Sunday, 10 May 2020

KanWork Stay @Home: Cerita Kami - Siri 25

Siri 25: MEMBELI BARANG KEPERLUAN

Di bawah PKP kita dibenarkan keluar membeli barang keperluan. Kami kongsi di sini pengalaman 6 ahli KanWork membeli barang dalam PKP.

Ramai yang pergi ke pasaraya atau kedai yang kurang menjadi tumpuan serta berdekatan. Mengikut Puan R, “….disekitar rumah saya banyak kedai Acheh”. Puan N juga beli barang di kedai Acheh, “tak payah beratur, orang pun tak ramai”.

Ada yang membeli secara online. Dari tidak tahu kini semakin mahir! Siapa sangka ikan, sayur, bawang, buah-buahan sekarang boleh beli secara online. Semua di hujung jari!

Mengikut Puan A. “Semua ‘delivery’, ada ‘runner’, ada ‘personal shopper.” Puan J menambah, “….adik jual daging tu (sendiri) hantar, dah biasa dengan dia”.

Ada pula yang kurang yakin dengan runner. “…saya tak suka guna runner, memang suka beli sendiri, baru puas hati, lagi-lagi bahan basah”, jelas Puan S.

Walau bagaimana pun anda membeli barang, buatlah bila perlu dan secukupnya sahaja. Jangan terlalu sedikit (untuk hadkan kekerapan keluar rumah) dan jangan
‘panic buying’. Lebih mudah menggunakan e-wallet, kad debit atau kad kredit. Pesan Puan K,“… jika menggunakan tunai, perlu mengasingkan duit baki dalam plastik yang berlainan untuk disinfeksi”,

Sentiasa jaga jarak sosial dan kebersihan diri semasa keluar. Stay safe!

#####################################

Jom BERINFAK di RAMADAN yang mulia ini!
Sila layari : https://www.donate.kanwork.org
atau
8601945901
Persatuan Kanser Network Selangor & Wilayah Persekutuan


No comments:

Post a Comment