Siri 37: JUADAH RAYA PKP
Kuih raya sudah, baju raya pun sudah. Lepas ini sediakan juadah raya pula.
Terbayang-bayang juadah raya yang selalu kita makan. Tradisi raya kita, makanan kena penuh satu meja! Tapi itu raya sebelum ini. Kali ini raya PKP. Macamana?
Kali ini kami kongsikan persiapan lapan ahli KanWork tentang juadah raya. Walaupun suasana yang berbeza, juadah raya akan tetap terhidang. Ada yang masak sendiri seperti biasa. “… masak macam biasa, cuma serba sikit je”, cerita Puan Zw. “Tiap-tiap tahun sama, order ketupat palas dan lemang, lauk dah ada yang siapkan awal, frozen” maklum Puan J pula. Puan Z masak nasi minyak Terengganu “resepi mak mertua”.
Setiap tahun Puan R akan buat ketupat bawang. Walaubagaimana pun tahun ini tiada daun kelapa, jadi buat nasi impit sahaja. Puan Nz hanya membuat tempahan rendang. Anak beliau akan sediakan lemang.
Dalam PKP ini Puan N tidak dapat balik ke kampung halaman. “…sebab tak dapat balik Terengganu, menu nanti ketupat palas frozen dari Terengganu juga”. Walau jarak memisahkan, makanan tradisi tidak dilupakan!
Puan A pula pertama kali beraya di rumah sendiri. Beliau dan adik beradik yang lain akan bergilir beraya di rumah ibu mereka seperti yang disarankan. Bagus! Puan A mengingatkan kita tentang jarak sosial ketika hari raya. Di raya ini beliau ingin mencuba resepi lemang viral, masak lemang guna ‘air fryer’.
Puan L juga tidak dapat pulang ke kampung. Rumah beliau menjadi tumpuan adik-beradik yang berada di sekitar Lembang Klang. Teringat keseronokan membakar lemang dan mengacau dodol semasa raya di kampung. Puan R bernasib baik. Raya ini semua ahli keluarga ada bersama.
Walaupun raya kali ini agak berbeza dan ada SOP PKP yang perlu dipatuhi, namun lebaran tetap diraikan dengan penuh kesyukuran dan bersederhana. Gembira dapat menyediakan juadah raya untuk seisi keluarga. Raya tetap raya! Sentiasa positif walau ada cabaran.
###################################
Jom BERINFAK di RAMADAN yang mulia ini!
Sila layari : https://www.donate.kanwork.org
atau
8601945901
Persatuan Kanser Network Selangor & Wilayah Persekutuan
No comments:
Post a Comment