Friday 8 May 2020

KanWork Stay @Home : Cerita Kami - Siri 23

Siri 23: MEMBACA ATAS TALIAN

Sudah hampir 2 bulan kita berjaya menghadapi PKP. Pesakit kanser yang sedang menjalani rawatan pasti gusar dengan keadaan sekarang. Bagaimana dengan rawatan seterusnya? Rasa takut pun ada. Adakah selamat meneruskan rawatan di hospital sekarang ini? Pastikan anda menghubungi pihak hospital untuk penjelasan.

Pelbagai persoalan lain berkaitan kanser sering bermain di minda. Kalau tanya “Mr. Google” memang banyak maklumat, tapi sahih ke? Boleh percaya? Mana satu yang betul? Akhirnya….kita jadi “stress”!

Pernah dengar nama CaRE? CaRE (Cancer Resource and Education Centre) ataupun Pusat Sumber dan Pendidikan Kanser merupakan salah sebuah pusat kecemerlangan Universiti Putra Malaysia yang memberikan perkhidmatan sumber pendidikan dan kesedaran kanser, perkhidmatan kaunseling kanser dan pemerkasaan kepada mereka yang terlibat dengan kanser serta kesihatan orang awam.

Jika anda ingin mendapatkan maklumat tentang kanser, di sinilah tempatnya! Pelbagai buku diterbitkan dengan penglibatan pakar dalam pelbagai bidang. Dalam situasi sekarang tidak perlu ke CaRE untuk mendapatkan maklumat kerana boleh didapati secara talian antaranya;

1. Pemakanan untuk Pesakit Kanser Payudara
2. Pengambilan Tenaga untuk Pesakit Kanser Payudara
3. Pengambilan Buah-Buahan dan Sayuran  untuk Pesakit Kanser Payudara
4. Kemoterapi Penjagaan Selepas Rawatan
5. Radioterapi Penjagaan Selepas Rawatan
6. Mastektomi: Penjagaan Selepas Rawatan
7. Lumpektomi: Penjagaan Selepas Rawatan
8. Kanser Kolorektum

Hanya klik di laman web CaRE http://www.care.upm.edu.my/ untuk membaca.

Semoga bermanfaat!

Professor Datin Dr. Sherina Mohd Sidik
Pakar Perubatan Keluarga & Timbalan Pengarah
Pusat Sumber dan Pendidikan Kanser (CaRE)
Universiti Putra Malaysia

###############################

Jom BERINFAK di RAMADAN yang mulia ini!
Sila layari : https://www.donate.kanwork.org
atau
8601945901
Persatuan Kanser Network Selangor & Wilayah Persekutuan


No comments:

Post a Comment