Friday, 1 May 2020

KanWork Stay @Home: Cerita Kami - Siri 18

Siri 18 : MASAK TAK JADI?

Dalam tempoh PKP ini, makin ramai yang ingin meningkatkan kemahiran memasak. Sebut sahaja nak masa apa, terus ‘google’ resepi. Dalam ‘google’ semua nampak cantik sahaja. Kita pun nak cuba !

Biasalah, tidak semua yang indah saja akan berlaku. Masak pun begitu juga. Ada yang tidak menjadi! Hari ini kita kongsi pengalaman dua ahli KanWork yang masakan mereka tidak menjadi (macam sama dengan group Facebook yang viral sekarang ini)

Puan L mencuba buat kuih ketayap. Tidak berapa cantik ‘ketayapnya’. Terus beliau minta anak saudara berumur dua tahun makan (eh adik tak puasa ya !). Selepas terus mencuba, ketayapnya makin cantik.

Puan A pula, anak-anak beliau membuat roti. Adunan roti pula tidak kembang! Kemudian cuba pula buat kek marble. Alamak kek marble keras ! Masuk dan keluar oven sama sahaja bentuknya. Tetapi masih boleh di makan. Tidak baik membazir.

Walau apa pun, bersyukurlah dengan rezeki yang kita ada hari ini.

Jom BERINFAK di bulan Ramadan yang mulia ini!

Sila layari : https://www.donate.kanwork.org

atau

8601945901
Persatuan Kanser Network Selangor & Wilayah Persekutuan

No comments:

Post a Comment