarga yang lain.
“…berkumpullah, InshaAllah sebab adik-adik pun duduk dekat” (Puan N). “…adik beradik pun berkumpul sama macam 1 Syawal, walaupun semasa raya mereka dah balik kampung, saya yang tak balik, di luar negeri” (Puan S). “…seronok, balik tak rancang, tak sangka semua balik, kuasa Allah cantik sangat” (Puan Z).

Ada yang buat persiapan seperti 1 Syawal. Bak kata orang ‘raya yang tertangguh’. “… balik kampung, dengan bakar lemang dan masak rendang sebab nak rai raya sekali dengan mak dan mak saudara di kampung” (Puan H). “Dapat la makan Burasak, makanan orang Bugis” (Puan L).
Puan M pula penuh kesyukuran kerana dapat berjumpa saudara mara di kampung dan anak cucu datang beraya. “… anak-anak beraya di rumah saya di Seremban, riuh rendah rumah, rasa raya semula!”.
Alhamdulillah, bersyukur dapat berjumpa yang tersayang, melepaskan rindu. Walau apa pun, kita belum menang. Pastikan kita jaga kita.