Friday, 22 May 2020

KanWork Stay @Home: Cerita Kami : Siri 35


Siri 35: BAJU RAYA PKP

Secara tradisinya apabila hari raya mesti ada baju raya. Sedondon satu keluarga. Pelbagai warna. Kadang-kadang sampai susah hendak pilih warna tema! Bagaimana pula dengan baju raya tahun ini? Kami kongsikan persiapan baju raya enam orang ahli KanWork. 

Memandangkan hari raya diraikan dalam tempoh PKP, aktiviti ziarah raya sangat terhad. Rata-rata mereka tidak membuat persiapan baju raya. “… memang tak beli baju raya, pakai mana yang ada”, cerita Puan N. Begitu juga dengan Puan Z dan Puan ZW, “… tiada baju raya untuk tahun ini”. Bagi Puan S, “… postpone baju raya ke tahun depan”.

Beberapa ahli telah menyiapkan baju raya. Ada dengan menempah. “… baju raya baru sampai yesterday, tailor di Sungai Petani”, jelas Puan H. Jauh tu tukang jahit di Utara! Tetapi mungkin kita sudah biasa, jauh pun tidak mengapa! Yang penting sampai sebelum hari raya. 

Ada yang dengan membeli awal. Puan A beli ketika jual murah. “… beli baju raya hujung tahun lepas, time tu selalu seller buat clearance stok”. Puan R juga berbuat sedemikian, “…Beli siap-siap baju raya untuk anak-anak”. 

Ada yang ‘recycle’ baju lama. Contohnya Puan N. Supaya tidak membazir beliau hanya gunakan baju yang ada, “… apa pun baju yg kita pakai, raya tetap raya, ianya dihati kita.  … happy kita happy la raya!”. Begitu juga dengan Puan HZ. “… saya recycle je, ade 20 sets, so year 2020 pakai baju 1990, memang dah label and stopped buying since. Unless my friends n sister-in- law bagi preloved ones”. Beruntung Puan HZ!  

Tradisi tetap diteruskan dengan berbaju yang cantik di hari raya. Tidak semestinya baru! Walau ada perbezaan dan kekangan, masing-masing punya cara tersendiri untuk meraikan hari raya. Yang penting kita dan keluarga gembira. Jangan bersedih. Inilah “new normal” di Hari Raya PKP. 

###################################

Jom BERINFAK di RAMADAN yang mulia ini!
Sila layari : https://www.donate.kanwork.org
atau 
8601945901
Persatuan Kanser Network Selangor & Wilayah Persekutuan

No comments:

Post a Comment