Siri 32: MENANGANI CABARAN PKP
Bermula PKP Fasa 1 sehingga PKPB sekarang ini, pelbagai reaksi yang timbul. Mungkin akan bersambung lagi?
Senario 1:
“…sambung lagi... macam mana ni? Temujanji dengan doktor dah dua kali tangguh, ubat dah nak habis”.
“…Bisnes tak jalan, duit simpanan dah tinggal sikit”.
“…panjangnya kena beratur, dahlah kena pergi seorang sahaja”.
“.. asyik terkurung je ni, bosan sungguhlah”.
“…awak ni tak reti masak lauk lain ke?, …kari, kari, asam pedas”.
“… oh ngerinya, bahaya ni, Covid-19 masih banyak tapi kena pergi kerja”.
“Den belum 60, baru 57, selamat ke? Kencing manis ada, darah tinggi pun ada, tapi boss dah wasap, suruh datang kerja. Macam mana ni?”.
Senario 2:
“…Alhamdulillah, sejak ada PKP dapatlah hari-hari bersama keluarga, dapat makan bersama”.
”… sembahyang berjemaah bersama keluarga”.
“… syukur ada internet, kerja-kerja pejabat boleh dibuat dari rumah”.
Begitulah antara isi hati mereka sepanjang PKP ini. Ada yang susah hati. Ada juga yang merasakan banyak hikmah yang tersembunyi!
Apa jua situasi yang kita harungi, kita boleh dan berhak memilih. Pilihlah perasaan, fikiran dan perlakuan yang menyenangkan diri kita dan mereka yang disekeliling kita.
Sedikit panduan untuk anda menghadapi situasi PKP:
1. Kita perlu redha dengan situasi yang berlaku.
2. Jangan mengharapkan semua perkara menjadi sempurna.
3. Tarik nafas dalam-dalam, tahan, hembus, tahan, tarik semula (dalam kiraan 8). Ulang sebanyak 10 kali.
4. Kurangkan membaca cerita negatif di media sosial.
5. Sentiasa jaga kebersihan diri.
6. Berseronok dengan ahli keluarga.
7. Berkongsi kerisauan dan kesedihan dengan yang lain. Jangan pendam sendiri.
8. Boleh hubungi kaunselor berdaftar.
OJAY
Kaunselor Berdaftar / Ahli KanWork
###################################
Jom BERINFAK di RAMADAN yang mulia ini!
Sila layari : https://www.donate.kanwork.org
atau
8601945901
Persatuan Kanser Network Selangor & Wilayah Persekutuan
No comments:
Post a Comment